Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, August 23, 2011

Nanu Baharudin bela anjing

Share







Baru-baru nie ,kecoh lagi isu selebriti beragama Islam membela anjing....

Kalau sygkan binatang,memang bagus dan tak salah..pegang anjing yang kering pun takda masalah ,tapi kalau kene air liur ,kulit anjing,bulu anjing yang basah dan najisnya mestilah smak betul-betul..

Isu disini,Nanu dikatakan membela anjing,memang comel anjing kat bawah nie..
Tapi anjing mcm nie dah sah-sah bela dalam rumah kan..
Air liur,atau najis anjing nie kalau mercik mana-mana pun kene samak,kalau tak mcm mana nak bersolat atau beribadat kan..

Sebab tue islam tak galakkan kita bela anjing kecuali untuk menjaga kebun ke,ladang ke,tue pun tak dibawa ke tempat kita beribadat dan dlm rumah.

Nabila Huda buat permohonan cerai di Mahkamah kerana tidak bahagia dengan suami

Share








Nabila Huda 27 tahun anak Amy Search yang dah mendirikan rumah tangga selama 3 tahun dengan pilihan hatinya Zaidy Zailani (30) baru-baru nie pergi ke Pejabat Kadi bahagian Perkahinan JAWI sebab nak menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.Tapi disebabkan Nabila lupa bawak surat cerai jadi permohonannya belum dapat diteruskan.


Sementara itu, Nabila terkejut kehadiran jurugambar NSTP
"Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.

Memang tidak bagus bila hendak berpisah. Pada awalnya saya cuba untuk bertahan, tetapi bila fikir balik memang tidak boleh. Kiranya, jalan terakhir adalah bercerai dan ini adalah yang terbaik buat kami berdua.Buat apa hidup bersama jika tidak gembira. Dan itulah yang saya rasakan selama tempoh kami berkahwin.Saya tidak boleh rasa sangsi terhadap suami. Saya akui kekurangan saya dan saya terima juga kekurangan suami. Tidak perlu untuk burukkan sesiapa bila perkara sebegini terjadi. Apa yang saya boleh katakan, memang sudah tidak ada persefahaman antara kami. Saya anggap cukup di sini sahaja jodoh kami berdua.

"Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya," ujarnya.

Katanya, dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.

"Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati".

Nabila Huda dan suaminya, Zaidi Zailani, mendirikan rumah tangga pada Disember 2008. Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun.

Komen Amy Search pula berkaitan hal ini

"Saya baru tahu tentang hal ini. Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya.
"Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi," katanya. Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.

Memey Paparkan Gambar Berbuka Puasa dengan Anak-anak Norman

Share







Wah wah,kalau hari tue kita disajikan dengan gambar satu keluarga iaitu Abby,Norman dan anak-anak berbuka bersama.

Nampaknya Memey pun tak nak kalah juga dengan gambar berbuka puasa bersama-sama dengan Norman dan anak-anak.

Norman membawa anak-anaknya berbuka di rumah parent Memey dimana mereka juga buat BBQ,main bunga api..

Sensasi harap kemesraan bakal ibu tiri baru dan anak-anak Norman sentiasa mesra dan berkekalan walaupun lepas Memey dan Norman dapat anak-anak baru nanti..

September dah tak lama lagi untuk menyaksikan perkahwinan besar besaran norman dan Memey..

Gambar Kekasih Terbaru Tauke Raja Lawak semasa mereka di Pulau Tioman

Share







Tauke (raja lawak) dah ada kekasih baru lagi..Dengan kekasih lama Tauke putus cinta kerana masih berstatus suami org.

Awek baru Tauke nie berumur 24 tahun berasal dari Johor.Dengar cerita si awek nie dah update status in relationship dengan Tauke di Facebook.

Gambar di bawah nie gambar semasa awek nie menemani Tauke semasa penggambaran di Pulau Tioman.

gambar kekasih taukey

gambar kekasih taukey

gambar kekasih taukey

gambar kekasih taukey

gambar kekasih taukey

gambar kekasih taukey



Monday, August 22, 2011

Sinopsis Filem Legend of a Rabbit

Share







Sensasi minat tengok filem animasi,bestt...and kdg2 comel sgt..
terbaru filem "Legend of a Rabbit" adalah film animasi dari china,jadi sensasi rasa bahasa Cina yang digunakant of cos kalau tgk wayang ada lah subtitle..

