Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, July 31, 2010

Awal Tak sabar nak kahwin dengan Scha

Share










"Awal plan nak kahwin waktu umur 30 tahun. Sebetulnya Awal tak mahu terburu-buru sebab hubungan dengan Scha baru berusia 10 bulan. Tapi tak mahulah terlalu lambat sangat. Kami ada berbincang mengenainya untuk pastikan kedua-dua pihak mahukan perkara yang sama.

"Yang penting sekarang ni, keluarga merestui hubungan ini dan kami mahukan hubungan tersebut terus kekal. Tapi yang penting kami tak tetapkan bila akan berkahwin tapi Awal memang tak sabar nak kahwin," gurau Awal.

Bekerja bersama kekasih bukanlah perkara yang mudah bagi Awal. Tekanan kerja dan persekitaran mungkin antara faktor yang bakal mengeruhkan hubungan mereka.

"Pertama kali bergandingan dengan Scha dalam Prebet Jamilah dan rasa seperti ada tekanan dalam hubungan kami. Mungkin ini drama last kami akan berlakon bersama sebab dua-dua stress sampai kami tak bercakap antara satu sama lain. Awal sayangkan hubungan ini dan tak mahu risikokannya.

"Kalau berlakon dengan artis lain dan ada kesilapan, Awal tak keberatan nak tegur. Tapi bila dengan kekasih hati, risau juga kalau dia terasa hati. Kadang kadang nak bergurau pun malu sebab takut nanti apa orang kata. Bagi Awal, bekerja sekali memang sesuatu yang sukar dan agak kekok," tambah jurucakap rasmi Kad Dot Red, Red Box ini.


Farah Azlina ,Timbalan Pendakwa Raya yang digugurkan dari kes liwat kerana bercinta dengan Saiful

Share









Sensasi: Kebelakangan nie kecoh apabila salah seorang ahli dalam kumpulan pendakwaraya dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan Pengadu /Plaintif.Siapa lagi kalau bukan Saiful Bukhari.Masuk dalam berita bahawa Farah Azlina Abdul Latif,timbalan Pendakwaraya digugurkan dari kes setelah blog Raja Petra mendedahkan bahawaa Timbalan pendakwaraya ini mempunyai hubungan cinta dengan Saiful.

Tp dakwaan Raja Petra masih disiasat,byk org musykil mcm mana si Raja Petra nie tahu padahal dia berada di London.?? Ada yang ckp dia kelentong..

Kedengaran pulak dalam cakap-cakap sesama org2 dalam parti Keadilan yang Saiful dan Farah Azlina merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat utk menutup kontroversi ini..HAHA...mcm tak logik,tetiba nak kahwin,adakah ini cerita rekaan? Cerita ini dikhabarkan untuk menguatkan lagi dakwaan Raja Petra bahawa mereka berdua nie bercinta.


Saiful dulu pernah bertunang dan putus tunang dah agak lama..boleh baca post lama sensasi tentang saiful yang putus tunang disini..



Disebaban cerita panas ini,bykla blogger yang cuba mencari wajah Farah Azlina...ada yang mengatakan bahawa wanita berbaju merah diatas adalah beliau.

Memang hampir byk persamaan,tapi bila difikir-fikir takkan kot,sebab yang baju merah tue nampak berusia,manakala Farah Azlina dikatakan berusia awal 30-an.


"Hubungan Romantis": Pandangan Para Peguam

Beberapa peguam berpandangan imej Jabatan peguam Negara tercemar ekoran dakwaanya bahawa seorang anggota pasukan pendakwaan terlibat dalam hubungan romantis dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun sebahagian lagi berpandangan peranan timbalan pendakwa raya (DPP) dalam kes tersebut hanyalah kecil kerana mereka hanya mengambil nota semasa perbicaraan.

Baljit Singh Sidhu berpendapat dakwaan itu benar-benar menggoncang jabatan tersebut secara serius.

"Tuduhan itu serius dan tak nampak baik untuk pendakwaan. Ia mengarah kepada isu integriti pasukan pendakwaan," katanya ketika ditemui.

"Sekiranya dakwaan itu benar, ia menunjukkan bahawa DPP tidak bertika dan tidak profesional kerana mempunyai hubungan dengan pengadu.

Baljit yang juga seorang pensyarah berkata, peranan DPP berkenaan Farah Azlina Latif adalah kecil bukan satu isu.

