Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, April 28, 2011

Video xxx yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim

Share







Yang ada dalam youtube cuma part 1 je..yang nie sensasi jumpa,mcm kelakar sikit sebab ada subttitle @ dialog..hee..

Maklumlah ramai yang nak tahu betul ke daam Video tue Anwar ataupun tak..Sensasi tak berani nak komen..



Rakaman video hitam putih berkenaan memaparkan aksi seseorang lelaki bertuala dan seorang wanita tanpa seurat benang dalam sebuah bilik dipercayai selepas melakukan aksi seks.

Ada yang membuat perbandingan imej Video dan pemimpin Tertinggi Pembangkang..samada kebetulan atau memang betul itu kita tak pasti.Dengar cerita Pihak polis dah tahu






Video Majlis Pertunangan Ashraf Muslim dan Noor dayana

Share









Wah Video pertunangan Ashraf Muslim dan Dayana dah mcm majlis nikah dan sanding je nie...cukup meriah dan agak memang penuh dengan perhiasan dan bunga-bungaan.

Maizawati selamat melahirkan anak pagi tadi

Share







Tahniah Sensasi ucapkan kepada Maizwati dan Yassin Ben yang menimang cahaya mata pagi tadi pada 27 April. Ini adalah anak ketujuh Maiza,dan anak sulung Maiza bersama Yassin Ben..


Tapi tak boleh dikira sulung sebab Maiza dah ada anak..

Kita nantikan pulak gambar bayi comel mereka nanti

Wednesday, April 27, 2011

Gambar hantu yang berjaya dirakam di Sumatera Selatan

Share







Seorang penduduk mendakwa berjaya merakamkan gambar hantu kuntilanak di atas dahan sebatang pokok nangka di Talang Ubi, Muaraenim, Sumatera Selatan, lapor laman Berita8 semalam.

Dalam gambar itu, kuntilanak tersebut tidak menampakkan wajahnya tetapi rambut yang panjang mengurai.

Di Indonesia, hantu kuntilanak dipercayai berasal daripada wanita hamil yang meninggal dunia.

Gambar itu dirakamkan oleh seorang penduduk di Talang Ubi Timur yang hanya dikenali sebagai Edi pada bulan lalu


Klik sini ..untuk tengok gambar tersebut...

Kaedah baru yang diuji berkesan untuk kurus, masukkan Belon dalam perut.

Share







Huhuhu,letak belon daam perut?sungguh scary..bagaimanapun bagi mereka yang nak terdesak nak menurunkan berat badan pasti rasa nak mencuba kaedah ini..jom kita baca,kaedah Belon dalam perut nie..



HAMPIR lima tahun, Azhar Jamal, 35, telah mencuba pelbagai kaedah untuk menurunkan berat badan, namun usahanya masih menemui jalan buntu.

Beliau berdiet dan mengambil pil untuk mengurangkan berat badannya yang mencecah 135 kigogram(kg), tetapi masih tidak berubah sehingga menyebabkan beliau sering rasa letih dan tidak bermaya ketika melakukan kerja harian.

Azhar mula mengalami masalah berat badan selepas tidak lagi aktif bersukan kira-kira lima tahun lepas dan ditambah pula dengan amalan pemakanan yang tidak sihat sepanjang tempoh berkenaan.

"Ketika saya melakukan pemeriksaan kesihatan, kolestrol dan tekanan darah saya tinggi. Doktor nasihatkan saya supaya turunkan berat badan bagi mengelak menghidapi penyakit lain yang lebih teruk.

"Sejak itu macam-macam cara saya cuba untuk kuruskan badan seperti diet, minum jus, makan pil namun berat badan saya tetap sama," kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Sehinggalah pada awal tahun lepas dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar diet di Pusat Perubatan Prince Court yang mengesyorkan jadual pemakanan dan diet seimbang dalam usaha untuk menguruskan berat badannya.

Pakar berkenaan juga telah mengesyorkan prosedur yang dinamai endoscopic placement of gastric balloon dan akhirnya kini beliau berjaya memperoleh berat badan yang ideal iaitu 93 kg hanya dalam masa enam bulan.