Dengar cerita teknologi 3 yang digunakan adalah setanding filem Kungfu Panda 2.
Filem nie pun berkisar Kung Fu jugak..So siapa yang nak tengok Animasi boleh lah tengok Filem nie..Sensasi pun tak tengok lagi,nanti dah tengok baru boleh kasik komen best ke tak..

Menggunakan khidmat suara dari artis-artis yang terkenal seperti Hanjin Tan,Kay Tse,Ekin Cheng dan Teddy Robin.

Filem ‘Legend of a Rabbit’ mengisahkan tentang Kebenaran, ini adalah hasil karya Chujing. Seekor arnab bernama Tu Er (suara oleh Hanjin Tan) yang tidak memiliki kemahiran seni bela diri telah diwasiatkan oleh sifunya yang sedang nazak (suara oleh Teddy Robin) agar mengembalikan sekeping Tablet Akademi Kungfu kepada anak gadisnya Peony (suara oleh Kay Tse). Sejurus tiba di kota, dia mendapati bahawa akademi tersebut telahpun ditawan oleh seekor panda jahat bernama Slash (suara oleh Ekin Cheng). Demi mengotakan janjinya kepada Sifu, dia tidak mempunyai pilihan lain selain menetap di akademi tersebut dan merasai kesengsaraan akibat ditindas. Akhirnya, Tu mengingati semula rahsia sebenar seni bela diri yang diajari oleh Sifu. Dia berjaya menewaskan Slash dan mengembalikan tablet tersebut kepada Peony.

Filem ‘Legend of a Rabbit’ telah pun ditayangkan di pawagam bermula pada 18 Ogos 2011.










Sazzy Falak teruja Beraya tahun ini sebagai Ibu Baru

Share







"Sazzy rasa Excited sangat dan ceria sebagai ibu baru. Saat yang paling seronok ketika memilih baju raya untuk mereka," ujarnya.

Di tanya tentang persiapan raya untuk anak- anak dan suami, Sazzy menjawab, "Sazzy dah tempah baju raya untuk suami dan anak-anak. Kami akan pakai baju sama warna iaitu hijau pudina".

Sazzy yang akan beraya di rumah keluarganya di Kuala Lumpur ini turut menceritakan tentang juadah hari raya yang menjadi pilihannya. Ayam Calio (ayam rendang berkuah) yang merupakan resepi nenek Sazzy adalah menu wajib ketika menyambut Hari Lebaran.

Meminati lagu Raya nyayian Anuar zain dan Elina iaitu "Seloka Hari Raya", Sazzy memberitahu bahawa sepanjang bulan Ramadhan ini, dia sibuk dengan sesi photoshoot raya dan menghadiri undangan majlis berbuka puasa dan beramal di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.


Sunday, August 21, 2011

Perang Twitter Azwan Ali gelarkan Didie Alias Cimpanzi, dan dibalas Didie Alias

Share







Hm.. apa nak jadi dengan mereka nie.. Azwan Ali mencetuskan masalah nie dengan menggelarkan hos rancangan gameshow sebagai dua ekor Chimpanzi..

Sensasi ingatkan Azwan Ali nie dah insaf,rupanya propa je lebih..dlm tv bukan main lagi dah kembali ke jalan yg benar..

Teringat pepatah,kerana mulut badan binasa...kerana mulut ,mcm2 boleh terjadi,pergauhan,peperangan,pembunuhan,benci membenci,hina menghina..

So jagalah mulut masing2 kerana apa yg keluar dari mulut anda mencerminkan hati dan keperibadian diri..










Thursday, August 18, 2011

Jokes: Kisah Pak Pandir berjumpa Doktor

Share








Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.

Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.

Pak Pandir : Terima kasih.

Seminggu kemudian…..

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?

Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?

Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….

Doktor : Kenapa dengan sudu?

Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!

Doktor : ???????

Video Kisah Adik Tae Ho yang kudung kedua-dua belah tangan tetapi sangat ceria

Share









Tae Ho sungguh positif dan ceria walaupun dirinya serba kekurangan .
Kedua kakinya berfungsi seperti tangan cuma memang lah tak sesempurna manusia yang mempunyai tangan.

Abang Tae Ho pun baik sgt sebab sgt sygkan adiknya yang kekurangan itu.Tae Ho suka melakukan sesuatu sendiri tanpa pertolongan org.Sensasi kagum betul dengan ketabahan dan sikap positif Tae Ho..