"Fakta bahawa beliau sebahagian daripada pasukan pendakwaan kekal dan ia tidak sepatutnya berlaku," tambahnya.

Baljit bagaimanapun memuji tindakan Peguam Negara Abdul Gani Patail yang mengeluarkan daripada pasukan pendakwaan terhadap kers Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan tanggapan negatif.

Bagaimanapun seorang peguam kanan yang mahu namanya dirahsiakan sambil ketawa berkata, perkara ini hanya boleh terjadi di Malaysia.

Friday, July 30, 2010

Ayu Raudhah bakal berkahwin dengan Zaquan Adha (ex-playboy?)

Share







Sensasi: Nampaknya Ayu Raduhah bakal menamatkan zaman bujang bersama pilihan hatinya Zaquan Adha ...Walaupun sebelum nie dah banyak gossip liar yang menyelubungi kekasihnya namun Ayu berkata dia sgt sayang pada Zakuan dan percayakan kekasihnya itu,.

Sebelum nie kan ada gossip-gossip liar yang mengatakan Zaquan adalah seorang playboy,semasa menjalin hubungan dengan Ayu,Zaquan juga menjalin hubungan dengan seorang lagi gadis lain...tp bagi sensasi of cos Ayu lebih chantek..


kemudian dtg pulak gossip ,seorang lelaki yang mengaku kekasih gay kepada Zaquan..huhu...dan Zaquan menafikan ,katanya itu semua tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan dirinya.

Kemudia kecoh pulak dlm dunia hiburan pabila ada wartawan kekdahnye ternampak Aidil dlm keadaan mabuk ketika itu ,Rita dikatakan sedang dlm pantang ke,sensasi tak ingat sgt,then rupa2nya they all ckp tue bukan aidil tetapi kembarnya Zaquan..huhu..mcm-mcm..

Kembar Aidil dan Zakuan menjadi fames selepas Gosip Aidil bercinta dengan Rita seorang pelakon wanita yang fofular.Apatah lagi apabila kontroversi kahwin di siam dan tidak direstui keluarga,masa tue Aidil 19 tahun dan Rita 29 tahun...10 tahun perbezaan. Manakala pasangan kembarnya,Zaquan 22 dan Ayu 26 tahun..so 4 tahun ...pasangan kembar nie lebih suka wanita yang lebih matang.. :) sebab pompuan yg lebih tua lebih syg dan byk mengalah dgn bf yg lebih muda.



ayu semakin berisi kan skrg..happy je


Pelakon Ayu Raudhah(gambar) mengesahkan keluarga kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd. Radzak,22, merestui hubungan mereka termasuk membenarkan hasrat pasangan itu untuk berumah tangga.

Ayu berkata dia gembira kerana keluarga kekasihnya itu bersedia menerimanya sebagai menantu

"Alhamdulilah setakat ini semuanya berjalan lancar. Saya beberapa kali menziarahi keluarga dia dan mereka menerima saya dengan baik. Malah mereka langsung tidak menghalang untuk kami meneruskan hubungan ke tahap yang lebih serius.

"Begitu juga keluarga saya, mereka sentiasa menyokong pilihan yang saya buat. Mereka juga sudah beberapa kali berjumpa dengan Zaquan," katanya.

Jelas Ayu lagi, perancangan untuk mengikat tali pertunangan sudah pun difikirkan dalam masa terdekat ini tetapi kerana kekangan masa, mereka terpaksa menangguhkannya pada tahun hadapan.

"Perancangan awal memang dalam tahun ini, tapi dia sibuk dengan latihan di luar negara dan saya sibuk dengan penggambaran drama. Jadi kami terpaksa menunda dari tarikh yang sepatutnya,” katanya.

Bagaimanapun kata Ayu, dia ada membuat beberapa persiapan sementara menanti tahun hadapan mengikut apa yang mampu.

"Setakat ini sudah 30 peratus persiapan dibuat termasuklah memilih baju yang hendak dipakai pada majlis pertunangan nanti," kata Ayu.

Dalam pada itu, Ayu yang sibuk dengan penggambaran telefilem Nurfansuri untuk siaran Ramadan ini memberitahu rahsia dia mengekalkan hubungan cinta mereka ialah dengan sentiasa berhubung.

