Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, June 13, 2011

Alyah Melecur teruk dari perut ke peha terkena air panas

Share







Kalau dulu bulan May,Kaki Jasmin Hamid Melecur di Set Penggambaran,kali ini Alyah pula dilaporkan melecur teruk dari perut hingga ke peha. Huui bahaya air panas skrg nie..so berhati-hatilah semua jangan cuai mengendalikan air panas ke,iron panas ke...




Alyah telah dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Damansara pagi kelmarin (10/6) akibat terkena air panas. Kejadian jam 10 pagi itu berlaku ketika Alyah sedang membuat air sebelum keluar menghadiri sebuah rakaman program di NAR Studio.

Ekoran kejadian itu, Alyah melecur teruk dari bahagian perut ke peha sehingga menyukarkannya untuk berjalan. Difahamkan Alyah terpaksa didukung turun ke kenderaan sebelum dibawa ke hospital.

Keadaan Alyah masih lemah dan terpaksa dimasukkan ‘air’. Menurut pengurus Alyah, doktor memaklumkan bahawa Alyah masih tidak merasai kesakitan tersebut kerana masih terkejut. Namun, Alyah akan merasainya kemudian apabila luka itu mula menggelembung.

Doktor juga dijangka akan membalut luka Alyah dengan plastik khas untuk mengelakkan luka tersebut dari dijangkiti kuman

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-