Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, September 29, 2011

10 perkara yang anda tak tahu semasa majlis pernikahan Norman dan Memey

Share








1. Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi, Mohamad Zulkipli Tarmizi tiba 15 minit lebih awal daripada pengantin lelaki ketika majlis pernikahan.

2. Oleh kerana ruang kediaman keluarga Memey agak sempit, ramai ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan tidak dapat menyaksikan majlis pernikahan. Sebaliknya, mereka hanya melihat di skrin televisyen yang disediakan di luar rumah.

3. Dianggarkan kira-kira 1,000 orang telah hadir untuk menyaksikan majlis pernikahan pasangan kontroversi ini.

4. Selain menyarungkan cincin untuk upacara membatalkan air sembahyang, Norman turut menghadiahkan seutas rantai kepada Memey.

5. Sebaik sahaja pasangan ini disahkan sebagai suami-isteri, bumi Felda Tenggaroh Selatan 1 terus dibasahi hujan.

6. Sebanyak 10 buah khemah telah dipasang untuk tetamu yang hadir. Lapan untuk tetamu biasa dan dua lagi untuk rombongan pengantin lelaki, VIP dan juga pihak media.

7. Anak-anak Norman, Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, mengenakan pakaian berwarna merah jambu untuk kedua-dua majlis tersebut.

8. Ramai tetamu yang berasa hampa kerana tidak berkesempatan untuk bergambar dengan pasangan pengantin kerana kawalan yang terlalu ketat oleh pihak RELA. Walaupun begitu, ramai yang sanggup berhujan semata-mata untuk melihat pengantin ini dari dekat.

9. Pelamin pernikahan dan persandingan pasangan ini dianggarkan berharga RM20,000 dan ia menggunakan kira –kira 2,000 kuntum bunga termasuk 750 kuntum bunga-bungaan segar yang terdiri daripada orkid, kekwa dan daisi. Pelamin ini direka dan ditaja oleh Iezla Bridal House, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

10. Kehadiran wartawan/penerbit rancangan Nas Ahmad ke majlis perkahwinan ini turut mencuri perhatian ramai. Selain Memey dan Norman, Nas juga tidak henti-henti bergambar bersama peminat!

Atilia pandu kereta Toyota Wish sampai masuk Longkang

Share







Entah apa yang berlaku,Atilia gagal mengawal kereta Toyota Wish nya daripadan masuk ke dalam longkang.Namun Atilia selamat dan tiada kecederaan.

Atilia sempat ambik gambar disamping keretanya itu dengan wajah yang ceria.haha..
Kalau sensasi sure dah stress ...

Azwan Ali bermasam muka dengan Ifa Radziah gara-gara ssalah faham BBM

Share









Saya tak rugi kalau tak berkawan dengan dia cuma saya terkilan kenapa benda yang kecik nak dibesar-besarkan. Saya sentiasa bersama dia memandangkan selama 2 tahun dia tak ada kawan rapat.

"Disebabkan isu yang kecil dia nak membuang saya terus sebagai kawan, itu terpulang kepada dirinya," kata pengacara dan pelakon, Ifa Raziah ketika dihubungi bagi mengulas mengenai isu pergaduhannya bersama pengacara kontroversi Azwan Ali di laman sosial Twitter.

Pergaduhan tersebut dikatakan bermula setelah Ifa Raziah membalas Blackberry Massenger (BBM) Azwan Ali yang menjemputnya menghadirkan diri ke rumah terbukanya pada 3 Oktober ini jam 6 petang dan memintanya menjadi penyambut tetamu.

Jelas Ifa, dia tidak dapat hadir pada waktu tersebut dan hanya dapat hadir di sebelah malamnya kerana sibuk. Namun kiriman balas BBMnya disalah erti.

"Dia hantar BBM suruh saya datang jam 6 petang jadi penyambut tetamu. Saya membalasnya tak kuasa nok aku sibuk kalau boleh pun aku datang dalam jam 8 malam sebab aku ada shooting. Sekali dia balas kalau tak nak datang tak apa tapi jangan biadap.