"Memang saya aku sukar untuk mencari masa keluar bersama kadang-kadang sebulan sekali baru kami dapat berjumpa. Tapi apa juga yang terjadi saya tetap percayakan dia," katanya .

Ketika ditanya adakah akan mengikut jejak langkah kakaknya aktres Rozita Che Wan yang mahu bersara dalam bidang lakonan, Ayu memberitahu perkara itu belum difikirkan.

"Sekarang saya mahu berlakon sepuas-puasnya sebab selepas bergelar isteri nanti belum tahu lagi sama ada boleh berlakon atau tidak," katanya.

Selain Zaquan, kembarnya yang juga pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan turut memilih artis sebagai isteri.

Bagaimanapun perkahwinan rahsia di antara Aidil Zafuan dengan pelakon Rita Rudaini Mokhtar itu pada mulanya mendapat halangan daripada keluarga lelaki.

Thursday, July 29, 2010

Lagi Info belanjawan Taek Jho Low yang mendampingi artis-artis hollywood

Share








Beliau bukanlah mana-mana selebriti yang berasal dari Korea Selatan mahupun negara Filipina walaupun namanya yang agak sinonim dari negara itu. Beliau juga bukanlah penyanyi yang berasal dari realiti televisyen yang mungkin boleh digandingkan dengan William Hung. Malahan beliau juga bukanlah ahli politik yang mendapat undian tertinggi semasa pilihanraya yang lalu.Encik Taek ini telah banyak tabloid di Amerika Syarikat memperkatakan tentang dia.


Walaupun kesemua diatas tiada kena mengena dengan beliau, tetapi beliau mempunyai pengalaman yang tidak ada pada mana-mana rakyat di Malaysia ini. Untuk pengetahuan you alls, dengar cerita, dialah orang yang membelanjakan duit untuk selebriti-selebriti top di Hollywood dengan sesuka hati bonda dan ayahanda dia.

Kekayaan dan aktiviti yang telah dilakukan oleh Encik Taek kita ini adalah seperti berikut:

• Membeli sebuah pent house di Central Park West dengan nilai hampir RM110 juta. Pembelian termahal seunit kediaman didalam sejarah hartanah di New York, Amerika Syarikat.

• Membelanjakan hampir RM500,000 semalam di sebuah kelab malam Avenue pada September 2009.

• Membelanjakan wang sebanyak RM160,000 hingga RM200,00 semalam di Pink Elephant di New York.

• Jho Low telah membelikan sebanyak 23 botol minuman keras jenama Cristal untuk majlis hari jadi banduan terhawt buat masa ini iaitu Lindsay Lohan di Kelab 10AK (RM3,000/botol).

• Menyambut hari jadinya yang ke 28 tahun secara besar-besaran selama empat hari di hotel mewah di Las Vegas iaitu Ceasar's Palace. Isteri Brian Austin Green iaitu Megan Fox telah diterbangkan khas dari Las Vegas untuk menemani Jho Low semasa majlis hari jadinya itu. Bersempena dengan majlis hari jadinya, kolam renang Ceasar's Palace dihiasi dengan beberapa ekor singa dan harimau yang diletakkan didalam sangkar khas serta wanita-wanita cantik berbikini. Jho Low turut membeli 120 botol minuman keras jenama Cristal semasa majlis tersebut.



• Pelakon dan pelawak Jamie Foxx menghadiahkan Jho Low sebuah kereta sport merah kepadanya bersempena dengan hari jadinya itu.

• Paris Hilton dan penyanyi yang baru sahaja mengadakan konsert di Malaysia baru-baru ini iaitu Usher turut hadir ke majlis hari jadinya itu.

• Jho Low pernah menyewa sebuah kondominium dengan harga RM320,000 sebulan di Park Imperial, Amerika Syarikat.

• Jho Low mempunyai pengawal peribadi sebanyak 12 orang setiap kali dia keluar dari rumahnya.

Sam Bunkface dan kekasihnya Jeany Amir bercuti di Australia?

Share








Gosip terbaru yang kedengaran iaitu Sam dan buah hatinya Jeany Amir,model coffeemate yang pernah sensasi tunjuk sebelum nie..

Mereka dikatakan pergi bercuti ke Australia...betul ke?ye la kalau bercuti kat Malaysia nanti kecoh semelaya..tak taula betul ke tak..

tapi yang musykilnye..binatang apa yang dipangku makcik baju hijau kat tengah tue?beruang ke?kangaroo kot..