"Melalui prosedur ini saya tidak perlu 'mengorbankan' makanan kegemaran saya iaitu nasi kandar dan tetap makan lima kali sehari, saya hanya perlu kurangkan saiz makanan itu dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

"Belon yang diletakkan sementara dalam perut itu membuatkan kita cepat kenyang bila makan dan selepas enam bulan belon itu akan dikeluarkan, namun kita perlu meneruskan amalan pemakanan yang baik serta bersenam bagi mengekalkan berat badan ideal.

"Kawan-kawan juga terkejut dengan perubahan berat badan saya sehingga ada yang tak kenal saya lagi, masalah selalu penat dan tak bertenaga juga sudah hilang. Saiz baju yang saya pakai dulu XXXL juga dah bertukar jadi XL," katanya.

Prosedur sementara

Sementara itu Perunding Pakar Gastroenterologi Prince Court Medical Centre, Datuk Dr. Ryan Ponnudurai berkata, belon gastrik yang diletak menggunakan endoskop adalah direka bagi membantu mengurangkan berat badan seseorang secara ideal iaitu purata 20 kg atau lebih.

Dr. Ryan Ponnudurai menunjukkan peralatan yang digunakan bagi merawat Azhar Jamal.


Untuk layak menjalani prosedur berkenaan yang tidak memerlukan pembedahan itu katanya, seseorang itu perlu mendapat motivasi dan bersedia untuk menjalani secara serius program yang diselia secara perubatan untuk diet dan senaman.

"Prosedur itu hanya dilakukan ke atas pesakit yang memenuhi beberapa kriteria. Pertama, pesakit hendaklah tidak begitu obes, tetapi hanya mempunyai berat badan yang lebih. Mereka mungkin baru sahaja naik berat badan atas beberapa sebab dan mahu kembali ke berat badan asal masing-masing," katanya.

Dr. Ponnudurai berkata, belon itu akan dimasukkan ke dalam perut untuk tempoh sementara selama enam bulan bagi menimbulkan rasa cepat kenyang dan sentiasa kenyang selepas makan.

"Mereka yang (pesakit) datang, perlu berpuasa semalaman sebelum kami memasukkan alat skop, letakkan belon di kedudukannya dan ia selesai. Dalam belon yang kecil itu, kami masukkan 500 cc air garam dan biarkannya dalam perut.

"Kami letakkan pesakit di pusat itu untuk satu malam. Sebenarnya mereka sudah boleh balik pada hari yang sama tetapi kami mencadangkan agar mereka bermalam sahaja di pusat itu.

"Kami masukkan belon itu dalam perut agar anda tidak boleh makan dengan banyak. Itulah tujuannya. Anda akan sentiasa kenyang dan tiada rasa nak makan," katanya.

Dr. Ponnudurai berkata, jumlah berat yang patut dikurangkan dan dikekalkan oleh pesakit adalah bergantung kepada bagaimana mereka mengikut arahan diet, senaman dan perubahan cara hidup dalam jangka panjang.

"Sebelum prosedur itu bermula, pesakit akan dinilai sepenuhnya oleh pakar psikologi dan diet untuk menentukan prosedur yang sesuai dijalankan ke atas pesakit dan faedah yang akan diperoleh oleh pesakit", katanya.

Dr. Ponnudurai berkata, pesakit akan mengalami ketidak selesaan untuk beberapa hari sementara perut dapat menyesuaikan diri dengan belon. Kemungkinan mereka akan mengalami rasa pening dan muntah selepas prosedur itu.

"Namun ia akan hilang mengikut masa. Mereka perlu mengambil makanan berbentuk cecair untuk dua hari. Setelah mereka dapat menyesuaikan diri dengan belon itu, mereka boleh meningkatkan diet," katanya.

Dr Ponnudurai berkata, kos untuk keseluruhan prosedur itu tidak lebih RM15,000.
"Seramai 15 pesakit telah menjalani prosedur itu sejak kami memulakannya kira-kira dua tahun lepas. Hasilnya memuaskan setakat ini: kesemua pesakit dapat mengurangkan purata 20 kg," katanya.

Siti Sarah Hamil sebulan,dan Video sarah komen tentang Maharaja Lawak

Share







Happynyer pasangan bahagia sarah dan Shuib nie..nampaknya mereka bakal menimang cahaya mata kerana Sarah kini hamil sebulan lebih.

