Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, April 2, 2011

Pelawak Veteran cabul pelajar perempuan lebih 3 kali

Share









Huuu,ape nak jadi nie..dah tua pun masih tak sedarkan diri..siapakah gerangan veteran tersebut..? dalam sebuah forum hiburan tempatan ramai yang membuat spekulasi pelakon/pelawak yang berlakon dalam drama Puteri.Mungkin kebetulan sebab umur yang dinyatakan itu..itu cuma spekulasi umum..

Tapi Pihak polis belum mengumumkan nama si pencabul sebab dia kini diburu Polis,kira hilang la..

Nampaknya industri hiburan kita akan gempar lagi bila dapat tahu siapa gerangan pelawak veteran itu.

kalau sensasi jadi pelajar tue..awal-awal kena,sensasi dah mengamuk mcm org gila sambil tendang2 anu dia..huhu..

Baca Berita sepenuhnya:

Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu.

Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.


Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu.

Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam.


Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu.


Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.

“Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang.


“Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya,” katanya.

Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek.


“Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa.


“Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya.


“Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu,” katanya.


Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang.


“Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa,” katanya.


Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut.


Biarpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan.


Sumber berkata, disebabkan mangsa masih mendiamkan diri selepas insiden itu, dia dikatakan dicabul lagi suspek setiap kali bertemu ataupun apabila suspek berkunjung ke kediaman ibu saudaranya itu.


Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memberitahu ibu saudaranya sebelum mereka tampil membuat laporan di balai polis.


Katanya, sehingga kini, suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.-=\

3 comments:

prettyorked said...

Aku rasa AR Badul.. sebab dia lah satu2nya artis veteran yg popular dlm taun 70 an dan berumur sekitar 63 tahun skang nih..

Sensasi mmg tak penah approve komen org ye? kosong je ruangan komen tuu..

Nooona-KuRaMuRa said...

Actually terpikir jugak A.R badul sbb statement psl berlakon drama Puteri.tp kita x tau kebenaran die.kalau betol harap2 die insaf la. dunia ni sementara je. xtau bile ajal kita..semoga cepat bertaubat. =)

Nooona-KuRaMuRa said...

Mula2 terpikir jugak A.R badul sbb ada statement psl drama Puteri. Tp kita x tau kebenarannya. kalau betol die harap die bertaubat la..dunia ni sementara je..x tau bile ajal. x kan dah tua masih nak buat benda x elok...=)

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-