Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, September 29, 2011

Azwan Ali bermasam muka dengan Ifa Radziah gara-gara ssalah faham BBM

Share









Saya tak rugi kalau tak berkawan dengan dia cuma saya terkilan kenapa benda yang kecik nak dibesar-besarkan. Saya sentiasa bersama dia memandangkan selama 2 tahun dia tak ada kawan rapat.

"Disebabkan isu yang kecil dia nak membuang saya terus sebagai kawan, itu terpulang kepada dirinya," kata pengacara dan pelakon, Ifa Raziah ketika dihubungi bagi mengulas mengenai isu pergaduhannya bersama pengacara kontroversi Azwan Ali di laman sosial Twitter.

Pergaduhan tersebut dikatakan bermula setelah Ifa Raziah membalas Blackberry Massenger (BBM) Azwan Ali yang menjemputnya menghadirkan diri ke rumah terbukanya pada 3 Oktober ini jam 6 petang dan memintanya menjadi penyambut tetamu.

Jelas Ifa, dia tidak dapat hadir pada waktu tersebut dan hanya dapat hadir di sebelah malamnya kerana sibuk. Namun kiriman balas BBMnya disalah erti.

"Dia hantar BBM suruh saya datang jam 6 petang jadi penyambut tetamu. Saya membalasnya tak kuasa nok aku sibuk kalau boleh pun aku datang dalam jam 8 malam sebab aku ada shooting. Sekali dia balas kalau tak nak datang tak apa tapi jangan biadap.

"Perkara tersebut berlarutan sehingga ke twitternya dia marah-marah saya. Dia kemudiannya membuang saya dari BBM dan memblok saya dari twitternya. Pelik kenapa sampai begitu dan mengapa perlu marah-marah dalam twitter sedangkan sebelum ini boleh saja dia maki-maki saya depan-depan. Ini kenapa nak beritahu seluruh Malaya mengenai ketidakpuasan hatinya," katanya lagi.

Tidak mengharapkan agar persahabatan antara mereka terjalin semula, kata Ifa semoga Azwan Ali berubah supaya tidak berterusan kehilangan kawan.

Malah, dia juga kesal dengan sikap Azwan yang pada pemerhatiannya semakin teruk meskipun telah berjanji tidak akan memaki hamun orang setelah pulang dari mengerjakan Umrah untuk kali ketiga.

"Tak rugi pun kalau tak berkawan lagi dengannya. Tak mengapa semuanya terpulang kepada dirinya untuk menentukan hala tuju kehidupan dia. Asal dia gembira sudah dengan apa yang dia lakukan. Doa saya semoga dia sedar kesilapan sendiri dan membuang jauh egonya agar tak hilang kawan-kawan.

"Tak perlulah nak perli-perli dalam status twitter ke apa, kerana apabila dia buat tak apa, tapi apabila saya buat dia terasa pula. Sesiapa yang tak hadir ke rumah terbukanya akan dilabel sebagai artis sengkek jadi kena hadir walaupun terpaksa," katanya mengakhiri perbualan sambil ketawa.

2 comments:

Anonymous said...

aku dah lame meluat ngn azwan ali 2...mcm2 hal

Anonymous said...

gi umrah melancong je agaknya

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-