Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, November 8, 2010

Rita ingin tuntut nafkah.Aidil failkan tuntutan Hak penjagaan anak dan isteri nusyuz

Share







Pelakon Rita Rudaini Mokhtar,32, berkemungkinan akan memfailkan tuntutan nafkah anak dan isteri terhadap suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak,23, selepas mendakwa lelaki itu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Md. Zain berkata, tuntutan itu mahu dibuat selepas meneliti tuduhan daripada Aidil yang menuntut Rita kembali taat kepadanya serta memohon hak penjagaan kekal anak mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia setahun tiga bulan.

Kata Mohd Zaidi, perkara itu masih lagi dalam pertimbangan kerana Rita bersedia untuk berbincang dengan Aidil bagi menyelesaikan kes melibatkan rumah tangga mereka itun secara baik.

“Anak guam saya menimbangkan untuk mengemukakan tuntutan itu kepada Aidil selepas melihat tuduhan yang dikemukakan oleh Aidil melalui mahkamah sebelum ini adalah tidak berasas,” katanya.

Pada 26 Oktober lalu Aidil Zafuan yang juga ketua pasukan bola sepak Negeri Sembilan memfailkan permohonan sulh (perbincangan) di mahkamah Tinggi Syariah, Seremban, termasuk menuntut hak penjagaan anak secara kekal (hadhanah).

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan

Aidil juga menuntut perintah isteri taat (nusyuz) terhadap Rita.

Pada 28 Oktober lalu, Aidil menafikan membuat tuntutan berkenaan sebaliknya kunjungan dia ke mahkamah untuk menangguhkan perintah tersebut yang dibuat ketika mereka menghadapi masalah rumah tangga pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Notis yang dikemukakan Aidil itu tidak diterima Rita kerana ia dipercayai dialamatkan di kampung wanita itu di Utan Aji, Kangar, Perlis.

Sementara itu Rita berkata dia telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada 2 November lalu bersama peguamnya untuk mendapatkan notis tuntutan yang dikemukakan Aidil.

Notis itu turut menuntut Rita menghadiri majlis sulh yang akan diadakan pada 16 Disember ini di mahkamah yang sama.

Kata Rita dia terkejut selepas mendapati Aidil membuat sepuluh tuntutan termasuklah memohon mendapatkan hak penjagaan kekal anak mereka serta memohon Rita kembali taat kepada suami.

Rita berpendapat jika Aidil membuat tuntutan sedemikian, ia bermakna suaminya itu sudah tidak menyayanginya lagi dan dia bersedia untuk diadili di mahkamah.

“Saya kena kuatkan semangat dan bersedia untuk dibicarakan di mahkamah selepas suami sanggup membuat tuntutan itu,” katanya yang sedang mengandung tiga bulan, anak kedua mereka.

Tindakan Aidil itu kata Rita amat memeranjatkan kerana hubungan mereka yang keruh sebelum ini sebenarnya telah kembali pulih dan dia tertanya-tanya apakah motif Aidil membuat tuntutan sedemikian.

Pasangan tersebut berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga lelaki yang pada mulanya tidak merestui perkahwinan itu.


Sensasi: Ingatkan pergelutan pasangan Rita dan Aidil sudah berakhir apabila Rita disahkan mengandung anak kedua,dan cerita penangguhan sulh(perbincangan ) utk Rita dan Aidil...

Rupanya setelah Rita peri ke mahkamah utk mendapatkan notis tuntutan Aidil terhadap Rita..


Nyata Aidil menuntut hak penjagaan kekal terhadap anak sulungnya Aidit Rayyan,dan menfailkan tuntutan kembali taat kepada Rita sekiranya Rita disahkan Nusyuz oleh Mahkamah,Rita tidak berhak mendapat nafkah daripada Aidil.Dan akan dikenakan denda tidak melebihi RM100 utk kesalahan nusyuz pertama,dan RM500 utk kesalahan Nusyuz kedua dan ketiga.


Jadi dalam kes Aidil nie,kalau Rita disahkan dan diishtiharkan Nusyuz terhadap suaminya Aidil,Rita kene byr less than RM100,dan aidil tak perlu bayar nafkah kepada Rita melainkan Rita kembali taat dan bertaubat maka nysyuz ini pun digugurkan..


.Nusyuz juga,kalau diisytiharkan kepada Rita,bila bercerai Rita tidak ada hak menuntut nafkah dan harta sepencarian,wang muta'ah dan sebagainya dalam bentuk harta suami kepada isteri...


Nusyuz nie dikatakan mcm derkaha kepada suami la,..

antara perkara yang menyebabkan nusyuz adalah:


(a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;

(b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.

(c) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.


yang pasal tuntutan penjagaan anak kekal oleh Aidil tue sgtlah mengelirukan ,kenapa Aidil nak hak penjagaan kekal??Adakah aidil ingin menceraikan Rita,dan nak ambil anak danb taknak bagi apa2 nafkah dan harta kepada Rita?


hmmm,pelik...tuntutan nusyuz nie jarang difailkan...kerana dianggap perkara kecil,melainkan nak bercerai,


Sensasi harap Aidil mempertimbangkan la balik tuntutan tue demi menjaga hati rita yang sedang mengandung 3 bulan..lagipun bukankah rita dah bersetuju berbaik dengan keluarga mertua...?





No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-