"Perkara tersebut berlarutan sehingga ke twitternya dia marah-marah saya. Dia kemudiannya membuang saya dari BBM dan memblok saya dari twitternya. Pelik kenapa sampai begitu dan mengapa perlu marah-marah dalam twitter sedangkan sebelum ini boleh saja dia maki-maki saya depan-depan. Ini kenapa nak beritahu seluruh Malaya mengenai ketidakpuasan hatinya," katanya lagi.

Tidak mengharapkan agar persahabatan antara mereka terjalin semula, kata Ifa semoga Azwan Ali berubah supaya tidak berterusan kehilangan kawan.

Malah, dia juga kesal dengan sikap Azwan yang pada pemerhatiannya semakin teruk meskipun telah berjanji tidak akan memaki hamun orang setelah pulang dari mengerjakan Umrah untuk kali ketiga.

"Tak rugi pun kalau tak berkawan lagi dengannya. Tak mengapa semuanya terpulang kepada dirinya untuk menentukan hala tuju kehidupan dia. Asal dia gembira sudah dengan apa yang dia lakukan. Doa saya semoga dia sedar kesilapan sendiri dan membuang jauh egonya agar tak hilang kawan-kawan.

"Tak perlulah nak perli-perli dalam status twitter ke apa, kerana apabila dia buat tak apa, tapi apabila saya buat dia terasa pula. Sesiapa yang tak hadir ke rumah terbukanya akan dilabel sebagai artis sengkek jadi kena hadir walaupun terpaksa," katanya mengakhiri perbualan sambil ketawa.

Neelofa nafi bercinta dengan Hans Isaac,tidak minat bercinta dengan artis

Share











Apabila membaca gossip yang disampaikan oleh wartawan hiburan SS,ramai yang membuat spekulasi bahawa artis yang dimaksudkan adalah Neelofa dan Hans Isaac..Bagi Sensasi dua dua pun sama cantik dan sama padan.Kalau betul lah mereka bercinta apa salahnye..

Tapi menurut Neelofa sendiri dia tak minat artis,dia lebih minat ahli perniagaan sebab mempunyai masa untuknya..wahh gitu..

“Ya Allah, Ya Rabbi! Memang tak benar langsung cerita berpegangan tangan dan melentokkan kepala seperti yang disebarkan oleh saksi itu. Sebetulnya, Lofa ada bertemu dengan Hans Isaac sekitar 2 minggu lepas untuk sesi lunch meeting filem Lemak Kampung Santan yang akan bermula pengambarannya pada 8 Oktober depan. Itu merupakan perjumpaan kali kedua, dan turut ditemani penolong pengarah. Jadi, ada 3 orang kesemuanya,” jelas Lofa yang terkejut dengan dakwaan tersebut.

“Manakala, perjumpaan pertama pula dihadiri oleh 5 orang krew produksi. Dan, baru semalam Lofa menerima skrip dan jadual pengambaran filem Lemak Kampung Santan.”

Lofa menambah bahawa dia tak pernah terlintas untuk jatuh cinta dengan Hans Isaac kerana amat menghormati individu itu sebagai seorang pengarah dan rakan sekerja.
“Ha ha awak! Tiada maknanya Lofa bercinta dengan dia. Tidak pernah terlintas di hati Lofa untuk mempunyai hubungan istimewa dengan Hans Isaac. Lagi pun, jarak umur kami yang jauh membuatkan Lofa lebih menghormati Hans Isaac sebagai seorang pengarah dan rakan profesional yang baik.”

Pada masa yang sama, Lofa mengakui bahawa dirinya sudah jemu dihimpit dengan pelbagai kontroversi cinta yang tak pernah habis.
“Filem lakonan Lofa pun tak keluar lagi, tapi pelbagai spekulasi diperkatakan orang. Sebenarnya, Lofa sudah muak dengan gosip pasal lelaki ni. Sumpah demi Allah Lofa tiada kekasih atau skandal atau dating dengan sesiapa pun. Ya Allah, tipu sangat!

