Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, January 3, 2011

Faizal Yusuf (Bekas Suami Siti Nordiana) Meninggal dunia akibat Serangan Jantung

Share








Takziah diucapkan buat keluarga Faizal Yusuf dan bekas Isterinya Siti Nordiana atas pemergian arwah yang amat mengejutkan.

Faizal Yusuf baru sahaja berumur 33 tahun dan sebelum nie terkenal dengan drama Adamaya bersama Lisa Surihani,

Pada hari sabtu iaitu 1 January 2011,lebih kurang pukul 2ptg sensasi terima message dari kwn sensasi melalui BBM mengatakan yang Faizal Yusuf baru sahaja meninggal di Hospital Pusrawi akibat serangan jantung.

Sensasi memang terkejut dan kurang pasti betul ke Faizal nie meninggal maklumlah sebelum itu ada cerita Maizawati meninggal tapi rupanya Maizawati tak meninggal pun.

Namun akhirnya memang disahkan Faizal Yusuf telah meninggal.Umur masih muda bahkan isterinya Rosmunira kini sedang mengandung 5 bulan.

Sebelum itu Faizal dikatakan jatuh didalam bilik air kerana dadahnya sakit.Terus isterinya dan abangnya membawa ke hospital Pusrawi pukul 10 pagi.

Namun keadaan semakin kritikal menyebabkan dia akhirnya meninggal dunia.

5 hari sebelum meninggal Arwah sempat berpesan pada anaknya dalam telefon menyuruh anaknya Mohd Rayyan,2 tahun agar menjaga ibunya Siti Nordiana.

Masa tue Siti Nordiana dah rasa pelik dengan percakapan bekas suaminya itu.

Nampaknya ini kali kedua Siti Nordiana berdepan dengan kematian org yang pernah dekat dengannya iaitu Achik Spin dan kini bekas suaminya Faizal Yusuf,


Sensasi agak hairan lah jugak muda-muda lagi dah kene serangan jantung sebab doktor kata salah satu saluran jantungnya tersumbat.

Teringat kisah Brittany Murphy yang turut meninggal akibat serangan jantung,dan dia masih muda awal 30an semasa meninggal

Serangan jantung kepada org muda yang bukan obese mungkin disebabkan pengambilan ubat-ubatan yang terlebih dos,atau menjadi toksin sehingga menyumbat saluran darah dalam jantung.

Bahkan ada sesetengah ubat-ubatan(dadah) yang bercampur aduk pun boleh menyebabkan serangan jantung,Jadi berhati hatilah bila makan ubat,samada ubat kurus,ubat tido,dan sebagainya.




Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-