Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, November 15, 2010

Nabil anggap Dugaan yang datang adalah balasan tuhan kepadanya

Share








"Nampak macam teknik super impose tak?" tanya Nabil kepada saya. Saya tidak menjawab kerana berkehendakkan jawapan daripada mulut Juara Raja Lawak musim kedua ini. Kemarin dia sudah membuat penafian bahawa gambar itu adalah dirinya. Semalam dia menafikan juga sekeras-kerasnya. Bukan dia orangnya yang berada dalam foto ciuman tersebut.

"Saya ditunjukkan gambar itu oleh seorang wartawan. Terus saya diselubungi rasa malu walau pun bukan gambar saya. Seperti yang saya katakan sebelum ini, orang yang terbabit dalam foto tersebut bukan saya. Mungkin ada yang boleh terima kenyataan saya dan juga sebaliknya. Terpulang tetapi saya tahu ini adalah satu kesedaran buat saya. Satu ketukan untuk membuatkan saya tidak lebih lama lalai dalam kehidupan saya yang sedang dijalani sekarang,"luahnya bebas dan menganggap ini adalah balasan Tuhan buat dirinya.

Ujian Paling Berat


"Langit tidak selalu cerah, saya sedar hakikat itu. Saya rasa malu. Dulu saya hanya tengok aksi-aksi begitu yang melibatkan orang lain atau rakan-rakan dalam dunia seni. Tapi kali ini melibatkan saya sebagai 'pelakon' foto tersebut. Saya juga malu kepada ibu bapa saya. Dulu saya buat mereka bangga dengan kejayaan dan pencapaian saya. Pada mereka saya anak yang baik dan telah buat mereka bangga. Tetapi hari ini?", ujarnya dengan nada separa lemah. Dengan hanya sekeping gambar, kepercayaan keluarga boleh longlai jika tidak diterangkan dengan baik. Nasibnya baik kerana kepercayaan itu masih utuh dan dia dinasihatkan keluarga agar lebih berhati-hati dalam menggerakkan langkah kaki.

Enggan menuding jari atau menyalahkan sesiapa, Nabil meletakkan kekhilafan ini di bahunya. Dia sedar dia larut dalam kemewahan dan kejayaan yang sedang diturunkan Tuhan buat dirinya di awal usia. Dia sedang berhadapan dengan ujian demi ujian dalam masa yang terdekat. Putus cinta dengan wanita yang amat baik di matanya, kemudian dia dihimpit dengan musibah kononnya berfoto ciuman dengan wanita baru.

Bukan hanya memikirkan hati dan perasaan yang ditanggung oleh kedua permata hatinya yang berada di Negeri Sembilan, Nabil turut merenung dan menyelami jiwa kanak-kanak yang sering memberi perhatian terhadap kerjanya.



"Itu yang turut mengganggu saya. Apa yang saya boleh katakan bahawa Abang Nabil ini adalah seorang manusia dan bukan malaikat. Abang Nabil yang mereka tonton di TV atau berjumpa adalah seorang lelaki yang sedang lalai. Yang baik ambil buat teladan dan yang buruk itu dijauhkan,"ujarnya yang sedih jika dia menyinggung hati kanak-kanak yang mungkin mengangkatnya sebagai ikon.

Acap kali dia menyebut perkataan lalai. Seolah-olah itu kesalahan paling berat yang dilakukan kini. Saya bertanya agar dia menjuruskan lagi maksud yang cuba dibawanya.

"Saya lalai dalam menjalani kehidupan sebagai anak seni. Saya juga leka dalam meneliti dan memahami hati seorang wanita. Saya lukakan hati orang. Itu kelalaian saya.

"Saya sudah buat kesilapan dan saya terima akibatnya. Cuma satu pinta saya, janganlah nama Irma dikait-kaitkan dengan apa jua kesalahan saya. Biar saya tanggung sendiri," pintanya ikhlas.


"Mungkin saya tidak tinggi diri atau sombong tetapi secara tidak nampak mungkin saya terlalu gembira dengan apa yang diberikan Tuhan sampai saya lalai. Suka sangat mahu berkawan dengan ramai orang hingga buatkan saya tidak sedar hati yang patut saya jaga," ujarnya berkias.

Dalam hati terdalam, Nabil bersyukur kerana dia menerima ujian seberat ini pada awalan kehidupannya. Ini lebih membuatkan dirinya beringat-ingat agar tidak lepas laku dan terlalu bebas dalam pergaulan.

"Ujian begini datang ketika saya masih sendiri. Bayangkan kalau ia datang ketika saya sudah berkahwin. Bayangkan juga kalau saya masih mahu curang ketika sudah kahwin, alangkah teruknya akibat itu nanti. Ketukan ini datang awal dan saya sangat bersyukur,"ujarnya

1 comment:

Anonymous said...

Kalau la nabil jadi mcm zizan kan bagus..

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-