Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, February 20, 2011

Masjid yang dibina Datuk K dan Siti Nurhaliza siap dibina dan dilancarkan semalam di Kedah

Share









Masjid Al Khalidiah yang didirikan oleh Yayasan Nurjiwa akan dirasmikan oleh K.D.Y.M.M Tuanku Sultan Kedah pada hari Sabtu 19 Februari ini pada pukul 11.30 pagi (esok).

Masjid yang dibina di kampung asal Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa di Kampung Permatang Pasir, Kuala Muda, Kedah pada tahun 2009 itu telah siap sepenuhnya. Khalid dan isteri Datin Sri Siti Nurhaliza akan bersama-sama merasmikan masjid tersebut.

[Tubuh Yayasan Nurjiwa untuk berbakti.]

Tubuh Yayasan Nurjiwa untuk berbakti.
Yayasan Nurjiwa ialah sebuah madan kebajikan yang dilahirkan oleh pasangan suami isteri popular itu pada 21 Ogos 2006.

Ia ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawab membantu golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim, miskin dan mangsa bencana alam.

Yayasan tersebut juga membantu dalam pembangunan agama, khususnya pembinaan serta baik pulih masjid dan surau terutamanya di kawasan kampung-kampung.

Siti juga turut menyalurkan dana ke yayasan tersebut melalui persembahan amal yang dilakukannya sejak yayasan tersebut ditubuhkan.

Sudah banyak aktiviti amal dilakukan termasuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kedah tidak lama dulu.

Siti dan suami sama-sama turut padang bersama sukarelawan lain untuk meringankan beban mangsa bencana alam itu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-