Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, January 12, 2011

Pesawat Air Asia Terbabas di Kuching pada 10 Malam semalam (11.1.11)

Share












Sebaik-baik sahaja pesawat AirAsia mendarat, percikan api terhasil lantaran geseran yang berlaku antara sayap kanannya dengan landasan. Ruang kabin pula dipenuhi asap.

Bagasi yang diletakkan di ruang simpanan bertaburan. Lebih cemas lagi apabila penumpang dan anak kapal langsung tidak diberikan bantuan ketika mereka lari di padang berlumpur sebaik pintu pesawat dibuka.

Pengalaman ngeri pukul 10.02 malam kelmarin itu begitu mencemaskan buat 124 penumpang dan enam anak kapal pesawat jenis Airbus syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang tergelincir dan terbabas dari landasan sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini.

Kejadian berlaku sewaktu pesawat AK5218 dari Kuala Lumpur itu melakukan pendaratan dalam hujan lebat.

Bagaimanapun, penumpang dan anak kapal terselamat tetapi empat daripada mereka cedera.

Sensasi difahamkan pada malam kejadian hujan sangat lebat .Nasib baik Pesawat tersebut tak meletup,kalau tak memang sungguh dasyat lah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-