Tahniah diucapkan.Sarah yang ditemubual semasa berlangsungnya Maharaja Lawak,kelihatan happy,gelak sakan..

Si penemubual memanggil sarah dengan nama Siti..okey fine nama dia memang lah Siti Sarah,tapi kan dia dikenali dengan Sarah Raisudin..
Lepas tue sarah cakap dia minat Johan,bukan Jozan..ahaha..kesian Zizan..zizan dia tak minat ker? :P



Sinopsis dan gambar disebalik tabir filem Seru

Share







"Serukan Namaku, Bangkitkan Jasadku"..Tagline untuk filem arahan pertama Pierre Andre dan Woo Ming Jin.

Filem nie akan ditayangkan pada 28 April 2011,lagi esok jer..

Kalau korang nak tahu Yusry dengan Lisa tengok Filem nie la sampai berpegangan tangan gitu..uhu..Dari sumber yang boleh dipercayai,dengar cerita memang betul yusry dan Lisa kini tengah mengenali hati budi masing2. Even Edry sendiri memberitahu media,Yusry sibuk dengan kekasih barunya "L"....sape lagi kan yang nama start dr huruf L..

Lagipun Yusry sendiri tak menafikan yang dia bercinta dengan Lisa..ehem2..apepun semoga mereka bahagia..okey dah lari tajuk..


"Seru" mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk "Jangan Bernafas". Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba pelbagai kejadian aneh berlaku di luar jangkaan mereka. Pada mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa. Namun seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan pembunuhan. Ini menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Apakah yang bakal terjadi kepada kumpulan tersebut, mampukah mereka mengelak daripada dirasuk dan diburu? Nantikan kemunculannya di pawagam pada hari Khamis ini.

Pengarah sinematografi Wan Chung Hung
Pengarah Woo Ming Jin memberi arahan kepada pengarah sinematografi Wan Chung Hung

Proses untuk membuat solekan effect pada muka salah seorang para pelakon

Kila Fairy ada bakat menanyi

Share







Kila Fairy nie sensasi mula kenal selepas gossip cinta dengan Yusry KRU,namun kedua mereka menafikan bersungguh2.Kata mereka cuma kenal masa bekerja sahaja dan tak lebih dari itu..

Kemudia timbul pula kontroversi Kila Fairy dikatakan cucuk botox,sehingga menyebabkan wajah lama dan wajah kini berubah.Namun Kila Fairy menafikan sekerasnya dia menyuntik Botox, Rohana Jalil ,ibu Kila pun ckp dia tak suntik botox,cuma teknik solekan saja.

Okey apa yang terbaru,rupanya Kila pun memiliki bakat nyanyian mcm ibunya jugak.Not bad suara dia,taklah power tapi tak pitchy,dan not bad,merdu jugak.Dengar cerita Kila memang aktif menyanyi sejak sekolah lagi..






Gambar Lama Kila Fairy

gambar kila fairy

Kontroversi Kila Fairy dikatakan cucuk botox

gambar kila fairy

Sai Baba meninggal Dunia akibat Serangan Jantung

Share







Sebelum nie sensasi yakin ramai yang dah tahu cerita tentang Sai Baba,
bahkan ada yang mula percaya Sai Baba adalah Dajjal,kerana kuasa ajaib yang dimilikinya.Di India,ramai yang memujanya,bahkan kemasyhurannya tersebar keserata negeri,kononnya Sai Baba separuh tuhan bagi mereka.

Tapi nampaknya Sai Baba meninggal dunia akibat serangan jantung,jadi sahlah Sai Baba bukan Dajjal .


Pemimpin spiritual terkemuka dari India, Sathya Sai Baba, meninggal dunia pada 24/4/2011 pagi. Sebelum ini lelaki ini amat diyakini oleh pengikutnya bahawa Sai Baba adalah manusia setengah Tuhan kerana mempunyai beberapa kuasa-kuasa luar biasa.

Sai Baba sebelum ini menjalani rawatan intensif selama tiga bulan akibat penyakit jantung yang kronik.


Ribuan pengikut Sai Baba telah berkumpul di hospital tempat Sai Baba menghembuskan nafas terakhirnya. Mereka akan mengiringi pengebumian mayat Sai Baba ke tempat lahirnya iaitu di bahagian selatan daerah Andra Pradesh.