Gambar terbaru Nabil dan bakal Isteri Nazirah Ayub ,dan kisah Tema Perkahwinan Wonderland

Share














“Saya tak sabar nak tunggu hari perkahwinan. Rasanya, sudah sampai masa untuk saya dirikan rumah tangga, lagi pun saya sudah berumur 28 tahun. Tambahan lagi, ada pihak seperti Festival Pengantin yang ingin merealisasikan impian saya. Memang bersyukur sangat,” kata Nabil dalam nada gembira.
Perkenalan Nabil dengan Nazirah

“Pertama kali saya berjumpa dia sekitar 6 tahun lepas melalui kawan baik sendiri. Pendek kata, kawan baik saya tu merupakan abang ipar kepada Zira. Masa tu, dia baru habis SPM, manakala saya masih bekerja sebagai despatch. Ketika itu, dalam hati saya terdetik, “eh cantik gak budak ni”. Masa tu, jumpa gitu-gitu je.

“Kemudian, kami kebetulan bertemu semula pada awal 2011 ketika menghadiri kenduri arwah. Kami bertegur sapa & borak-borak. Mungkin sudah jodoh, tau-tau nak kahwin dah,” jelas Nabil ketawa menceritakan saat perkenalannya bersama gadis impian.

Kos Perkahwinan Nabil dianggarkan RM150,000. :O ok fine,dah boleh beli sebuah rumah kos sederhana atau sebijik keta import..hehe

“Saya suka dengan konsep Wonderland kerana suka tengok kartun. Pada saya, biarlah perkahwinan ini dibuat untuk orang yang datang rasa happy & ceria. Saya suka tengok suasana happy, tengok orang tersenyum & enjoy,” kata Nabil mengenai perkahwinan impiannya.

“Jujur kata, saya tak ke arah perkahwinan mewah. Biarlah perkahwinan saya diadakan dalam keadaan serdahana, asalkan orang ramai dapat mendoakan keberkatan perkahwinan kami. Niat saya tak nak membazir, atau nak gah depan orang ramai dengan pakaian bernilai jutaan ringgit.

“Kalau boleh, biarlah para jemputan datang ke majlis saya kerana nak raikan perkahwinan kami. Bukannya nak tengok baju, nak tengok kasut. Perkahwinan kami dirancang mengikut kemampuan saya, andai kata ada yang terlebih, itu datangnya daripada pertolongan ramai pihak seperti Festival Pengantin. Saya percaya, perkahwinan yang berpanjangan datangnya daripada keberkatan doa orang ramai,” jelas Nabil dengan nada rendah diri.

Jemput Irma Hasmie ke majlis?

“Saya memang akan menjemput dia. Lagi pun hubungannya bersama mak saya memang baik. Baru-baru ini pun, saya & dia berlakon untuk drama berjudul Kuih Goyang Syafiq. Apa yang terjadi antara saya & dia merupakan perkara lama. Kami memang sudah berbaik-baik. Jujur kata, hubungan kami dahulu banyak mengajar saya untuk lebih menghargai pasangan sendiri,” kata Nabil

Tuesday, August 16, 2011

Gambar terbaru Norman Hakim berbuka bersama Abby dan Anak-anak di rumah Abby

Share







Walaupun pasangan Norman dan Abby dah bercerai dan Norman bakal berkahwin tak lama lagi,namun bukanlah penghalang bagi Norman dan Abby berbuka bersama demi anak-anak mereka.

Anak-anak mereka nampak begitu happy dapat makan semeja berbuka di bulan yang mulia nie bersama ibu dan ayah mereka.Selepas berbuka,Norman solat berjemaah dengan makmum kecil iaitu anak-anaknyer,sejuk mata memandang.

Sensasi harap lepas Norman dah kahwin dan dapat anak baru janganlah diabaikan dan dilupakan anak yang lama..

Kira Abby dan Norman nie professional jugaklah,bila part anak masing-masing sanggup berbaik bersama untuk meraikan sesuatu.

Sebelum nie kalau birthday anak-anak pun mesti ada Norman dan Abby,gambar hantar anak hari pertama sekolah pun ada Norman dan Abby..Sekurang-kurangnya anak-anak taklah renggang sgt dengan ayah mereka walaupun dah tak tinggal sebumbung.




Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-