Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, December 17, 2010

3 kisah Lawak santai

Share







1. Orang tua beristeri muda dan seksi

Ada seorang orang tua yang berumur 70 ++ duduk di tepi jalan sambil menangis. Kemudian seorang polis mendekatinya dan bertanya,

“Kenapa pak cik menangis ?” tanya polis itu.

Sambil menangis orang tua itu menjawab..

“Saya ada seorang isteri yang cantik sekali berumur 25 tahun, berambut perang, seksi, sangat mencintai saya, dan sekarang sedang menantikan saya di rumah.”

Polis tu kembali bertanya
“So apa masalahnya? kenapa pak cik bersedih??”

Dengan menangis semakin kuat orang tua itu menjawab:

“SAYA LUPA DI MANA RUMAH SAYA!!!! “

2. Anak kuda yang confuse

Seekor anak kuda di zoo bertanya kepada ibunya sambil menunjuk ke kandang Zebra.
Anak Kuda : “Mummy, kenapa anak kuda disana belang-belang, tapi saya tak?”
Mak Kuda : “Oh, itu pasti kerana bapaknya hidung belang…”

3. Anak seorang doktor

Seorang doktor kelihatan bangga ketika puterinya yang masih kecil bermain-main dengan stetoskopnya.

“Ya, Tuhan, terima kasih banyak, puteriku pasti berbakat dab ingin mengikuti jejakku sebagai seorang doktor,” katanya dalam hati sambil tersenyum.

Anaknya kemudian mendekatkan stetoskop itu ke mulutnya dan berkata…..

“Selamat datang di McDonald’s. Encik mahu order apa?”

Doktor: Aduh..

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-