Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, September 14, 2011

Gambar Aaron Aziz dan Keluarga, bahagia disamping Isteri tersayang

Share








Siapa yang tak kenal Aaron Aziz,walaupun sudah bekeluarga pelakon yang hensem ,dan berbadan sasa nie banyak diberikan peluang untuk menjadi watak utama drama,teater dan Filem.

Walaupun sensasi yakin ramai aweks ,wanita dan juga lelaki diluar sana yang minat dengan aaron Aziz,namun sebenarnya aaron adalah seorang yang sangat sayang dan rapat dengan keluarganya.




“Saya beruntung kerana mempunyai isteri seperti Diyana. Dia bukan sahaja pasangan hidup saya tetapi juga ibu kepada anak-anak saya, pengurus, konsultan dan segala-galanya kepada saya. Dia jugalah tempat saya mengadu dan memberi motivasi. Bagi saya, Diyana adalah seorang wanita yang kuat kerana jika saya perlukan rehat, saya hanya perlu katakan pada nya tetapi Diyana sendiri tidak pernah berehat daripada tugas-tugasnya sebagai isteri dan ibu.

“Mengenai anak-anak pula, saya sentiasa mahu meluangkan masa untuk bersama mereka. Apa bila berada di rumah, pelbagai aktiviti yang kami lakukan seperti bermain ‘games’, melukis dan menyiapkan tugasan sekolah. Adakalanya mereka sendiri yang merencanakan aktiviti yang mahu dilakukan dan saya mengikuti sahaja.

“Jika mereka ada persembahan di sekolah, saya akan mengosongkan jadual daripada aktiviti seni untuk menonton persembahan anak-anak. Saya tidak mahu terlepas kerana merasakan ia satu kerugian kepada saya. Waktu persekolahan adalah separuh daripada proses pembesaran mereka yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Saya enggan anak-anak merasa kecewa setelah penat menjalani latihan tetapi tidak mendapat sokongan ibu bapa.

“Dekatnya anak-anak dengan saya menyebabkan saya tidak boleh berenggang lama dengan mereka. Jika seminggu saya tinggalkan mereka, ada baiknya saya tidak berhubung langsung kerana apabila mendengar sahaja suara anak-anak, ‘mood’ saya akan hilang dan semua yang hendak dilakukan tidak menjadi.

“Malah kerap terjadi, selepas tiga hari tidak dapat menahan rindu dengan anak-anak, Diyana belikan tiket kapal terbang agar mereka datang ke lokasi penggambaran. Secara tidak langsung juga saya mendedahkan mereka dengan kerjaya saya sebagai anak seni dan mereka memahami selok-belok dunia lakonan.

“Dengan pendedahan seperti ini, mungkin ada berpendapat ia satu cara membawa anak-anak saya untuk turut terlibat dalam bidang seni tetapi sebagai bapa, saya tidak menghalang namun tidak juga menggalakkan mereka untuk menjadi artis. Apa yang mereka ingin lakukan, mereka hanya perlu lakukan kerana saya mahu mereka melalui sendiri pengalaman itu.

“Namun sudah tentulah seperti ibu bapa yang lain mahukan anak-anak menjadi doktor dan kerjaya hebat yang lain. Seperti Diyana, dia telah menetapkan Danish menjadi seorang arkeologis manakala Dwi bergelar doktor tetapi bagi saya, terpulang kepada mereka,” tuturnya yang sanggup membuat pelaburan besar demi pendidikan anak-anaknya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-