Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, March 9, 2011

Benjy Lafaz talak kepada Isteri dan rujuk semula selepas 13 jam

Share









Perceraian nie bukanlah sesuatu yang baru berlaku.Sebenarnya Benjy telah melafazkan talak terhadap isterinya pada 3 tahun lepas.

Cuma pada baru-baru ini,isteri Benjy iaitu Safiya Stephanie Kar-Leng Lee memohon di mahkamah rendah syariah untuk pengesahan cerai dan rujuk mereka.


Berdasarkan permohonan tersebut, Safiya mendakwa Benjy, 33, melafazkan talak pada pukul 9 malam, 7 Julai 2008 di rumah kelamin mereka di Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut, di sini.

Lafaz tersebut berbunyi “aku ceraikan dengan talak satu” sebelum rujuk kembali pada pukul 10 malam dengan lafaz “I’m rujuk-ing”.

Selepas mendengar permohonan itu, Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor mengesahkan bahawa jatuh talak rajie dengan berjumlah satu talak.

Beliau juga memutuskan bahawa lafaz rujuk tersebut sebagai sah dan pasangan itu masih lagi sebagai suami isteri..

Sebab apa mereka bercerai tidak dinyatakan bahkan Safiya memohon agar perbicaraan dibuat di dalam kamar .

Safiya yang merupakan seorang penyambut tetamu pula hadir bersendirian manakala Azean dan suaminya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi hadir pada pukul 8.45 pagi.

Perbicaraan akan disambung semula pada 18 April 2011 nanti.

Sensasi kesian jugak dengan wife Benjy,sebelum nie ada kisah dimana Safiya diberhentikan kerja sebagai guru tadika tak silap sensasi,dan dihalau dari rumah sewa berikutan kes penangkapan Benjy,Tambahan pula,semasa Benjy ditangkap dia dikatakan ada dengan kekasihnya,

Jadi Benjy ada kekasih muda yang berumur awal 20-an.

Nampaknya Benjy dan Isterinya masih sah suami isteri ,sekurang2nya dapatlah dia bertemu isteri dan ibunya Azean Irdawaty setelah lama terpisah




No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-