“Kalau kemana-mana pun, Lofa akan pandu sendiri. Lofa masih baru dalam industri, tiada istilah cinta kerana nak fokus pada kareer, pelajaran dan perniagaan kasut,” jelas pelakon berusia 22 tahun ini.

Di samping itu, Neelofa turut mengelak untuk mempunyai hubungan cinta dengan pelakon dan memilih lelaki yang menceburi bidang perniagaan.
“Kekangan masa serta jadual kerja yang padat boleh membuatkan hubungan istimewa itu menjadi hambar. Sebab itu, Lofa kini lebih menyukai lelaki yang menceburi bidang perniaagaan. Sekurang-kurangnya, dia mempunyai masa untuk Lofa. Dan, dia boleh bercerita perihal bisnes sebab itu memang minat Lofa juga.”



Gossip yang mengatakan Neelofa lentok kepala di bahu Hans Isaac
SEDANG SS melayan kebosanan yang melanda diri, SS dikejutkan dengan cerita mengenai rakan media yang menulis dalam facebooknya mengatakan pelakon bertahi lalat di pipi itu sedang hangat bercinta dengan jejaka pilihan wanita Malaya.

SS yakin, berita ini pasti akan meluluhkan hati sesiapa saja yang memasang angan-angan sama ada untuk menjadi teman lelaki pelakon wanita itu ataupun teman wanita kepada si jejaka.

Tanpa membuang masa, SS terus menghubungi rakan SS untuk bertanyakan hal itu lebih lanjut. Mendengar cerita teman itu membuat SS tersenyum sendirian. Kata teman SS, dia melihat dua artis itu di satu kompleks beli-belah di Damansara.

Ketika mereka berselisih, kedua-dua artis itu hanya jalan beriringan saja menuju ke tempat letak kereta selepas menonton wayang bersama. Namun tidak puas hati, teman SS itu menoleh ke belakang untuk melihat mereka.


Ketika itulah dia terlihat si wanita dan jejaka berpegang tangan sambil artis yang pernah mencetuskan kontroversi ini melentokkan kepalanya di bahu si jejaka bertubuh sasa itu.


Setakat yang SS tahu, sejak akhir-akhir ini pelakon wanita yang manis itu terpalit dengan kontroversi menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta.
Nampaknya aktor lelaki ini tidak menghiraukan perkara itu malah memilihnya untuk membintangi filem arahannya kerana wajahnya ada x-factor. Kiranya untuk melariskan filemlah.

Setakat ini masih tidak ada kenyataan yang keluar dari mulut kedua-dua pihak mengenai status terbaru mereka. Mungkin juga cinta mereka berputik kerana sering berjumpa di set penggambaran. SS tidak kisahlah mengenai perbezaan umur yang sangat jauh, yang penting kedua-dua mereka selesa antara satu sama lain.

Walaupun wanita itu masih setahun jagung, pada pemerhatian SS, dia jauh lebih matang daripada usia sebenar. Salah satu kriteria wanita yang disukai jejaka itu.

SS tertanya-tanya juga, bagaimana pula dengan kisah cinta wanita itu dengan kekasih lama? Mungkinkah kerana bekas teman lelakinya sudah mempunyai teman wanita maka dia pun mengorak langkah mencari pengganti? Apapun, jika benar mereka bercinta, SS doakan yang terbaik untuk mereka.

Video Zira memakai pakaian pengantin dan Nabil amalkan membaca akad nikah setiap malam

Share







ON AIR - Nabil Wedding Part 1 from lhmediatv on Vimeo.



Cantiknya Nazira memakai pakaian pengantin..Esok bakal menyaksikan perkahwinan ala Wonderland di I-city Shah Alam..

