Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, November 24, 2010

Sinopsis Drama Putera Katak,Lakonan Hot mama Nora Danish

Share









tue katak betul ke? geli nyerrrr..yaikss




"Putera Katak" mengisahkan Putera Amar (Zizan Nin) yang telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma sebagai manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai seekor katak. Dia telah dibela oleh seorang pencinta haiwan iaitu Trisha (Nora Danish). Amar yakin bahawa dia akan berubah menjadi manusia semula apabila sudah menemui cinta sejatinya.

Bakal membawa penonton ke alam fantasi dan magis, drama terbitan Talisman Pictures ini telah diarahkan oleh Adam Hamid. Selain Nora dan Zizan, drama bersiri 20 episod ini turut dilakonkan oleh Fazren Rafi, Norseha, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah dan Hamidah Wahab.

Oleh itu, jangan lupa temu janji anda bersama "Putera Katak" bermula 29 November, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV3. Buat mereka yang sempat menonton, anda bolehlah menyaksikannya melalui siaran ulangan pada jam 8.30 malam di TV9.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-