Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, March 24, 2011

Seram: Kejadian pelik berlaku semasa penggambaran Kum Kum The Series

Share







Pengarah Kum-Kum The Series, Michael Ang mengakui terpaksa berhadapan dengan beberapa peristiwa seram dan pelik sepanjang melakukan penggambaran drama Kum-Kum The Series.

Walau pun begitu, ia tidak pernah mematahkan semangat dia dan pelakon-pelakon lain untuk meneruskan penggambaran drama tersebut.

"Kami lakukan penggambaran di tempat-tempat yang sememangnya menyeramkan iaitu di sebuah rumah yang dimiliki oleh kerabat diraja Kedah.

"Saya sendiri ternampak sebuah lembaga di dalam skrin dan ketika saya lihat di keluar skrin memang makhluk itu berada di atas pokok," katanya.

Kata Michael, bukan dia sahaja yang menerima kejadian aneh tersebut, kru produksi turut menerima gangguan apabila barang-barang yang sudah dimasukan dalam beg ditemui berselerak di sebuah bilik yang sememantgnya tidak digunakan mereka.

"Selepas penggambaran kami siap kemaskan barang tapi bila ingin bergerak, seorang daripada kru produksi memberitahu ada barang yang belum dikemas lagi.

"Baju dan barang tersebut berselerak di sebuah bilik yang langsung tidak digunakan," katanya.

Sementara itu, pelakon Didie Alias turut berkongsi pengalaman apabila adegan jampi yang dilakukan di sebuah tanah perkuburan akhirnya terpaksa dibatalkan akibat hujan petir secara tiba-tiba.

"Walaupun ia bukan jampi yang betul tetapi ayat-ayat tersebut seperti memuja mungkin secara tidak langsung mempunyai kesan kepada makhluk lain. Ditambah dengan penggambaran tersebut dilakukan di sebuah tanah perkuburan lama.

"Saya melakonkan watak memuja mayat yang mana mayat tersebut hanyalah patung, tetapi bila mulakan babak tersebut tiba-tiba hujan, kilat, petir turun tanpa sebarang tanda awal," katanya Didie.

Tambah Didie, babak tersebut akhirnya dilakukan pada hari lain.

Pengalaman Marsha pula berbeza apabila dia tidak dapat melelapkan mata semalaman kerana terbau bunga Harum Sundal Malam sepanjang malam.

"Saya memang seorang penakut, satu hari selepas penggambaran saya balik kerumah dan ingin melelapkan mata.

"Tapi saya rasa ada sesuatu bau yang lain bukan dari pewangi rumah. Ia seperti bau Bunga Harum Sundal Malam," katanya.

Drama 13 episod ini merupakan kesinambungan telefilem Kum-Kum yang disiarkan pada tahun lalu.

Menurut Micheal, skrip adalah berdasarkan cerita-cerita yang pernah menjadi buah mulut masyarakat.

"Cerita tentang hantu Kum Kum pernah menjadi topik hangat pada tahun 80-an. Dari sumber rujukan yang saya dapat, saya olah menjadi sebuah cerita yang menarik.

"Bagaimanapun ia tetap mengekal jalan cerita asal yang diceritakan oleh masyarakat," katanya.

Drama ini mengisahkan Mawar (Marsha Londoh) seorang gadis yang kurang keyakinan diri dan percaya dengan ilmu hitam untuk kelihatan cantik.

Disebabkan keghairahan untuk menjadi cantik dan mendapatkan lelaki yang dicintai dia terpaksa membunuh 21 perawan dalam masa 41 hari.

Drama ini dibintangi oleh Marsha Milan Londoh, Didie Alias, Elfira Loy, Shahanaz dan Sharifah Shahora.

Bakal disiarkan bermula pada 12 April, setiap Selasa, pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-