Nabil nampak gembira untuk menamatkan zaman bujangnya disamping mencari keredhaan ilahi.Baguslah tue ,lepas nie nak enjoy dengan bini pun orang tak mengata dah..Tapi kalau enjoy dengan cara yang dibenarkan agama la ,takkan nak gi kelab2 dan berpakaian menjolok mata sume tue kan..

Artis sekarang kene pandai jaga dri,sebab menjadi perhatian umum.Jangan ikut kepala sendiri je,nanti malu sendiri

Antara Komen kutukan dan pujian Persandingan Jutaan Ringgit Norman dan Memey

Share







Sensasi tahu ramai yang tak berpuashati dengan Norman dan Memey terutama sekali apabila hubungan mereka ke jinjang pelamin bahkan ditaja pula dengan jutaan ringgit.

Tapi cube korang pikir balik,Siapa yang lebih sesuai dengan memey kalau bukan Norman,dan siapa yang lebih sesuai dengan Norman kalau bukan Memey..ya mereka memang seswai untuk satu sama lain,lagi pula dengan kes khalwat mereka dulu,adalah lebih baik mereka berdua bernikah,tak gitu..

Perkahwinan yang digembar gembur jutaan ringgit dengan Gaun kahwin yang dikatakan ernilai RM500k dipertikaikan ,kerana kata mereka yang hadir,gaun tue takde lah gah mana sampai nak RM500k .Tapi mana tahu mutiara yang melekat kat baju tue mahal kotsampai nak kene masuk muzeum...yang itu sensasi pun rasa kurang setuju lah sampai nak masuk muzeum bagai...eee sape lah nak bwk anak2 gi tengok baju pengantin Memey kat muzem plak nie..

Antara yang memberi komen adalah Chef Wan dan beberapa media ,jom baca..

"Just got back from the Wedding of Norman Hakim and Memey.If u asked me for my honest opinion is just a wedding that Rafelessia organised to promote their Products non stop the entire evening as i expected too comercialised that it ruined the event for all the guests i have spoken.Both Pengantin just play their game since its being sponsored. There nothing wrong with that except it served the purposed to used the Pengantin as their so call model la," komen Chef Wan melalui laman Facebooknya.




"Setakat Berlian and pearls berjuta tu non of the pengantin can take the jewellery pun.Entah2 mlm ni jugak kena telanjang lepas tu Rafelessia ambil la balik simpan. Wedding gown rm500,000 by Vera Wang tu i gelak sungguh mcm Wedding gown biasa yg kecut masuk dlm washing machine depan memey tu yg i wasnt impressed at all likewise her veil mcm beli di globe silkstore! Ala di taja esok pulang la balik. So my honest opinion i really dont know what the fuss about this 12 million sponsorship is all about.

"Ala if u ada kedai barang kemas value at 50 juta stock u and u gantung kan satu baju pengantin tu sarat pun apa lah yang make it so special.Imagine on yr wedding day u need to parade with all those jewelleries for the sake of sponsors if its my kids i said No thanks.. pakai satu dua macam Siti and Rina wedding pinjam kan tu cantik kan hiasan pengantin jadi lah. Nama pun pinjam. Even among anak raja kawin depa pinjam sana sini i tahu lah masa Tengku Muda kawin dahulu for Pahang i was there.

"Ramai Press tak suka Choir yang menyanyikan lagu-lagu gereja kahwin ni kata mereka sedangkan ini Wedding orang Islam satu doa selamat pun tak buat and thema pulak Blacktie and evening dress glam habis. I am not sure about the choir song gereja ni even though i heard because i sendiri tak tahu apa itu song gereja for wedding. That what the press upset about. Aiyo mesti controversial lepas ni lah. Kita baca la media.

"If they choose their wedding to be ala2 barat so what its their choice and i dont see any problem with that. They want kelainan. Kita pun pi Wedding Traditional Melayu balik2 mcm tu pun sometime seronok tengok ke lainannya. For Example look At NAZA son wedding with Marion tu yang i went also Similar very jazzy, very modern and stylish a celebration party style of great friends and celebrities enjoying their evening. Trust me i tak baca Press Melayu kutok pun Wedding mereka. WHY?.

