Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, February 23, 2011

Zizan Raja Lawak dan Dira Sah,ditawarkan Jadi Pengacara Melodi

Share









Sebelum nie dah kedengaran kononnya Dira dan Zizan bakal menggantikan tempat Fafau dan ahid untuk mengacarakan Melodi namun teklah disangkal oleh pihak TV3,namun kini dah disahkan pula yang memang mereka berdua dah ditawarkan menjadi pengacara Melodi.


Dira sebelum ini pernah menjadi pengacara untuk program "Beat TV", "Pulus Mania" dan "Jom Ronda". Malah dia pernah menjadi penyampai radio X-Fresh FM pada tahun 2007. Manakala Zizan pula adalah pengacara "Gelanggang Raja Lawak" di Astro Prima (Saluran 105).
Wahid dan Fara akan bersiaran sebagai pengacara "Melodi" buat kali terakhir di Karnival Jom Heboh Batu Kawan, Pulau Pinang pada 27 Mac ini. Zizan dan Dira pula akan mengambil alih pada minggu berikutnya iaitu 3 April dengan bersiaran langsung di Arena Of Stars, Genting Highland bersempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.

Wahid dan Fara telah memikul tanggungjawab sebagai pengacara "Melodi" selama enam tahun. Semenjak "Melodi" diterbitkan pada tahun 1992, nama-nama seperti Fauziah Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Azwan Ali dan Raja Azura adalah antara yang pernah mengendalikan program ini.


Wahid dan Fafau malas komen tentang penggantian mereka sebagai Hos Melodi...

Fara Fauzana @ Fafau sebelum nie ada mengatakan bahawa memang benar dia akan berhenti drpd mengacarakan Melodi.Namun menurut Fafau dia yang mengundur diri atas sebab peribadi..hmmm..peribadi? misteri disitu patut disiarkan di Melodi?

Manakala Wahid pun enggan komen tentang perkara tersebut..begini katanye:

“Saya tidak mahu bercakap apa-apa tentang penggantian pengacara ini, termasuklah pengalaman saya atau perkara berkaitan sepanjang mengacara Melodi.

“Bukan bermakna saya marah atau apa, cuma ketika mula-mula menjadi pengacara Melodi juga saya tidak bercerita apa-apa. Jadi, saya mahu perkara yang sama apabila tidak lagi menjadi pengacara Melodi,” katanya.

Namun, peminat Wahid masih boleh melihat telatah pengacara berbakat ini sebagai hos baru program Ewah-Ewah bergandingan dengan Nabil yang akan ditayangkan di TV3 mulai April.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-