Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, April 25, 2011

Keluarga,pengurus,kekasih dan rakan-rakan Justin Bieber

Share








Bakat nyanyian Justin Drew Bieber atau lebih dikenali sebagai Justin Bieber telah ditemui oleh Scooter Braun yang kini merangkap pengurus beliau pada sekitar tahun 2008 menerusi video di laman YouTube yang dimuat turun oleh ibunya.

Sejak itu, Braun tidak pernah berhenti untuk mengetengahkan dirinya dan memperkenalkan kepada orang kuat industri muzik Hollywood termasuklah penyanyi R&B, Usher dan juga pengerusi syarikat rakaman Island Def Jam, L.A Reid.

Single pertamanya, "One Time" telah mendapat sambutan hebat dan menduduki tempat teratas di carta-carta muzik. Bieber juga menjadi artis pertama yang mempunyai tujuh buah lagu dalam album pertama yang menduduki dalam carta Billboard Hot 100.


Pattie Mallette (Ibu)


Patricia Lynn 'Pattie' Mallette berusia 18 tahun ketika mengandungkan anak lelakinya itu. Bieber dilahirkan pada 1 Mac 1994 di London, Ontario, Kanada dan Malette telah membesarkannya sebagai seorang ibu tunggal. Bieber telah membesar bersama ibunya selepas ibu bapa mereka berpisah saat masih kecil. Sebelum Bieber dilahirkan, Mallette ketika berusia 17 tahun pernah cuba membunuh diri setelah didera secara seksual dan beralih ke dadah dan alkohol. Kini Mallette sudah berubah dan Bieber pernah mengkredit ibunya sebagai "orang yang bertanggungjawab atas kejayaannya".

Jeremy Bieber (Ayah)


Walaupun sudah berpisah dengan Mallette ketika Justin masih kecil, Jeremy masih lagi mengekalkan hubungan dan berkomunikasi dengan anak lelakinya itu sehingga sekarang. Kini Jeremy sudah pun berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Scooter Braun (Pengurus)


Secara tidak sengaja menonton video yang dimuat turun oleh Mallette, Braun telah bertindak berjumpa dengannya dan berjanji untuk mendapatkan perjanjian rakaman untuk Bieber. Braun sentiasa berada di sisi Bieber apabila karier nyanyiannya bermula sehinggalah sekarang. Braun pernah ditahan polis apabila satu sesi bertemu peminat di sebuah pusat membeli-belah tidak terkawal.

Usher

Justin Bieber bersama penyanyi R&B dan mentornya, Usher.

Apabila Braun mula mengendali Bieber, dia cuba mendapatkan nama-nama besar dalam industri seperti Usher dan Justin Timberlake untuk membantu melancarkan kariernya. Usher terpegun melihat bakat Bieber dan membantunya mendapatkan perjanjian rakaman di Island Def Jam milik L.A Reid.

Selena Gomez


Ramai sedia maklum bahawa Bieber dan pelakon Disney ini memang bercinta setelah pasangan ini mengakui hubungan mereka. Walaupun baru-baru ini timbul khabar angin bahawa pasangan ini telah berpisah apabila Gomez mengetahui Bieber masih lagi menghantar pesanan ringkas kepada Jasmine Villegas, gadis yang pernah digosip bercinta dengannya, ianya adalah khabar angin yang tidak berasas.

Michael Jackson



Merupakan seorang peminat Michael Jackson, Bieber sentiasa menganggap raja pop tersebut sebagai sumber inspirasi dalam hidupnya.

Beyonce Knowles


Bieber adalah peminat nombor satu Beyonce Knowles! Bieber seringkali memberitahu dalam temu ramah bahawa dia sangat menyukai bekas penyanyi kumpulan Destiny's Child dan bagaimana wanita tersebut menghancurkan hatinya apabila berkahwin dengan Jay-Z. Bieber dan Knowles bertemu buat pertama kali ketika Anugerah Grammy pada tahun 2010.

Jaden & Willow Smith

Justin Bieber bersama Willow (hujung kiri) dan abangnya, Jaden.

Hubungan rapat Bieber dengan anak-anak kepada pelakon Will dan Jada Smith sememangnya diketahui ramai. Malah Jaden pernah membuat persembahan untuk filem Bieber, "Never Say Never".

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-