"I dont see it as a real wedding but more of Rafelessia throwing a party for them and use both of them to promote segala jewelleries, Lord Taylor fabulous suit on all the pengapit2 actor2 tu and bridesmaid tu that is actually beautiful and decor and great jazzy music Alhamdulilah and if the pengantin wants to celebrate their wedding in that manner what is so wrong about that. Remember wedding is a celebration of people coming together. Dont be too uptight la press2 melayu. Grow up!," tambah Chef Wan yang sememangnya mempunyai banyak pengalaman dalam perihal persandingan sebegini.

Gambar Perkahwinan memey dan Norman yang bernilai 12 juta

Share




















Tuesday, September 27, 2011

Majlis Harijadi tema lanun Anak Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari

Share







Kelihatan keluarga Sinclair daan keluarga Mertuanya turut menyambut harijadi Noah .Bunga kelihatan cantik dan slim .Yelah kan masa lepas bersalin Bunga jadi sangat tembam.Dengan gaya pemakanan yang sihat,dia berjaya menurunkan berat badan..


Dengan bertemakan 'lanun', pasangan selebriti Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari telah menyambut ulang tahun pertama anak lelaki mereka, Muhammad Noah Sinclair minggu lalu.

Noah yang lahir pada 22 September 2010 telah diraikan di taman tema Play Park, Kemang, Jakarta, Indonesia. Beberapa orang tetamu khas turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

"Ini ulang tahun Noah yang pertama, kita meraikannya bersama keluarga dan teman rapat dalam satu majlis yang sederhana," ujar Bunga

Tambahnya, pemilihan tema lanun sengaja dibuat untuk menjadikan majlis itu unik selain bersesuaian dengan lokasi yang dipilih.

"Selepas berjalan-jalan saya nampak banyak gambar lanun di kedai buku dan ia terlalu lucu dan saya membeli beberapa kostum untuk kami memakainya," ujarnya.

Bunga juga mengaku membuat persiapan yang agak panjang untuk majlis puteranya itu untuk memastikan ia berjalan lancar dan meriah.

"Lama juga saya fikirkan untuk buat majlis ini jadi meriah, mungkin ini merupakan tahun pertama Noah, jadi saya mahu yang terbaik untuk dia," tambahnya lagi.

Bekas kekasih Mamat Sepah, Adda kini betudung

Share







Semasa Melodi Raya lepas,kelihatan Adda bekas kekasih Mamat Sepah yang juga merupakan penyanyi utama kumpulan Butterfly bertudung .

Menurut Adda dia bertudung bukan kerana siapa-siapa tapi kerana keinginan sendiri..

Sensasi terjumpa twitter mamat Sepah kepada Adda sebelum Adda mendedahkan kepada media tentang kecurangan Mamat..

Mamat meminta Adda supaya jangan tulis pape dan jangan ganggu hidup dia lagi...


Isu Hantu Bonceng menghina Islam selesai

Share








Satu pertemuan di antara Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Nasrudin Hassan, dan Saudara Ahmad Idham Ahmad Nadzri, penerbit dan pengarah filem Hantu Bonceng, telah diadakan, bagi membincangkan beberapa isu yang diperkatakan oleh media sebelum ini.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah menyuarakan hasrat dan memberi penjelasan mengenai perkara tersebut. Hasil dari pertemuan itu, pihak Dewan Pemuda PAS dengan Excellent Pictures telah mencapai kata sepakat dan berpuas hati dengan semua penjelasan malah sebulat suara menyelesaikan masalah berbangkit dalam suasana yang cukup mesra.

Ahmad Idham merasakan pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ianya juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekaligus memperbaiki penghasilan filem akan datang serta memberi nilai baik kepada industri perfileman tempatan, amnya.

Mencapai kata sepakat dalam beberapa isu yang diperkatakan, Ustaz Nasrudin telah menegaskan, mereka (Dewan Pemuda) sentiasa bersedia menyokong genre filem dan industri ini, yang boleh membawa mesej yang baik kepada masyarakat umum.

