Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, June 13, 2011

Kad Jemputan Kahwin Noh Hujan & Mizz Nina

Share









Tak lama je lagi,Noh Hujan dan Mizz Nina yang telah mengikat tali pertunangan pada November tahun lepas akan bergelar suami isteri.Menghitung hari je nie,maklumlah mereka berdua bakal diijab kabulkan pada 1 Julai 2011,iaitu tarikh lahir Mizz Nina.Mereka akan dinikahkan di rumah kediaman keluarga pengantin perempuan di Ampang.

Kad kahwin dahpun diedarkan kepada para jemputan.Comel dan berbentuk Kimono Pink.

Dijangka kira-kira 500 orang tetamu daripada pihak media dan rakan-rakan diundang untuk menghadiri majlis resepsi pada 6 Julai yang akan berlangsung di Double Tree Hotel, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam.


Sementara itu, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarak, pada 15 Julai depan.

Pasangan itu akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Lady Jane, Saiful Baharim dan Micheal Ong.

Pihak lelaki telah bersetuju untuk memberi wang hantaran kepada Nina sebanyak RM11,000 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88.

Sensasi rasa majlis perkahwnan merek nie mestila gah dan mewah maklumlah Mizz Nina kan anak jutawan Tan Sri Azman,Pengerusi Ambank dan org ke-12 terkaya di Malaysia :O



No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-