Ape ape pun,spek mata Sam sangat tak menarik...mcm spek pak lawak je..

Santai: Jom uji kecekapan matematik anda

Share







Nombor Plate kereta yang menarik,dan kreatif

Share







Polis?

Space shuttle ke ni?

Adiosss

Mario Bro. II?

Tahi

Pen15 :bloody:

Mei..amoi la kot

Bra warna coklat :)

Carlos

Suwey la num plate ni..

M5..kereta pun BMW M5

Produk apakah yang dipakai,sehingga Norish Karman Putih melepak?

Share









Sensasi: Haaa...tengok jer gambar dahulu dan sekarang Norish,berbeza bukan..putih bukan main..Gambar kedua adalah Gambar terbaru Norish semasa hadir ke mahkamah untuk proses permohonan tuntutan .

Make-up yang dipakai Norsih amat tak kena dengan warna kulit sebenar Norish.Nampak ketara perbezaan warna wajah dengan leher..huhu

Anak Puntianak Zarina Ann Julie dah tukar nama Jadi Anjoulie Lavocah

Share







Zarina Anjulie menukar nama kepada Anjoulie Lavocah dalam majalah FHM baru baru nie.
Mungkin pada pendapatnya dengan menukar nama bolehlah melupuskan ingatan org ramai terhadap dirinya yang lama dan mem-fokus kepada dirinya yang baru...Baru kew?Wajah dan pemakaian sama je...masih seksi seksa dan tiada perasaan malu...

Menjawab kepada persoalan dalam majalah tersebut,Anjoulie nie ckp,dia sedar dirinya merupakan artis Malaysia yang menjadi idola kepada kanak-kanak di Malaysia.Hah??? sungguh auta disitu,selepas imej nya yang dicalari dengan gambar-gambar lucahnya satu ketika dahulu dengan karier yang ala suam-suam kuku,ada ke pulak jadi IDOLA????

Dalam temubualnya,Anjoulie mengaku gambar berbikini seksi satu ketika dahulu adalah dirinya,manakala gambar aksi lucah pula dikatakan perempuan iran lain yang mirip nya dan dikatakan dirinya oleh org ramai...

Haha...selepas sensasi tengok balik picture lama ,masih ada tahi lalat di bahu kanan Anjoulie itew,dan tertera buah rantai berhuruf "Z" = zarina..

Tahi lalat kelihatan terbalik sebab dia ambik gambar dari cermin bilik air.

huhu...budak tadika boleh la dia tipu..










Taek Jho Low,Jutawan Malaysia yang membelanjakan berjuta USD untuk Paris Hiltom satu malam

Share







Sensasi:Pelik ye,Paris yang dah sedia kaya nie pun sanggup melayan Cina Jutawan Malaysia nie,kerana Duit?Bukan ke Paris tue dah cukup kaya Raya ??mata duitan betullah


Taek Jho Low dikatakan membelanjakan USD 2Juta = around RM 7juta hanya untuk satu malam sahaja,khas untuk Paris Hilton..giler...org nak kumpuyl sejuta pun payah...nie selamba badak guna duwet dalam masa satu malam...

Lelaki ini pun ada membelanjakan Megan Fox sebotol Arak mahal berjenama USD1000 sebotol..tapi agaknya Megan malas nak layan tue yang dia lekat ngan Paris Hilton jer..


Umur jejaka cina nie baru je 28 tahun,Graduate from Wharton School of Business .

Kerja dia sebagai penasihat kepada Board of Director sebuah syarikat pelaburan hartanah UBG Berhad.

SPRM dikatakan akan menyiasat tentang kekayaan Jejaka ini,sampai boleh berbelanja jutaan ringgit di Hollywood.nak baca lagi artikel Dimana SPRM digesa supaya menyiasat boleh la baca lepas anda layan gamnbar-gambar ini.










Siapa Taek Jho Low? AMK Mahu Dia Disiasat
Ketua pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa supaya seorang pemuda Malaysia yang dilaporkan sering berbelanja mewah di luar negara disiasat.

Pemuda tersebut, Taek Jho Low sebelum ini mencuri perhatian apabila dilaporkan oleh akhbar New York Post sebagai rakyat Malaysia yang berbelanja ratusan ribu ringgit untuk mendampingi selebriti Hollywood.


Mengikut New York Times, Jho Low didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.