Dalam pertemuan itu juga, Ahmad Idham berkesempatan memberi penerangan kepada DPPM berkaitan senario industri perfileman tempatan, sekaligus mencuit minat Dewan Pemuda PAS dalam bidang perfileman.

Ustaz Nasrudin dan Ahmad Idham, juga telah berjaya menyelesaikan masalah yang heboh diperkatakan dengan baik setelah kedua–dua belah pihak saling memberi dan mendengar penjelasan serta mengenali antara satu sama lain.

Dalam kesempatan ini juga, kedua- dua belah pihak memohon agar isu berkaitan filem Hantu Bonceng tidak lagi diperbesar atau dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana ia telah diselesaikan dalam pertemuan tersebut.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad.

Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.

Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.

“Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas,” katanya dalam kenyataan Khamis lalu.

“LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.

“Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga,” tambahnya.

Monday, September 26, 2011

Norman menangis sebak semasa Akad nikah teringatkan Abby?

Share







Pelakon Norman Hakim yang menangis sebak selepas diijabkabulkan dengan pelakon Memey Suhaiza, Sabtu di Kota Tinggi, Johor, berjanji tidak akan mengabaikan isterinya itu.

Dia tidak dapat menahan sebak setelah memikirkan kegagalan dalam perkahwinannya yang pertama dengan pelakon Abby Abadi.

“Saya rasa sebak selepas akad nikah kerana rasa kesal dengan kegagalan perkahwinan saya sebelum ini.

“Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi dan berharap kehidupan yang terbaik pada masa akan datang,”

Sebelum nie,Norman pernah bercerai 2 kali dengan Abby..

Perceraian pertama mereka berakhir dengan rujuk semula selepas Norman memujuk abby dan berjanji akan besama selamanya.

Kali kedua selepas Norman ditangkap Khalwat dengan Memey ,Abby membawa para wartawan semua serang norman suruh suaminya itu menceraikannya ketika itu,pada mulanya Norman enggan,tapi selepas melalui prosess mahkamah semua barulah mereka bercerai.

Sebelum nie pun Norman pernah mengajak Abby untuk rujuk semula,Memey pun pernah sms Abby suruh terima Norman balik..wah wah dramatik yeh..Tapi Abby tak setuju lah agaknya..

Akhirnya jodoh Norman tetap dengan Memey .Norman berjanji akan membahagiakan Memey,semoga perkahwinan kali nie kekal lah ye..

Irma Mendoakan kebahagiaan Nabil

Share








"Saya tetap doakan yang terbaik untuk Nabil," demikian ujar pelakon Irma Hasmie, 29, bekas kekasih Nabil Raja Lawak, 28, bila disentuh mengenai pernikahan Nabil yang bakal menjelang empat hari lagi (30 September 2011).

Tambah Irma, dia merasa tidak manis jika dia hadir ke majlis pernikahan itu nanti kerana bimbang disalahertikan oleh pihak lain. Selain itu, dia tidak mahu timbulnya perkara yang tidak elok kerana dia menghormati hari bahagia bekas kekasihnya itu.

"Apa-apa pun, saya mahu ucapkan tahniah pada Nabil. Mudah-mudahan Nabil dapat melayari bahtera perkahwinannya dengan rahmat dan keberkatan dari Allah.

"Saya tak pernah bermusuh dengan Nabil, jauh sekali dengan ahli keluarganya kerana saya juga agak rapat dengan adik beradik perempuannya. Saya pun tak suka nak bermusuh dengan sesiapa kerana takut tidak berkesempatan untuk meminta maaf.

"Jadi, saya tak mahu mereka berkecil hati dengan tindakan saya kerana saya masih menjaga hubungan baik dengan mereka. Tidak pernah putus walau apa juga sekalipun," katanya.

