Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, February 1, 2011

Ariel Peterpan dipenjara 3tahun 6 bulan dan denda RP250juta

Share







Akibat membuat merakam aksi pornografi bersama pasangannya Luna Maya dan Cut Tari serta menyebarkannya Ariel akhirnya dijatuhi hukuman penjara.

Banyak org rasa pelik kenapa Luna Maya mahupun Cut Tari tak dikenakan tindakan ini.Sensasi pun kurang pasti,tapi sensasi rasa mungkin sebab org yang merakamkan itu adalah Ariel,dan dia jugak yang sebarkan jadi dalam kes pornografi nie Luna Maya dan Cut Tari terlepas.

Tapi rasanya dengan bukti kukuh telah berlaku persetubuhan luar nikah mcm nie,Mahkamah Syariah kat sana patut lah jatuhkan hukuman ke atas Luna Maya dan Cut Tari.

Kalau kat Malaysia,khalwat boleh menyebabkan samada anda didenda RM3000 sorang atau penjara.Tapi kalau ikut hukum Qisas..huhuhu parah lah jawabnyer..





Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung Isnin, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan.

Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup. Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.

Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Jan lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke terhadap penyanyi itu.

Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-