Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, September 19, 2011

Mekap Selebriti Hollywood yang hancuss

Share







Mekap Taylor Momsen Yang Hancuss!!


Minah ini memang terkenal dengan mekapnya yang sarat pada bahagian mata dan sering ‘melanggar’ peraturan mekap – menggunakan warna garang pada mata & bibir pada waktu yang sama. Rona mata hitam pekat bak Racoon serta sapuan gincu merah pekat sememangnya tidak sesuai dengan bentuk muka Taylor yang kecil dan bulan tu. Mungkin ianya sesuai untuk persembahan atas pentas, klip video tapi memang tak sesuai langsung untuk penampilan di hadapan umum. Macam adik Marilyn Manson pun ada…



Mekap Kim Kardashian Yang Hancuss!!


Kim sememangnya dikenali dengan penampilan serba glamer, walaubagaimanapun kali ni mekap Kim seperti ‘terlebih sudah’. Sapuan bedak berlebihan nyata menampakkan kedutan di wajah dan di bawah mata serta bahagian mulut. So ingat, pastikan bedak asas & bedak tabur dioles berpada.

Mekap Leighton Meester Yang Hancuss!!


Sorang lagi yang menjadikan Marilyn Manson sebagai idola! Bintang ‘Gossip Girl’ nyata tampak cerah ‘berseri’ dengan mekap serba padu! ‘Padu’ di sini bermaksud olesan gincu merah menyala + olesan pembayang mata hitam. Mekap matanya nampak berat dan pelik dengan pembayang mata hitam dibahagian bawah mata yang dipadankan dengan penggaris mata rona emas, manakala sapuan gincu merah mencacatkan pemandangan tak ubah seperti keluarga 'Edward Cullen' dalam filem francais 'Twilight' tu.

Mekap Nicole Kidman Yang Hancuss!!


Tak disangkal lagi, Nicole Kidman sememangnya antara artis paling jelita di Hollywood. Tapi, sejelita manapun Nicole, dia juga tak lepas dari ‘Mekap disaster’. Sapuan bedak kilau yang disapukan pada bahagian mata agar tampak menyerlah boleh kelihatan kurang menarik apabila terdedah dengan pancaran lensa kamera. Kesimpulannya, oles dengan kemas & cuba mekap anda di pelbagai jenis cahaya terlebih dahulu.

Mekap AnnaLynne McCor Yang Hancuss!!

Wajah Bintang ‘90210’, ini kelihatan seperti terkena selaran matahari (sunburn) yang disembunyikan dengan bedak atau boleh jadi taburan bedak kilau berlebihan pada bahagian bawah mata. Mengharukan lagi penampilan AnnaLynne bila dia turut mengenakan rona gincu lebih pudar dari tona kulitnya.

Mekap Catherine Zeta-Jones Yang Hancuss!!

Tidak dinafikan yang dia tergolong diantara jelitawan seantero dunia namun penggaris mata hitam dipadankan dengan pembayang mata rona merah jambu cerah telah menyumbang kepada kecacatan penampilannya. Sapuan bedak asas yang juga tidak dilakukan dengan kemas kerana kesan liang roma masih jelas kelihatan. Bagi mengelakkan insiden seumpama ini, adalah perlu memakai losyen pelembap wajah sebelum mengenakan bedak asas atau sebarang bedak wajah.

Mekap Debi Mazar Yang Hancuss!!

Hanya terdapat satu rona sahaja yang menghiasi wajah bintang “Entourage” ni, ‘Jingga’ atau ‘oren’. Sedari pmbayang mata, pemerah pipi sehinggalah ke gincu semuanya warna jingga. Padanan rona yang sememangnya tidak kena untuk dipadankan dengan mata birunya yang teramatlah cantik tu.

Mekap Lindsay Lohan Yang Hancuss!!

Kulit perang palsu boleh dikatakan sinonim dengan bekas bintang kanak-kanak yang tidak pernah surut dengan kontroversi ini. Rona kulit perang palsu berlebihan dipadankan lagi dengan gincu rona merah jambu lembut nyata menampakkan usia Lindsay 20-30 tahun lebih tua. Di samping itu juga, padanan rona rambut perangnya tidak sesuai dengan rona kulitnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-