Bila ditanya mengenai teman hidup, Irma bagaimanapun mengakui masih belum mempunyai teman istimewa, malah sedang mencari seorang calon paling sesuai untuk dijadikan bakal suami.

"Bila kita dah tahu banyak benda mengenai ilmu agama, saya sudah mula faham apa yang kita perlu dan ingini dalam hidup ini. Perkahwinan merupakan satu fitrah dan sebagai seorang manusia biasa, saya juga punya keinginan untuk berkahwin.

"Saya akui kini saya sedang mencari calon suami dan bukan kekasi hati. Usia saya pun dah semakin meningkat dan saya perlu memikirkan mengenai pasangan hidup," tambah Irma

Sensasi pasti sedikit sebanyak pasti ada rasa sayu di hati Irma,maklumlah dia dan Nabil dah becinta 2 tahun,dan hubungan mereka dulu pun mendapat liputan media.Nabil dulu pun beriya nak kahwin dengan Irma..Namun bukan jodoh mereka,hubungan terputus ditengah jalan apabila Nabil mengkhianati kepercayaan Irma..

Tapi memang ada hikmah la kan,selepas putus cinta Irma berhijrah menjadi sorang yang lebih baik,bertudung dan beruasaha menjadi muslimah sejati.Sensassi yakin ada lelaki yang jauh lebih baik untuk Irma nanti..

Abby minta Norman dahulukan hutangnya, Abby bergaduh dengan Zul?

Share







Bekas suami Abby akhirnya telah bergelar suami orang...Namun pada hari perkahwinan Norman,Abby mengeluarkan satu statement berkaitan hutang Norman..Isk isk tak baik tak overshadow hari bahagia orang lain dengan mengaibkan dia pada semua orang terutamanya pada hari bahagia Norman...

Tapi Norman pun kene lah bayar hutang kat Abby...

Al kisahnyer pasal hutang mereka nie tak silap Sensasi dulu...masa perkahwinan Abby dan Norman,Abby turut menggunakan wangnya untuk membayar persiapan dan persandinganNorman hutang padanya. Manakala kata Norman pulak, merka berdua bersetuju untuk berkongsi sama untuk majlis perkahwinan mereka dulu.Jadi Norman tak anggap itu sebagai hutang.

Abby menjawab ,dia bersetuju berkongsi beban dengan Norman kerana ingatkan mereka akan kekal sebagai suami isteri selamanya,tetapi memandangkan Norman buat hal,dan abby mntak cerai,maka dia tak rela menghalalkan wang tersebut...gitulah ceritanya..

Abby anggap hutang,Norman anggap takde pape..he he





Beberapa hari sebelum pernikahan Norman,Abby ada meluahkan perasaan di Facebook dibana bunyinya seperti orang yang kecewa danbergaduh dgn kekasih. Adakah Abby dan Zul mempunyai masalah dalam hubungan mereka...?

"Assalamualaikum dan good morning! Pagi ni Saya bangun tidur, Saya terus siapkan baju anak-anak (Danish dan Dania) untuk mengikut Papanya bernikah di Johor. Baby tinggal jaga Mama," ujar Abby di laman Facebooknya.

"Hidup Saya sekarag ni tidaklah sebahagia yang disangka. Biasa-biasa je, macam orang lain juga. Adakalanya suka, seronok, ketawa dan gembira.. Adakalanya duka, sedih, menangis macam org gila! Huhu.. Lebih tragis, bila sedih sorang-sorang, menangispun takde orang pujuk... kasihankan? Sampai bengkak-bengkak biji mata, huhu..

"Sejujurnya, masih belum ada yang boleh menerima Saya seadanya. Yang selalu disebut-sebut tu, 'biarlah menjadi 'rahsia' Saya. Tapi bertuahnya rasa bila ramai di sini yang mendoakan kebahagian buat Saya. Terharu... Harapan Saya, moga 'doa' kalian termakbul, dan 'bahagia'itu akan menjadi milik Saya... Doakan yer," luah Abby

Gambar Pernikahan Norman Hakim dan Memey

Share







Dengan sekali lafaz,Mohammad Norhakim Zakaria atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim,35 dengan Suhaiza Suhaimy, atau dikenali sebagai Memey Suhaiza, 23 yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan, di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor, petang semalam.

