Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, September 19, 2011

Kes Khalwat Razak Ahmad:saya cuma ambil baju

Share







Menurut Razak Ahmad,dia cuma mencuba pakaian di rumah ahli perniagaan perempuan itu,tp pelik kenapa perlu sampai mencuba dibiik tidur ,berduaan plak tue..kalau ye pun nak tukar baju try la kat hall,dan si ahli perniagaan tu tak reti nak bgtau suami ker?hadoi,entahla...

Apapun mahkamah menetapkan 30 Jun untuk keputusan kes khalwat Razak ahmad 5 tahun dulu..


"saya hanya mahu mengambil baju," jelas Razak Ahmad dalam keterangannya kepada Mahkamah Rendah Syariah, Petaling jaya, Selangor terhadap tuduhan berkhalwat yang dikenakan semalam.

Tambah pelakon dan penyanyi itu, kehadirannya di rumah seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang pada malam mereka ditangkap berkhalwat hanya disebabkan baju tersebut ditaja oleh wanita itu untuk satu program televisyen.

Razak, 44, yang sinonim dengan watak orang alim dalam drama televisyen itu menambah, wanita tersebut, Selamah Sahudin, 45, sering menaja baju berunsurkan keislaman seperti baju Melayu, jubah dan kurta yang dipakainya dalam sesuatu program seni.

"Pada masa itu saya dipanggil untuk terlibat dalam siaran langsung di RTM yang sedang membuat percubaan untuk disenaraikan dalam Buku Rekod Malaysia kerana bersiaran selama 60 jam tanpa henti.

"Saya dijemput untuk mengisi slot secara langsung pada pukul 4 hingga 5 pagi dan disuruh untuk bercerita bagaimana seorang yang bergelar Qari boleh menyanyikan lagu-lagu asli dan berlakon," kata Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad dipetik sebagai berkata.

"Mengikut perancangan asal, saya akan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan menyanyikan lagu Ahmad Jais di dalam program tersebut dan saya perlu ke RTM pada pukul 2 atau 3 pagi untuk menjalani latihan.



"Ini adalah kali pertama saya berkunjung ke rumah itu yang saya anggap sebagai tempat stor menyimpan pakaian memandangkan pada hari lain, baju-baju akan diambil dari sebuah kedai milik Selamah pada waktu siang," ujarnya.

"Dia berpakaian biasa, menutup aurat iaitu bertudung. Saya tidak pernah melihat dia tanpa tudung. Tapi saya tidak beberapa ingat pakaian yang dipakai kerana saya tidak perhatikan, cuma pakaian itu senonoh," kata pelakon drama “Geng Surau” itu ketika diminta menceritakan peristiwa yang berlaku. Alasannya lagi, pintu jeriji dan pintu utama rumah terpaksa di tutup kerana dua unit yang terletak berhampiran rumah tersebut dijadikan sebagai asrama pekerja-pekerja asing.

"Saya mencuba tiga pasang baju di dalam bilik utama rumah tersebut sebelum memperagakannya kepada Selamah yang berada di ruang tamu bagi memastikan baju tersebut benar-benar selesa.

"Malah, saya juga membuat aksi seperti sedang mengaji lengkap dengan Al-Quran dan rehal yang dibawa sebagai persediaan untuk ke RTM.

"Selepas mencuba, saya kemudiannya kembali ke dalam bilik untuk membuka baju tersebut yang digantung untuk mengeringkan peluh sebelum digosok semula oleh Selamah.

"Saya pula berada di birai katil kerana mahu mengeringkan peluh. saya hanya bersinglet dan berseluar pada masa itu," katanya.

Bagaimanapun, kata Razak, dia mendengar pintu jeriji digoncangkan dan diberitahu oleh Selamah bahawa suaminya datang ke premis tersebut.

"Saya hanya duduk di dalam bilik. Saya beranggapan yang datang itu suaminya kerana mereka membahasakan diri sebagai mama dan papa. Saya mendengar suami Selamah menjerit menyuruh saya keluar dan mendapati ada anggota polis bersamanya.

"Saya kemudiannya menyerahkan kad pengenalan dan telefon bimbit kepada anggota polis tersebut yang menurutnya 'mengikut' arahan daripada suami Selamah untuk meminta barang-barang tersebut.

"Saya diminta untuk ke Balai Polis Seri Kembangan bersama dua anggota polis untuk diambil keterangan dan diarahkan supaya hadir di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam, Selangor untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat.

"Saya terlepas program RTM pada hari tersebut dan hanya dibenarkan balik selepas seorang rakan datang untuk menjamin saya," kata Razak sambil mengalirkan air mata.

Razak didakwa berkhalwat dengan Selamah pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006 di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, Selangor.

Dia didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu pada 14 September 2006, Selamah yang mengusahakan perniagaan butik, mengaku bersalah dan didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan, jika gagal membayar denda itu. Prosiding yang dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JAIS, Shafezan Rusli di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bersambung pada 6 Oktober 2011.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-