Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, November 23, 2010

Filem "... dalam botol" mendapat komen positif daripada para blogger

Share








Prebiu awal filem ...Dalam Botol telah pun dilakukan di Studio Digital Mixstage di Finas, Hulu Kelang pada 10 November 2010 yang lalu.

Apa yang menarik, produsernya iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman telah mengadakan prebiu tersebut di hadapan lebih 50 orang blogger serta beberapa portal.

Beberapa rakan dari kalangan media cetak dan media elektronik yang berasa sentap. Sebab, tak dipanggil sama untuk prebiu awal ...Dalam Botol tersebut.

Sebenarnya, memang sengaja Raja Azmi buat macam tu. Sebab, nak bagi kelainan katanya. Tapi, itu tak bermakna Raja Azmi telah melupakan rakan-rakan daripada media cetak dan media elektronik.

Sebaliknya, prebiu untuk mereka akan diadakan dengan lebih vazz lagi pada satu tarikh khas yang akan dipilih nanti. Apapun, disebabkan ...Dalam Botol, telah meletus perang blogger di antara kalangan blogger tempatan popular serta dikenali di dunia alam maya.

a khabarnya berlaku disebabkan seorang blogger ni yang kononnya tak begitu menggemari filem ...Dalam Botol.

Dia pun tulislah pandangannya itu di dalam blognya dan mempertikaikan beberapa scene yang ditonjolkan dalam ...Dalam Botol. Tapi, pandangannya itu tak begitu dipersetujui oleh beberapa blogger yang lain. Sebabnya, mereka berpendapat pandangannya itu tidak begitu kukuh dan seperkara lagi dia juga sebenarnya tidak begitu memahami keseluruhan cerita ...Dalam Botol.

Dia tidak memahami mengapa Ruby mampu bertukar menjadi lelaki sepenuhnya. Sebenarnya, watak Ruby atau Rubidin yang ditonjolkan dalam ...Dalam Botol arahan Khir Rahman ini adalah seorang gay.

Tetapi, bila dia berasakan teman lelakinya, Ghaus lebih menyukai dia sebagai seorang wanita, dia sanggup mengorbankan cintanya dengan menukar jantina. Malangnya, Ghaus sebenarnya lebih menyukai dia sebagai Rubidin.

Akhirnya, dia hilang segala-galanya termasuklah cinta dan dari situ, Ruby mula kembali sebagai Rubidin. Hingga akhirnya, dia jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Dina.

Dengarnya ramai yang suka dengan ...Dalam Botol.







No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-