Norman Hakim telah dinikahkan oleh imam Mukim Kambau, Zulkipli Tarmizi dengan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24000.

Sejumlah lima dulang hantaran daripada pihak lelaki iaitu berupa set persalinan barang kemas (cincin dan rantai), GPS, kek buah-buahan, sirih junjung dan senaskah Al-quran. Manakala, pihak perempuan pula telah membalas tujuh dulang hantaran berupa sebuah iPad2, cincin berlian, coklat, buah-buahan, kek lapis Serawak dan senaskah Al-quran



Semoga perkahwinan mereka berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat.Mendirikan Masjid(berkahwin) adalah tuntutan agama,selain mengelakkan maksiat..
Sensasi tahu ada ramai yang benci melihat kebahagiaan mereka berdua,tp mendoakan benda yang buruk kepada org lain tue sangatlah keji..

Saturday, September 24, 2011

Gambar Pra Perkahwinan Memey dan Norman serta Isu Muzeum

Share







Banyak jugak sebenarnya gambar Pra Perkahwinan Memey dan Norman..Sensasi malas nak upload..aha..

Hari nie 24 September adalah hari pernikahan pasangan pengantin baru nie..Semoga semuanya berjalan dengan lancar..Abby pun dah lepaskan dua orang anaknya untuk menghadiri majlis pernikahan ayah mereka dengan Aunty Memey yang bakal bergelar mak tiri mereka..hehe..


Baju Pengantin rekaan Verra Wang ,pereka tersohor dunia serta persalinan Norman akan di pamerkan di Muzeum.Menurut mereka hal ini adalah wajar untuk tontonan generasi akan datang..

pada pendapat korang wajar kah? sensasi rasa mengarut sangat..Apa relevan nyer nak letak baju pengantin Selebriti sebagai barang sejarah...

Mungkin nilai baju jutaan ringgit menjadikan baju tersebut bernilai untuk dijdikan bahan bersejarah,atau mungkin sebb belum pernah lagi wujudnya baju pengantin bernilai jutaan ringgit sebelum nie..

Taapi rasanya lebih sesuai kalau diletakkan dalam Malaysia guiness book of record berbnding Muzeum negara..huhu





Lagi Gambar Fida di Facebook tak bertudung lengkap,dan Mamat peluk sakan seseorang

Share









Selepas gambar Fida dedah rambut semasa berdating dengan Mamat Indonesia tersebar,Orang ramai mula merasakan Fida kini dah banyak berubah penampilan dan cara berlakon.

Dalam Drama Kasih Alia ada babak dimana Fida memeluk sakan Iqram bagi menjayakan watak,tapi tak bersesuaian ,kerana bagi penonton Fida bertudung litup dan membawa imej muslimah ...

Beberapa gambar Fida yang diambil dari Facebook yang menunjukkan Fida tak bertudung lengkap,mungkin dah terikut gaya sepupunya Siti Nurhaliza...hehe


Gambar Fida dan Adiknya


fida tudung serkup

fida tudung serkup


fida tudung serkup
.
fida tudung serkup
.
fida tudung serkup

fida tudung serkup

fida tudung serkup

fida tudung serkup

fida tudung serkup

fida tudung serkup

Dalam banyak-banyak gambar Fida,banyak jugak gambr yang ditag dalam Facebooktetiba terjumpa gambar nie yang ditag kepada Fida...haha..hampeh..

Gambar Mamat Sepah (kekasih Fida) dengan bekas kekasihnya Adda.Bukan main lagi peluk sakan..huhuhu..

yang Kelakarnya Mamat cakap dia tinggalkan Adda sebab Adda Seksi...kalau mamat tue alim sangat nape lah dia pun peluk bukan main lagi kanss.


Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-