Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, November 10, 2010

AC Mizal buat Laporan Polis,diugut sembelih berikutan didakwa menipu pelanggan

Share







Sensasi:kebelakangan ini,beberapa buah blog hiburan tempatan ada menyiarkan tentang pendedahan kononnya AC telah memalsukan testimoni..(iaitu dengan mengambil testimoni dari internet dan mengaku bahawa itu adalah testimoni AC health magnetic bracelet.

Bahkan dikatakan kos sebenar bagi satu gelang itu lebih kurang USD25,lebih kurang RM83 la,tetapi telah dijual semula oleh AC dengan harga RM1000,dimana RM500 adalah komisyen kepada ahli MLM AC heatlh magnetic bracelet.

RM1000?memang agak mahal la,dulu mak sensasi pun pernah beli tapi harganya dalam lingkungan RM250 jer mcm tue.

Disebabkan itu,ada gurauan yang berunsur ugutan yang menyebabkan AC membuat laporan polis..bahkan Ac mendakwa semua itu adalah satu fitnah..Sensasi rasa kalau betul la itu fitnah,adalah lebih baik AC menerangkan tentang hal tersebut dengan jelas..kerana perkara yang dikatakan fitnah itu dtg dengan bukti.mungkin AC boleh buktikan sebaliknya untuk menjernihkan keadaan

Mungkin utk menghentikan para bloggers daripada mendedahkan perkara tersebut.

Kes ini dalam siasatan pihak polis.



AMPANG: Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini, 39, atau nama komersialnya AC Mizal (gambar) membuat laporan polis bagi membersihkan nama dan demi keselamatan selepas mendakwa menerima ugutan melampau serta pelbagai fitnah yang ditulis dalam beberapa blog, kelmarin.

Beliau yang juga seorang ahli perniagaan membuat laporan kira-kira jam 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.

Menurut sumber polis, artis itu mendakwa menjadi mangsa pesaingnya yang turut menjalankan perniagaan sama dan beberapa blog mengaitkan namanya dengan pelbagai fitnah termasuk tuduhan dia menipu pelanggannya.

“Selain artis terbabit, turut menjadi mangsa ialah pekerja syarikatnya dan kejadian itu berlaku sejak lima bulan lalu. Sebelum ini mereka tidak ambil peduli kerana menganggap tuduhan dan cubaan itu sengaja dilakukan untuk memburuk dirinya dan syarikat.


“Bagaimanapun, ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini hingga memaksa artis terbabit membuat laporan polis kerana individu berkenaan turut mengugut untuk mencederakannya dalam blog itu,” katanya.


Antara ugutan itu ialah ‘elok sembelih je kot’ dan ‘AC Mizal ni dah tak sabar nak masuk ‘jail’ ke apa?’ dipercayai ditulis individu yang juga pesaing dalam perniagaan dilakukannya.

Sumber itu berkata, dalam laporannya AC menyatakan antara tuduhan yang menjejaskan reputasinya dalam blog ialah mengenai harga kos serta jualan produk milik syarikatnya selain dakwaan dia cuba menipu pelanggan dengan testimoni palsu.

Katanya, selain itu, penulis blog itu didakwa turut cuba mengaitkan kehidupan peribadi artis berkenaan yang sengaja dibuat dengan tujuan mempengaruhi orang ramai supaya membencinya.

“Berikutan tuduhan dan fitnah itu, artis terbabit mendakwa perniagaannya mula terjejas selain beberapa kakitangannya mengalami nasib sama kerana orang ramai mula terpengaruh dengan semua yang ditulis dalam blog berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat AC.

“Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

kedekut lg ngan anak... tuhan bayar 'cash'

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-