Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, April 11, 2011

Ulasan Filem "Senjakala" Filem Seram bakal ditayangkan 14 April 2011

Share








BINTANG
Keseluruhan: 3
Plot: 3
Lakonan: 3
Efek Khas: 2.5
Sinematografi: 3

Tonton filem ini jika anda suka
: "Jangan Pandang Belakang", "Khurafat"

Ketika menonton "Senjakala", filem seram terbaru arahan Ahmad Idham, ramai berpendapat filem ini tidaklah begitu menyeramkan seperti apa yang pernah dibuatnya melalui filem "Jangan Pandang Belakang" yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dulu. Pengarah ini sememangnya terkenal dengan memberi sentuhan baru dan mencari kelainan dalam setiap filemnya. Kali ini, "Senjakala" menampilkan pasangan kekasih yang berhadapan dengan masalah saka.

Filem ini mengisahkan Karlisa (Liyana Jasmay) yang baru kehilangan tunangnya melalui kemalangan jalan raya pulang ke kampung halaman ibunya. Di sana, Karlisa bertemu dengan seorang jejaka kampung yang pendiam, Armand (Zahiril Adzim). Karlisa mendapat tahu Armand telah membela saka yang sepatutnya diturunkan kepada dirinya setelah ibu Karlisa tidak mahu membelanya. Walaubagaimanapun Armand yang telah jatuh cinta kepada Karlisa tidak mahu menyerahkan saka tersebut kepada tuan asalnya.

Mencari keserasian antara Liyana dan Zahiril tidaklah menjadi satu masalah buat memandangkan pasangan ini pernah bergandingan melalui drama bersiri yang kemudiannya diangkat ke layar perak,"Kami". Oleh itu, keserasian di antara kedua pelakon muda ini tidak kelihatan kekok atau seperti dibuat-buat. Tambahan pula "Senjakala" merupakan filem seram keempat buat Liyana selepas membintangi "Histeria", "Niyang Rapik" dan "Khurafat". Pujian harus diberikan kepada pelakon veteran Ruminah Sidek atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Mah kerana setiap pergerakan seperti jelingan mata dan reaksi wajah yang dipaparkan memberi kesan kepada penonton.


Penggunaan efek khas serta bunyi berjaya memberi impak mengejut kepada penonton. Sayangnya, kewujudan elemen seram seperti hantu dilihat kurang menyerlah jika dibandingkan apa yang pernah ditampilkan oleh Ahmad Idham melalui filemnya sebelum ini.

Selain Liyana, Zahiril dan Mak Mah, "Senjakala" turut dibarisi pelakon Faezah Elai, Aida Aris, Erin Malek, Den Wahab, Eizlan Yusof, Kamal Adli, Zed Zaidi dan ramai lagi.


Saksikan "Senjakala" di pawagam pada 14 April 2011!

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-