Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, September 29, 2011

10 perkara yang anda tak tahu semasa majlis pernikahan Norman dan Memey

Share








1. Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi, Mohamad Zulkipli Tarmizi tiba 15 minit lebih awal daripada pengantin lelaki ketika majlis pernikahan.

2. Oleh kerana ruang kediaman keluarga Memey agak sempit, ramai ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan tidak dapat menyaksikan majlis pernikahan. Sebaliknya, mereka hanya melihat di skrin televisyen yang disediakan di luar rumah.

3. Dianggarkan kira-kira 1,000 orang telah hadir untuk menyaksikan majlis pernikahan pasangan kontroversi ini.

4. Selain menyarungkan cincin untuk upacara membatalkan air sembahyang, Norman turut menghadiahkan seutas rantai kepada Memey.

5. Sebaik sahaja pasangan ini disahkan sebagai suami-isteri, bumi Felda Tenggaroh Selatan 1 terus dibasahi hujan.

6. Sebanyak 10 buah khemah telah dipasang untuk tetamu yang hadir. Lapan untuk tetamu biasa dan dua lagi untuk rombongan pengantin lelaki, VIP dan juga pihak media.

7. Anak-anak Norman, Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, mengenakan pakaian berwarna merah jambu untuk kedua-dua majlis tersebut.

8. Ramai tetamu yang berasa hampa kerana tidak berkesempatan untuk bergambar dengan pasangan pengantin kerana kawalan yang terlalu ketat oleh pihak RELA. Walaupun begitu, ramai yang sanggup berhujan semata-mata untuk melihat pengantin ini dari dekat.

9. Pelamin pernikahan dan persandingan pasangan ini dianggarkan berharga RM20,000 dan ia menggunakan kira –kira 2,000 kuntum bunga termasuk 750 kuntum bunga-bungaan segar yang terdiri daripada orkid, kekwa dan daisi. Pelamin ini direka dan ditaja oleh Iezla Bridal House, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

10. Kehadiran wartawan/penerbit rancangan Nas Ahmad ke majlis perkahwinan ini turut mencuri perhatian ramai. Selain Memey dan Norman, Nas juga tidak henti-henti bergambar bersama peminat!

1 comment:

Skyliya said...

Kalau hr hujan, maknanya petanda baik kan?

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-