Shamsul Iskandar mendakwa beliau menerima maklumat bahawa pemuda berkenaan juga berhubungan akrab dengan seorang daripada anak kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan dasarnya di kongres AMK di Kota Bharu hari ini, beliau meminta siasatan sama ada Jho Low adalah individu yang terlibat dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbaang Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur.

“Tolong siasat, anak muda ini berbelanja sakan, apa kaitannya dengan Malaysia. Apa kaitannya dengan Big Ma?,” soalnya.

Beliau berkata, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor perlu memberi penjelasan berikutan lelaki berusia 28 tahun itu memiliki kekayaan melimpah ruah hingga berita kekayaan Jho Low dikaitkan dengan keluarga Perdana Menteri.

Dalam ucapannya itu, Shamsul Iskandar juga mahu siasatan dijalankan ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan penyelewengan wang, seperti yang didedahkan penulis Barry Wain.

Selain itu, beliau turut mendesak supaya ‘Private Khairy Jamaluddin’ disiasat berhubung kaitan ketua pemuda Umno itu dengan firma perundingan Apco.

“Kerana maklumat yang kita terima, rakan baik (Khairy) yang beri cadangan supaya guna Apco,” katanya lagi.

Dalam sidang medianya selepas itu, Shamsul Iskandar mendakwa Taek Jho Low juga merupakan seorang penasihat bagi pihak berkuasa pelaburan bagi negeri Terengganu yang kini dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad.

Katanya, maklumat itu diperolehinya daripada pihak yang tidak senang dengan perkembangan berkenaan.

Tambahnya, beliau pasti Jho Low mempunyai harta bernilai berbilion ringgit jika mampu berbelanja sebanyak 50 hingga 60 ribu setiap malam dan tinggal di apartmen mewah.

“Saya minta (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) SPRM supaya siasat,” katanya yang mempertikaikan bagaimana seorang pemuda seperti Jho Low mampu berbelanja seperti itu.

Yassin Dibebas Dengan Jaminan Polis

Share







Sensasi:huh,dah bosan dengan artis yang hisap dadah..tak serik2 pulak tue..Yassin nie apa nak jadi?bila dia nak insaf?

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Senario, Yassin Yahya,32, dan dua rakannya yang ditahan selepas dipercayai positif dadah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir kepada Bernama berkata mereka dibebaskan pada pukul 4.30 petang, Selasa selepas keterangan diambil.

"Bagaimanapun kita masih menunggu keputusan ujian air kencing ketiga-tiga mereka dari pihak hospital dan siasatan akan terus dijalankan," katanya.

Pelawak berusia 32 tahun dan dua rakannya itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Sunway Pyramid, Subang Jaya pada awal pagi Ahad lepas.

Hasil pemeriksaan ujian air kencing mendapati pelawak tersebut positif dadah jenis ganja manakala dua rakannya iaitu seorang pengurus artis dan seorang peniaga positif dadah jenis ketamin.

Kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari yang berakhir hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952

Tuesday, July 27, 2010

Comic: Mimpi atau Realiti?

Share














Funny Video: mak teruja hantar Video Webcam kepada anak

Share







Haha ,so sweet kan aunty nie,excited sgt menggunakan webcam,lepas tue upload dlm youtube dan hantar kat anak,so that anak dia boleh tgk mak dia bagi nasehat kat dia anytime.



Gambar Faizal Tahir bersama Isteri dan anak-anaknya

Share







Sensasi:Saja je share picture Faizal Tahir bersama Isteri dan anak-anak.Sensasi tak pernah tengok so nie first time.
Kedua-dua anak-anak Faizal Tahir ikut muka mak derang kan...ehe :)
sebelum nie ada beberapa gossip yang melibatkan kecurangan Faizal Tahir sampai masuk Melodi,kononnya kekasih gelap Faizal Tahir tue,dia tak pernah jumpa,hanya bercakap melalui telefon je...

Pelik kan..mcm nie pun ada,lebih kurang mcm cerita Zulhuzaimi dulu la yang bercinta melalui Facebook sehingga menceraikan isterinya,rupa-rupanya perempuan tue menipu je.

Kes Faizal Tahir dulu,bukan sembarangan sebab mangsa perempuan tue bukan FT je,mala ada beberapa lagi artis lelaki yang turut bercinta dgn wanita tersebut hanya melalui telefon..Pelik kan..huhu


Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-