Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, December 6, 2010

Maiza dan suaminya Bahagia,Gambar Rock Yassin adalah gambar 2 tahun lepas

Share







Pesanan Maiza buat suami..kalau korang nak baca..klik sini

“Jangan salah faham. Apa yang saya tulis hanya berkaitan kisah silam saya dan sekadar suka-suka menulis bagi melihat kemampuan saya dalam bidang penulisan.

“Tak sangka pula ada pihak mencetuskan kontroversi dengan menimbulkan tanda tanya sama ada hubungan saya dengan suami bergelora mungkin kerana ada orang ketiga,” kata Maizawati Zainal, 35.


Maizawati yang lebih mesra disapa Maiza, menegaskan demikian selepas mendapat tahu sebuah laman web hiburan memaparkan mesej yang ditulis di laman sosial Facebooknya kelmarin dengan meletakkan tajuk ‘Hubungan Maizawati & Suami Baru Bergelora, Ada Orang Ketiga?’.

Di laman Facebooknya, Maiza antara lain menulis mengenai pesanan khas buat suami tercinta meminta supaya jangan berubah, memungkiri janji, membuktikan dia suami dan kekasih sejatinya dunia akhirat dan jangan terlalu mengikut nafsu dunia.


Pada laman web berkenaan turut dipaparkan foto suami Maiza, Mohd Yassin Rahim, 23, dengan gaya rock.


Bagaimanapun, pada hari sama, paparan mengenai kisah Maiza itu ditarik balik oleh pengendali laman web berkenaan.

Menurut Maiza, kehidupan berumah tangga yang dilaluinya kini amat bahagia, apatah lagi usia kandungannya memasuki empat bulan.


“Nak kata ada orang ketiga, memanglah ada dan orang ketiga itu bayi dalam kandungan sayalah. Apa yang saya tulis di dalam Facebook pun dijadikan isu.

“Saya rasa saya nak tulis apa, saya tulislah. Lagipun, saya bercadang menulis novel, justeru, apa yang saya tulis di laman Facebook sekadar mahu mengasah bakat dalam bidang penulisan,” katanya yang kecewa dengan spekulasi berkenaan.


Maiza berharap dengan penjelasan diberi, spekulasi yang dicetuskan itu tidak lagi dibicarakan.


Ditanya mengenai keadaannya kini, Maiza berkata, berat badannya turun tujuh kilogram akibat kurang selera makan, malah dia pernah mengalami masalah pendarahan.


“Mengandung biasalah, macam-macam alahan. Masalah pendarahan pun ada juga tetapi alhamdulillah, semuanya OK dan bayi dalam kandungan pun OK.


“Suami sangat mengambil berat dan dialah yang menjaga saya sepanjang masa,” katanya.


Mohd Yassin pula menjelaskan apa yang ditulis Maiza di laman Facebooknya mendapat keizinannya dan dia melihatnya terlebih dulu.


“Saya rasa tiada apa-apa yang negatif. Mengapa pula ada yang menimbulkan tanda tanya mengenai keadaan rumah tangga kami.


“Saya tegaskan di sini, saya dan Maiza sangat bahagia. Tidak timbul masalah rumah tangga bergelora atau ada orang ketiga,” katanya yang turut menjelaskan, foto gaya rock dirinya yang disiarkan di laman web berkenaan adalah foto lama yang diambil kira-kira dua tahun lalu.


Dalam keadaan Maiza mengandung, Mohd Yassin mengakui sanggup bercuti hingga dua bulan untuk menjaga isterinya itu.








Sensasi:Okay,mereka (Maiza dan Yassin ,suaminya) kata itu gambar 2 tahun lepas..tp tengok pic Maiza ngan Yassin yang masih dengan gaya rambut dan pakaian yang ala2 rock jugak,takkan 2 tahun lepas kan..mereka pun baru je kahwin tahun nie...ehe..kantoi..gambar baru.. :P

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-