Sathya Sai Baba lahir dengan nama Sathyanarayana Raju pada 23 November 1926.

Ajaran spritual yang Sai Baba yang tersebarluas, mempunyai ramai pengikut dari seluruh dunia.

Sai Baba yang sering dianggap sebagi orang suci itu menegaskan ajarannya bukan agama dan bukan pecahan dari agama yang sedia ada. Menurut jutaan orang di dunia yang mempercayainya, Sai Baba memiliki kekuatan supranatural termasuk menghilangkan benda begitu saja, mengetahui kisah kehidupan orang di masa lalu, mampu mengubati semua penyakit mematikan termasuk AIDS, bahkan ada yang mengatakan dia boleh menghidupkan kembali orang yang sudah mati.Sebab itu ada yang mengatakan Sai Baba adalah dajal.

Dengan kematian Sai Baba ini ternyata dia hanya manusia biasa sahaja. Sebelum ini banyak Video di youtube pendedahan Sai Baba hanyalah ahli silap mata.

Monday, April 25, 2011

Raja Lawak minggu ke-4 banyak peningkatan

Share







Minggu ke-4 nie lawak Jozan semakin mantap..hahah memang kelakar tengok aksi dan gelagat Johan dan Zizan...Semakin lama,Jozan sudah menunjukkan taring...go Jozan,sensasi yakin ramai yang meminati mereka berdua nie...



Kumpulan Jambu pulak yang kelakaynya ialah aksi mereka...hahaha..tengok je aksi dan lakonan mereka pun dah rasa nak gelak,Sensasi rasa kelakar part dier cakap "dont touch me"...memula dia nyanyi lagu doraemon,tp agak ke laut...ape pun lawak derang best,bak kata Saiful Apek,terbaekk..



Nabil tetap konsisten,memang kreatif dengan lawak yang baru dan bijak....Pasal Mesin Masa..haha



Minggu ke-empat nie Lawak amir mendapat pujian juri,Amir nampak lebih konfiden kali nie dan ada org yang gelak,drpd sebelum2 nie lawak amir sunyi je...huhu..



Minggu kali nie bottom 3 adalah,Jihan,Man dan Alex,..dan anmpaknya Alex telahpun terkeluar..

Apepun,sensasi harap minggu ke-5 lebih best dan kelakar daripada para peserta Maharaja Lawak.

Keluarga,pengurus,kekasih dan rakan-rakan Justin Bieber

Share








Bakat nyanyian Justin Drew Bieber atau lebih dikenali sebagai Justin Bieber telah ditemui oleh Scooter Braun yang kini merangkap pengurus beliau pada sekitar tahun 2008 menerusi video di laman YouTube yang dimuat turun oleh ibunya.

Sejak itu, Braun tidak pernah berhenti untuk mengetengahkan dirinya dan memperkenalkan kepada orang kuat industri muzik Hollywood termasuklah penyanyi R&B, Usher dan juga pengerusi syarikat rakaman Island Def Jam, L.A Reid.

Single pertamanya, "One Time" telah mendapat sambutan hebat dan menduduki tempat teratas di carta-carta muzik. Bieber juga menjadi artis pertama yang mempunyai tujuh buah lagu dalam album pertama yang menduduki dalam carta Billboard Hot 100.


Pattie Mallette (Ibu)


Patricia Lynn 'Pattie' Mallette berusia 18 tahun ketika mengandungkan anak lelakinya itu. Bieber dilahirkan pada 1 Mac 1994 di London, Ontario, Kanada dan Malette telah membesarkannya sebagai seorang ibu tunggal. Bieber telah membesar bersama ibunya selepas ibu bapa mereka berpisah saat masih kecil. Sebelum Bieber dilahirkan, Mallette ketika berusia 17 tahun pernah cuba membunuh diri setelah didera secara seksual dan beralih ke dadah dan alkohol. Kini Mallette sudah berubah dan Bieber pernah mengkredit ibunya sebagai "orang yang bertanggungjawab atas kejayaannya".

