Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, March 1, 2011

Maria Farida cakap Shahz Jazzle kaki perempuan

Share







Gambar kiri adalah gambar kenangan Maria Farida dan Shahz Jazzle,manakala gambar belah kanan pulak gambar Shahz dengan Neelofa,juara Dewi Remaja yang membintangi Filem Azura.

Dengar cerita jugak yang kononnya shahz menghantar SMS kepada Maria memberitahu dia mahu putus cinta kerana sudah bersama Neelofa.ish3..betul ke nie? kalau betul la..memang agak keparat disitu..



Sebelum ini Maria Farida dan Shahz pernah putus cinta apabila Shahz dikatakan berkucupan dengan wanita lain di Anugerah Skrin yang lepas.Dan wanita yang dikatakan adalah Wan sharmila.Tp Gossip nie takda bukti sahih,cuma cerita oleh org yg pernah melihat kejadian ini.

Sebelum ini, pernah putus juga sekejap tapi sambung balik. Kali ini, dramatis Maria Farida betul-betul nekad berpisah dengan kekasihnya yang juga pelakon baru, Shah Jaszle.

Tegas ibu tunggal yang masih jelita dan bergetah itu, jangan sesekali mengaitkan namanya lagi dengan Shah Jaszle.

Biarlah lelaki itu bahagia dengan kehidupan barunya apatah lagi dia mendakwa Shah Jaszle sudah mempunyai teman wanita baru yang juga heroinnya dalam filem Azura 2011, Neelofa.

Amboi, marah betul Maria dengan Shah Jaszle. Malah sepanjang perbualan dengannya, Maria lebih selesa menggelarkan pelakon berusia 22 tahun itu dengan panggilan ‘dia’.

“ Saya menyesal sangat bercinta dengan dia. Tak mungkin saya jatuh cinta lagi dengan lelaki muda selepas ini.” katanya


Kenapa suara lemah saja dan bunyi macam sedih sangat?

Saya tak sihat. Saya sedang sakit sekarang ini.

Sakit sebab putus cintakah?

Tak adalah (ketawa manja). Saya baru habis penggambaran drama. Itu yang penat sangat.

Nak tanya ni, betulkah Maria dan Shah Jazle sudah putus cinta atau saja buat cerita?

Kenapa tanya saya? Kenapa tak tanya ‘dia’ dulu. Saya tak nak komenlah.

Tapi Shah Jaszle kata cinta kalian sudah berakhir, iyakah?

Biarlah ‘dia’ bercakap apa yang dia nak cakap. Saya tak nak terlibat dengan dia lagi, jangan babitkan saya dengan dia. Kami memang sudah putus cinta dan semuanya sudah berakhir, saya tak mahu ada kaitan apa-apa dengan dia lagi.

Bila putus ni? Masa sebelum dia ke Paris atau selepas dia jumpa kekasih baru di sana?

Masa dia buat penggambaran di sanalah. Di situlah bermula cerita dia dengan perempuan tu.

Betulkah Shah Jaszle yang hantar SMS untuk minta putus?

Entahlah, saya rasa sudah tak penting untuk saya bercakap soal itu sekarang ini. Biarlah dia dengan hal dia, saya pun ada hidup sendiri.

Orang kata awak ni kuat cemburu, budak muda mana suka wanita cemburu?

Itu dakwaan yang tak betul. Saya putus cinta dengan dia bukan sebab cemburu buta. Awak nak tahu kenapa kami putus? Sebenarnya saya sudah meluat dengan perangai dia.

Perangai macam mana? Teruk sangat ke?

Perangai buruk dia yang kaki perempuan. Tak habis-habis. Cukuplah!

Tapi Neelofa ada kata Maria selalu telefon dia nak tanya pasal Shah Jaszle? Berani pula dia kata macam tu?

Alah, pada saya senang saja. Biasalah, budak baru nak naik. Cari kontroversi untuk popular. Kita kenalah faham.

Mungkin Maria boleh kongsi pengalaman cinta bersama Shah Jaszle?

Saya menyesal sangat bercinta dengan dia. Saya ingat dia matang walaupun umur dia muda lagi. Rupa-rupanya perangai macam budak-budak. Awak tahu tak, sejak jumpa dia, hidup saya kucar-kacir. Saya kena cakap benda ini supaya orang tahu perkara sebenar.

Shah Jaszle di mata Maria sebagai kekasih?

Dulu saya tak percaya nasihat kawan-kawan agar jangan berkawan dengan dia. Kawan-kawan kata sebagai artis baru, sudah tentu dia nak gunakan saya, tapi saya tak dengar kata kawan-kawan. Akhirnya sekarang saya tahu juga, memang betul dia suka kontroversi. Setiap lokasi berlakon, mesti saya dengar cerita dia dengan heroin yang berlakon sekali dengan dia.

Maria rasa diperguna-gunakan?

Entahlah, tapi saya rasa memang silap besar sebab saya pernah jatuh cinta dengan dia.

Lepas ni kalau jatuh cinta lagi, masih nak dengan lelaki muda juga?

Taklah kot. Dia yang pertama dan terakhir untuk saya bercinta dengan lelaki muda.

Mungkin isu putus cinta dengan Maria merupakan strategi dia untuk popular, boleh menang Pelakon Lelaki Baru Paling Popular?

Saya tak tahulah. Mungkin juga.

Maria berkahwin dan bercerai pun tak kecoh macam sekarang. Bercinta dengan ‘budak-budak’ tiba-tiba jadi kecoh pula. Apa yang Maria rasa?

Saya memang tidak suka dengan kontroversi. Saya seorang artis yang clean sebelum ini. Saya mahu kehidupan saya kembali normal. Tolonglah jangan kait nama saya lagi dengan dia selepas ini.


Bila sensasi dengar komen maria tentang budak baru nak naik,teringat dengan lagi nie..mcm seswai je...cerita kedai kopi~




No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-