Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, December 19, 2010

Siti Nordiana tak tahan dikritik,Tak mahu berimej seksi lagi

Share







Nana lebih sesuai berimej sopan,apatah lagi sebelum bergelar janda Nana telah membawa imej yang tidak seksi,tapi bila dah menjanda tiba-tiba pulak,seksi yang terlampau,dengan pakaian yang amat singkat dan jarang.Memang mengejutkan ramai pihak.

Lantas ramai yang menkritik hebat penampilan Nana yang seolah-olah mcm cuba membuktikan sesuatu.Dan Setelah dikritik,Nana meminta maaf dan akan kembali ke status asal.

Kata Nana ,kalau dier digelar berimej kampung pun dia terpaksa terima je kata-kata org..

Hairan pulak sensasi,kenapa pulak kalau berimej sopan dikatakan kampung,Lisa Surihani,Siti Nurhaliza dan banyak lagi contoh artis yang sopan okey je,tak dikatakan kampung pun..huhuhuh..







Sekalipun tidak telanjang, namun status Nana yang baru saja memegang gelaran janda lebih setahun lalu, memberi persepsi negatif kepada dirinya apabila dilabel janda panas dan seksi. Lebih menyakitkan apabila dia dituduh tidak memelihara maruah kerana dikatakan sanggup mengeksploitasikan tubuh badannya sendiri untuk tujuan kontroversi, selain memikat lelaki.

“Memang saya dah jangka, penampilan terbaru sempena come back menerusi single Tak Tahan, pasti mewujudkan pelbagai tanggapan, ada yang suka dan sebaliknya. Namun, daripada maklum balas di laman sosial, kebanyakannya negatif, hanya segelintir kecil saja yang boleh menerima fesyen terbaru saya.

“Kepada peminat dan pihak media yang tersinggung dengan pembaharuan yang cuba saya tampilkan, sekali gus tidak boleh menerima imej seperti ini (seksi), saya mohon maaf.

“Saya berjanji, selepas ini saya tidak akan mengenakan pakaian seksi yang melampau lagi. Sekalipun saya tampil dengan imej terbaru, ia semata-mata untuk menghadiri majlis hiburan dan sesi fotografi saja. Tapi, di luar waktu kerja, saya tetap Siti Nordiana yang lama,” katanya tenang.
Pun begitu, Nana seolah-olah tersilap langkah apabila imej seksi yang cuba ditonjolkannya tidak diterima masyarakat, berbeza dengan penyanyi baru hari ini seperti Yuna mahupun Ana Raffali yang tetap popular sekalipun tidak berpakaian seksi. Justeru, Nana dikatakan seperti ‘menjual’ tubuh untuk tatapan umum, bukan bakat nyanyiannya.


“Selepas menerima komen negatif, selepas ini saya akan mengenakan pakaian mengikut keselesaan diri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak lagi. Saya lebih mementingkan pendapat peminat dan media kerana merekalah yang sentiasa memberi sokongan.

“Justeru, sekiranya selepas ini saya kembali ke imej asal, orang kata fesyen kampung, saya perlu bersedia. Ikhlas saya katakan, saya bukan seorang yang seksi, jika peminat lebih selesa menerima saya dengan imej sebelum ini, perlahan-lahan saya akan berubah ke arah itu atau bersederhana memilih pakaian.

“Saya akui, percubaan tampil dengan imej segar dan seksi, mendapat maklum balas yang negatif. Jadi, saya harus mengambil iktibar dan memperbaiki kesilapan demi memastikan perjalanan seni berjalan lancar, sekali gus mendapat restu orang ramai,” katanya yang kini aktif semula sebagai penyanyi selepas meninggalkan kerjayanya sebagai kaunselor.

Selepas memegang status janda, Nana didakwa berubah menjadi seksi untuk menarik perhatian lelaki. Nana juga dikatakan cuba membuktikan kepada bekas suaminya, Faizal, dia juga boleh bertemu jodoh dalam masa terdekat. Justeru, sejauh mana kebenaran dakwaan itu?

“Demi Allah, itu bukan saya! Saya tampil dengan imej seksi bukan nak cari ‘jantan’ mahupun meraih publisiti murahan, sebaliknya lebih kepada percubaan. Namun, percubaan itu tidak menjadi. Saya tak sanggup lagi mendengar komen, orang menuduh saya tiada pegangan agama, selain membabitkan maruah diri dan keluarga.

“Saya tidak mahu diri ini terus dihina, dibenci dan maruah diri dipijak-pijak! Saya juga tidak pernah berniat mempamerkan aset diri sebelum ini untuk meraih kontroversi agar cepat popular. Saya akui kesilapan lalu apabila tampil dengan imej seksi, justeru sekali lagi saya mohon maaf.

“Seperkara lagi, menerusi imej terbaru ini, tiada apa yang hendak saya buktikan kepada Faizal. Dia sudah ada kehidupan sendiri, jadi apa lagi saya nak buktikan? Saya hanya nak membuktikan, saya masih bertahan dalam industri seni selepas 10 tahun menceburinya,” katanya di akhir perbualan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-