Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, November 11, 2010

Shout! Awards 2010 dihangatkan lagi dengan persembahan Iyaz

Share









Shout! Awards 2010 kali ini menampilkan penyanyi yang popular dengan lagu Solo dan Replay iaitu Iyaz. Sebelum ini Sean Kingston telah diundang bagi memeriahkan acara tersebut pada tahun lepas.

Shout! Awards 2010 yang bakal berlangsung di Stadium Bukit jalil pada 20 November 2010, di Stadium Putra Bukit Jalil, jam 8.30 malam tersebut akan turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis dan band popular tempatan.

Antara yang akan menghangatkan pentas Shout Award 2010 adalah Faizal Tahir, Deja Voodoo Spells, Mizz Nina, Hujan, They Will Kill Us All, Bitter Sweet, Love Me Butch, Yuna, Najwa, James Baum, Reshmonu, Arafah, Tacmatic, Sean Lee, Shazat, Wakaka Crew, Giller Battle Crew dan ramai lagi.

Manakala Adibah Noor, Ning Baizura, Hans Isaac, Liana Jasmay, Diana Danielle, Maya Karin turut menyerikan malam gilang gemilang tersebut sebagai penyampai anugerah.


Diana Danielle sebagai penyampai anugerah pada malam gilang gemilang itu nanti

Mizz Nina akan menghangatkan pentas Shout! Awards 2010

Hujan akan membuat persembahan pada malam tersebut

Buat peminat-peminat Iyaz dan Shout! Awards 2010 boleh dapatkan tiket-tiket ekslusif di pondok pegawai Sri Pentas bermula 1 November 2010 jam 3 hingga 5 petang atau layari laman sesawang Shout! Awards 2010 facebook fan page.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-