Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, December 17, 2010

Jimmy dan suhaila tinggal berasingan,Suhaila termakan hasutan orang

Share







Rumah tangga pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh,30, yang dibina dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy,24, semakin rapuh apabila kedua-dua mereka dikatakan sudah tidak tinggal serumah sejak beberapa minggu lalu.



“Buat masa ini Jimmy tinggal di rumahnya di Subang Jaya manakala Nurshuhaila Eliani tinggal dengan keluarganya di Sungai Buloh, Selangor. Mereka dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangga itu,” kata sumber berkenaan, Rabu.

Malah ujar sumber tersebut lagi, pasangan berkenaan sudah mendapatkan khidmat kaunseling bagi memulihkan keadaan tetapi setakat ini usaha tersebut tidak mencapai apa-apa perkembangan positif.

kemelut rumah tangga mereka terjadi apabila ada pihak yang cuba mempengaruhi Nursuhaila Eliani kononnya Jimmy hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaan keluarga wanita berkenaan yang merupakan sorang jutawan dan pengeluar produk kecantikan Natasya.

Katanya, disebabkan terpengaruh dengan tuduhan berkenaan, wanita itu mengambil pendekatan menjauhkan diri daripada Jimmy termasuklah meminta untuk tidak tinggal bersama sehingga menyebabkan perkahwinan mereka itu menjadi bertambah parah.

“Jimmy dan keluarga isterinya sangat baik. Malah mereka tiada masalah dengan Jimmy tetapi mereka sendiri kecewa apabila anak perempuan sendiri termakan kata-kata dan hasutan orang lain.

“Adalah lebih baik Nursuhaila Eliani membuat pertimbangan yang wajar serta berfikiran lebih positif agar rumah tangga mereka itu kembali pulih dan dapat diselamatkan,” katanya.

Sensasi:Kesian ...perempuan mana yang tak kecewa apabila sering mendengar cerita yang si suami Jimmy Shanley hanya berkahwin dengannya kerana harta,bahkan di forum2 dan blog tempatan penuh dengan sindiran yang sama...

Mudah bagi semua org menyalahkan suhaila kerana termakan hasutan tapi hatinya yang remuk dengan kenyataan org ramai terhadap rumahtangga mereka itu org tak tahu...kalau dah 8 drpd 10 org kata begitu,mestilah dia tertanya tanya akan kebenarannya

Dalam hal nie,Jimmy sepatutnya memujuk suhaila dengan penuh kasih sayang dan buktikan cintanya,kalau betul dia kahwin bukan kerana harta,dia kena la berusaha untuk pujuk dan yakinkan suhaila,bukan buat dek je ...bukan org lain kan,isteri sendiri yang sedang mengandung pulak tue..maklumlah hati perempuan,bukannya keras mana.Tp hati perempuan kalau dah remuk angkara lelaki tue(mmg sah salah si lelaki),mmg susah la nak pulih seperti sediakala.

Nasihat sensasi kepada pasangan ini,Jimmy kena pujuk isterinya dengan bersungguh2...sekian tima kaseh

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-