Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, February 25, 2011

Tuntutan harta Sepencarian Norish Karman dengan bekas suaminya Datuk Hashimuddin Abdul Kadir

Share










Bagi mereka yang berkahwin bertahun2 ,ada anak-anak bersama bahkan harta diperolehi semasa masih lagi suami isteri,maka bekas isteri layak mendapat Harta sepencarian,melainkan kalau ada rekod isteri nusyuz dan sebagainya.

Kes harta diantara Norish Karman dan bekas suaminya masih lagi berlangsung.


Mahkamah Tingggi Syariah di sini, pada Khamis menetapkan permohonan harta sepencarian yang difailkan oleh dramatis Singapura, Norish Karman terhadap bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir disebut semula pada 18 April depan.

Norish atau nama sebenarnya Nor'Asikin Karman, 36, bernikah dengan Hashimuddin, 62, pada 11 Januari 1998 di Perlis dan pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini pada 15Julai 2008.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, 10, Muhammad Hady Amieran, 6, dan Nur Hanyz Amanda, 5.

Antara harta yang disenaraikan sebagai harta sepencarian ialah sebuah rumah di Bangi yang dianggarkan bernilai RM2 juta, kondominium Danau Permai (RM300,000), Kondominium Abadi Indah (RM300,000), sebuah rumah di Seremban, Negeri Sembilan (RM100,000) dan kondominium Seri Heningdi Ampang, dekat sini.

Pada 26 Januari lalu, Mohammad Adib menolak permohonan Hashimuddin yang diwakili oleh peguam syarie Muhammad Buruk untuk membatalkan tuntutan harta sepencarian tersebut.


Sebelum itu mahkamah menolak untuk permintaan Norish untuk mendapatkan sebuah kereta jenis Nissan Murano untuk kegunaan anak-anak.

“Mahkamah berpendapat anak-anak tersebut tidak mempunyai kepentingan dalam perkara tersebut

“Adakah benar dengan usia anak yang tidak sampai 10 tahun memerlukan kenderaan tersebut dan benarkah bapanya juga berkemampuan untuk menyediakannya?,” katanya.

Zainor Rashid juga menyatakan, berdasarkan afidavit sokongan Hishamuddin, beliau mengakui telah menyediakan sebuah kenderaan lengkap dengan pemandu peribadi yang boleh digunakan pada bila-bila masa untuk urusan persekolahan anak.


Norish Karman telah mempunyai kekasih baru sebaik selepas bercerai dengan suaminya iaitu abang kepada Faradhiya.Bahkan Lelaki yang bernama Luqman ini dikatakan punca penceraian antara Nosrish dan bekas suaminya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-