Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, April 17, 2011

Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak tahun 2011

Share







Setelah tamat Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang berlangsung pada 16 April 2011 semalam, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga telahpun mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak di Astana Negeri, Sabtu malam selepas Barisan Nasional (BN) disahkan memenangi dua pertiga majoriti dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10.

Pada pilihan raya negeri kali ini BN memenangi 55 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Ini juga adalah penggal kelapan Taib yang juga pengerusi BN Sarawak memegang tampuk pemerintahan negeri sejak dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada Mac 1981. Pada pilihan raya negeri 2006, Taib telah mengangkat sumpah jawatan sehari selepas BN memenangi 62 daripada 71 kerusi dalam pilihan raya itu.

Keputusan muktamad kedudukan kerusi yang dimenangi oleh parti yang bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10, tahun 2011 adalah seperti berikut:


Jumlah Kerusi Yang Dipertandingkan – 71
Barisan Nasional – 55
DAP – 12
PKR – 3
Bebas – 1
PAS – 0
SNAP – 0
Parti Cinta Malaysia – 0

BN memperoleh majoriti mudah 36 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak menjelang pukul 9 malam.

Berikut adalah senarai pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak pada pilihan raya negeri yang diumumkan pada Sabtu:

Penyandang Pemenang Majoriti

N1 Opar SUPP Ranum Mina (BN) 3,360 undi

N2 Tasik Biru SPDP

N3 Tanjong Datu PBB Adenan Satem (BN) 3,216 undi

N4 Pantai Dalam PBB

N5 Demak Laut PBB Hazland Abg Hipni (BN) 3,752 undi

N6 Tupong PBB Daud Abdul Rahman (BN) 4,551 undi

N7 Samariang PBB

N8 Satok PBB

N9 Pandungan PKP Wong Kim Mei (DAP) 7,884 undi

N10 Pending DAP

N11 Batu Lintang DAP See Chee How (PKR), 8,381 undi

N12 Kota Sentosa DAP Chong Chieng Jen (DAP) 4,824 undi

N13 Batu Kawah SUPP

N14 Asajaya PBB

N15 Muara Tuang PBB Datuk Sri Mohammad Ali Mahmud 7,843 undi

N16 Bengoh SUPP

N17 Tarat PBB Roland Sageh Wee Inn (BN) 1,995 undi

N18 Tebedu PBB Michael Manyin Jawong (BN) 4,066 undi

N19 Kedup PBB

N20 Sadong Jaya PBB Aidel Lariwo (BN) 2,934 undi

N21 Simunjan PBB Mohd Naroden Majais (BN) 4,048 undi

N22 Sebuyau PBB Julaihi Narawi (BN) 2,276 undi

N23 Lingga PBB

N24 Beting Maro PBB Razaili Gapor (BN) 391 undi

N25 Balai Ringin PRS Sonwdan Lawan (BN) 2,885 undi

N26 Bukit Begunan PRS

N27 Simanggang SUPP Francis Harden Hollis (BN) 2,447 undi

N28 Engkelili SNAP Johnical Rayong (BN) 3,807 undi

N29 Batang Ai PRS Malcom Mussen Lamoh 2,741 undi

N30 Saribas PBB

N31 Layar PBB

N32 Bukit Saban PBB Robert Lawson (BN) 2774

N33 Kalaka PBB Abdul Wahab Aziz (BN) 5,170 undi

N34 Krian SPDP Ali Biju (PKR) 2,090 undi

N35 Belawai PBB Len Salleh (BN) 4,546 undi

TALIF @ LEN BIN SALLEH

N36 Semop(Serdeng) PBB Abdullah Saidol (BN) 4,814 undi

N37 Daro PBB Murni Suhaili (BN) 3,197 undi.

N38 Jemoreng PBB Abu Seman Jahwie 2,926 undi

N39 Repok SUPP

N40 Meradong DAP

N41 Pakan SPDP William Ikom (BN) 1,197 undi

N42 Meluan SPDP

N43 Ngemah SNAP Alexander Vincent (BN) 995 undi

N44 Machan PBB Gramong Juna (BN) 1,629 undi

N45 Bukit Assek DAP Wong Ho Leng (DAP) 8,827 undi

N46 Dudong SUPP

N47 Bawang Assan SUPP Wong Soon Koh (BN) 1,808

N48 Pelawan SUPP

N49 Nangka PBB Annuar Rapa’ee (BN) 5,302 undi

N50 Dalat PBB Fatimah Abdullah (BN) 4,990 undi

N51 Balingian PBB Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN) 5,154 undi

N52 Tamin PRS

N53 Kakus PRS

N54 Pelagus PRS

N55 Katibas PBB Datuk Ambrose Blikau (BN) 2,256 undi

N56 Baleh PRS Datuk Seri Dr James Masing (BN) 3,898 undi

N57 Belaga PRS Liwan Lagang (BN) 2,928 undi

N58 Jepak PBB

N59 Kidurong DAP

N60 Kemena PBB

N61 Bekenu SPDP

N62 Lampir PBB

N63 Piasau SUPP Ling Sie Kiong (DAP) 1,590 undi

N64 Pujut SUPP Fong Pau Teck (DAP) 3,849 undi

N65 Senadin SUPP

N66 Marudi SPDP

N67 Telung Usan PBB

N68 Bukit Kota(Limbang)PBB

N69 Batu Danau SPDP Palus Anak Gumbang (BN)2,319 undi

N70 Ba’kelalan SPDP Baru Bian (PKR) 473 undi

N71 Bukit Sari (Lawas) PBB Tengah Ali Hassin (BN) 5,063 undi

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-