Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, November 1, 2010

Raja Azmi Malu keluar rumah sebulan kerana di jeling sinis masyarakat

Share







"Saya memang tertekan waktu itu. Bayangkan apabila keluar saja lokap, saya menghalau Roslin dari rumah saya. Sambil menguiskan kaki padanya, saya cakap keluar dari rumah ni, saya tak mahu tengok mukanya lagi. Tapi Roslin enggan, selagi bukan Jailani yang menghalaunya, dia tidak akan keluar rumah.

"Tapi kemarahan saya setakat tu sajalah. Nasiblah Roslin faham saya tengah marah dan tertekan, apa perkataan pun boleh terkeluar. Saya tahu kalau saya tertekan, Roslin bertambah tertekan lagi. Hingga kini, saya dah boleh keluar rumah tetapi Roslin masih malu nak bertemu orang luar. Dia rasa tak selesa walaupun kesnya dengan Nurhayati dah selesai.

"Sebenarnya hampir sebulan saya mendiamkan diri. Keluar saja lokap Jailani terus merampas telefon bimbit, sampaikan kad sim pun dipatahkan. Saya terpaksalah ambil nombor baru sekarang. Jailani tidak mahu saya terganggu dengan panggilan, dia mahu saya bertenang ketika itu. Apabila mendapat panggilan, saya akan bercerita, jadi hati akan bertambah kusut memikirkan nasib diri yang ditimpa musibah.

"Apa yang dapat saya katakan, apabila terjadi musibah ini, suamilah orang yang paling banyak memberikan semangat dan mempertahankan maruah saya. Perasaan kasih sayang saya pada suami bertambah kukuh, dia memang suami yang baik, mungkin satu dalam sejuta manusia.
"Saya pula mengambil masa lebih dua minggu untuk menghilangkan trauma. Lepas dua minggu barulah saya rasa tenang, tidur lena dan tidak menangis lagi, kalau tidak setiap hari saya menitiskan air mata mengenangkan diri tidak sudah-sudah ditimpa fitnah.

"Bagaimanapun, hingga kini, saya masih terasa kesan kena fitnah itu. Setiap kali keluar rumah, ada saja mata yang beri pandangan serong terhadap saya. Jika dulu, senyuman saya sentiasa dibalas, kini orang luar hanya menjeling sinis, malah ada yang memalingkan muka apabila melihat saya. Tapi saya kena kuatkan hati, takkan saya tidak keluar rumah disebabkan pandangan orang.

"Dulu, masa tercetus kontroversi pertama, saya rasa saya kuat sangat berdepan dengan apa saja situasi, tetapi Tuhan menduga saya bertalu-talu. Saya reda, Tuhan masih sayangkan saya. Jailani pula bukan memujuk saya, malah dia menyimbah perasaan saya dengan kata-kata semangat yang pernah saya berikan padanya dulu. 'U selama ni kuat sangat, sekarang masanya nak tunjuk kuat', kata-kata itulah menyebabkan saya bangkit semula.

"Dua kali saya terpalit malu, tapi saya reda dengan ketentuan Tuhan. Saya masih baik dengan Roslin walaupun apa yang berlaku hari ini berpunca kerana mempunyai hubungan baik dengan Roslin. Saya memang dah serik nak cari calon isteri buat Roslin, kedua-duanya makan saya balik. Selepas ini, Roslin carilah pasangan hidup sendiri, saya tidak akan masuk campur lagi.

"Bagaimanapun, saya tidak mampu menutup cakap-cakap belakang orang. Saya sudah acapkali berterus terang, jadi terserahlah pada perspektif masyarakat mahu menilai pengakuan jujur saya.

"Bagi saya, jangan menuduh melulu, boleh mendatangkan fitnah. Selagi tiada bukti, janganlah buat andaian bukan-bukan. Fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh," katanya sedih.

P/S: Filem "... dalam botol bakal ditayangkan dipawagam pada Jan2011,dan telah mendapat kelulusan dibawah klasifikasi 18tahun keatas.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-