Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, November 22, 2010

Gambar Pernikahan dan Persandingan Elyana dan Khairul di Dutches Place

Share







Selepas diijabkabulkan pada Jumaat lalu, pasangan pengantin baru, Erneelya Elyana Emrizal dan Khairul Anuar Hussin telah diraikan dalam dua majlis resepsi yang diadakan pada Sabtu, 20 November di Dutches Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pada sebelah siang, majlis resepsi diadakan khas buat sanak-saudara dan kenalan. Manakala, pada sebelah malamnya ia turut dihadiri oleh rakan-rakan media.

Pada majlis di sebelah malam itu, Elyana dan Khairul memukau pandangan tetamu apabila muncul dengan busana kuning 'champage' rekaan Zery Zamy. Busana berkonsepkan Vintej Inggeris itu menjadikan Elyana dan Khairul persis pasangan pengantin diraja.



Gaun moden berperincian perak yang dipakai Elyana menyerlah bentuk badannya yang kembali langsing. Begitu juga dengan Khairul, jejaka berusia 35 tahun ini tampak segak berbaju Melayu moden.

Majlis dimulakan dengan pasangan pengantin diarak masuk ke dewan dengan diiringi oleh ahli keluarga pihak pengantin. Sebelum bersanding di atas singgahsana, bacaan doa dan selawat diadakan terlebih dahulu bagi mendapat keberkatan Ilahi.



Selesai bacaan doa, pasangan pengantin terus dibawa naik ke pelamin dan ini diikuti dengan upacara menepung tawar. Upacara ini dimulakan oleh tetamu VVIP pada malam itu iaitu YAM Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan diikuti oleh kedua ibu bapa pengantin perempuan dan lelaki serta sanak-saudara terdekat.



Sebaik selesai upacara menepung tawar, upacara makan beradap pula dilakukan. Ketika ini pengacara majlis Hilmy Ashley (Bernama TV) menjemput tetamu yang hadir untuk sama-sama menjamu selera. Antara menu lazat yang disajikan ialah Gulai Kari Daging, Ayam Masak Merah, Ikan Masam Manis dan Udang Goreng Kuning. Sambil menjamu selera, tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi jemputan seperti Bob AF, Nabil Zamanhuri dan Farhan.

Dalam kelekaan tetamu menjamu selera, pasangan pengantin ini sekali lagi diarak masuk ke pelamin. Kali ini Elyana mengenakan pakaian bercirikan Inggeris klasik yang dinamakan ‘The White Love’, rekaan Hazwani Osman. Khairul pula memakai suit putih juga daripada pereka yang sama. Persalinan kedua ini digayakan untuk acara memotong kek.



Majlis resepsi ini berakhir kira-kira jam 11.00 malam. Antara rakan-rakan artis yang hadir memeriahkan suasana ialah Sherry Ibrahim, Zarina Zainuddin, Serina Chef Wan, Farah Asyikin dan Anita Baharom.


Dress warna ngolden champange nie sangat cantek










No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-