Jeremy Bieber (Ayah)


Walaupun sudah berpisah dengan Mallette ketika Justin masih kecil, Jeremy masih lagi mengekalkan hubungan dan berkomunikasi dengan anak lelakinya itu sehingga sekarang. Kini Jeremy sudah pun berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Scooter Braun (Pengurus)


Secara tidak sengaja menonton video yang dimuat turun oleh Mallette, Braun telah bertindak berjumpa dengannya dan berjanji untuk mendapatkan perjanjian rakaman untuk Bieber. Braun sentiasa berada di sisi Bieber apabila karier nyanyiannya bermula sehinggalah sekarang. Braun pernah ditahan polis apabila satu sesi bertemu peminat di sebuah pusat membeli-belah tidak terkawal.

Usher

Justin Bieber bersama penyanyi R&B dan mentornya, Usher.

Apabila Braun mula mengendali Bieber, dia cuba mendapatkan nama-nama besar dalam industri seperti Usher dan Justin Timberlake untuk membantu melancarkan kariernya. Usher terpegun melihat bakat Bieber dan membantunya mendapatkan perjanjian rakaman di Island Def Jam milik L.A Reid.

Selena Gomez


Ramai sedia maklum bahawa Bieber dan pelakon Disney ini memang bercinta setelah pasangan ini mengakui hubungan mereka. Walaupun baru-baru ini timbul khabar angin bahawa pasangan ini telah berpisah apabila Gomez mengetahui Bieber masih lagi menghantar pesanan ringkas kepada Jasmine Villegas, gadis yang pernah digosip bercinta dengannya, ianya adalah khabar angin yang tidak berasas.

Michael Jackson



Merupakan seorang peminat Michael Jackson, Bieber sentiasa menganggap raja pop tersebut sebagai sumber inspirasi dalam hidupnya.

Beyonce Knowles


Bieber adalah peminat nombor satu Beyonce Knowles! Bieber seringkali memberitahu dalam temu ramah bahawa dia sangat menyukai bekas penyanyi kumpulan Destiny's Child dan bagaimana wanita tersebut menghancurkan hatinya apabila berkahwin dengan Jay-Z. Bieber dan Knowles bertemu buat pertama kali ketika Anugerah Grammy pada tahun 2010.

Jaden & Willow Smith

Justin Bieber bersama Willow (hujung kiri) dan abangnya, Jaden.

Hubungan rapat Bieber dengan anak-anak kepada pelakon Will dan Jada Smith sememangnya diketahui ramai. Malah Jaden pernah membuat persembahan untuk filem Bieber, "Never Say Never".

Gambar-Gambar pertunangan Ashraf Muslim dan Noor Dayana

Share







Tahniah diucapkan kepada pasangan tunang nie iaitu Ashraf Muslim dan Noor Dayana,..

Sensasi pasti ramai yang cemburukan Noor Dayana,dapat plak tunang hensem,beriman plak tue..cisss..Tapi inilah yang dinamakan jodoh.Semoga jodoh mereka berpanjangan dan ke jinjang pelamin.Tunang Ashraf Muslim ialah anak kepada Haji Lokman, yang merupakan tuan punya pusat perubatan Syifa Al Hidayah.

Majlis pertunangan Ashraf dan Dayana telah berlangsung di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak pada jam 9.45 pagi 23 April 2011. Stesen televisyen TV9 turut mengadakan lintas langsung bagi memberi peluang kepada peminat melihat bakal isteri pelakon itu. Majlis pada 23 April itu dimulakan dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan acara menyarung cincin. Ibu saudara Ashraf, Fatimah Azil menjadi wakil pihak lelaki bagi menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Dayana. Ini kerana ibu kepada pelakon ini sudah meninggal dunia.

Sebanyak tujuh dulang hantaran telah dihadiahkan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Pemberian ini dibalas dengan tujuh dulang. Antara barangan yang disertakan ialah set alat mekap, persalinan, sireh junjung, kek (dari Dayana) dan buah-buahan (dari Ashraf).

Pasangan ini bakal melangsungkan pernikahan di Tanah Suci Mekah pada 1 Syawal hadapan. Ashraf, Dayana dan sanak saudara akan berlepas ke Mekah pada 17 Ogos dan akan menghabiskan masa kira-kira dua minggu di sana.


gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim



gambar tunang ashraf muslim

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-