Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, November 26, 2010

Kisah Nabi Muhammad S.A.W dengan pengemis yahudi

Share








Pada suatu pagi sehari setelah Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu bakar mendatangi rumah Nabi dan bertemu dengan Aisyah, kemudian Abu bakar bertanya kepada Aisyah.

Abu bakar : Wahai anakku, adakah sunah-sunah yg diajarkan Muhammad yg belum aku lakukan ?

Aisyah : Tidak ada ayahku, bahkan engkau lebih tahu sunah-sunah itu dibandingkan aku, tetapi ada satu kebiasaan Muhammad SAW yg belum engkau ketahui .

Abu bakar : kebiasaan apa itu wahai anakku ?

Aisyah : setiap pagi Muhammad SAW selalu memintaku membungkus nasi untuk di bawa ke pasar dan diberikan kepada pengemis buta yahudi .

Abu Bakar : kalau begitu segera buatkan aku sebungkus nasi agar boleh kuberikan kepada pengemis itu.
setelah itu Abu bakar membawa sebungkus nasi itu dan mencari pengemis tersebut,setelah bertemu dengan pengemis tersebut lalu Abu bakar memberikan nasi itu,lalu pengemis itu berkata.

Pengemis : Siapa kau ? kau bukan orang yg biasa memberikan aku makanan.

Abu bakar : Aku orang yg selalu memberimu makanan setiap pagi.

Pengemis : BUKAN !!! orang yg memberiku makan setiap pagi selalu mendukungku ketempat sejuk lalu menyuap makanan dgn tangannya sampai makanan itu habis dan kalau ada makanan yg keras yg tidak boleh aku kunyah, dia mengunyahkan makanan itu untukku.

Mendengar pengemis itu berkata, Abu Bakar menangis. lalu pengemis itu bertanya.

Pengemis : Mengapa engkau menangis ?

Abu Bakar diam, lalu pengemis itu berkata lagi.

Pengemis : Janganlah engkau mengikuti ajaran Muhammad, agama yg diajarkannya itu sihir (pengemis itu berkata lantang).

Abu bakar hanya mampu menangis, lalu Abu Bakar berkata.

Abu bakar : Tahukah engkau siapa yg selalu memberimu makanan setiap pagi hari ? Muhammad SAW lah yg selalu memberikan mu makanan setiap pagi.

Pengemis itu terdiam dan lalu menangis,seketika itu pengemis tersebut menyebut dua kalimat syahadat lalu masuk Islam.

Subhanallah .

Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans sedang berindu-rinduan?

Share







Hmmm..Zizan nie boleh tahan juga flirtatious la...sebelum nie zizan raja lawak pernah di gossipkan dengan beberapa artis wanita yang lain..

Antaranya Leez AF,kemudian Fida,Diana Amir dan yang terbaru Juliana Evans?






Bagi sensasi twitter antara Jue Evans dengan Zizan nie just main main jer...ye la sumtimes in friendship si lelaki selalunya akan buat ayat mcm nak mengorat je,dan si pumpuan slalu akan anggap mcm ok dis is just joking so layankan je ...









Kisah Benar: Hachiko - Anjing Legenda Jepun Yang Setia Menunggu Tuannya Yang Telah Mati

Share







Susuk tubuh yang Anjing baka Akita Inu yang tegap ini lahir pada 10 November 1923, Sewaktu berumur 2 bulan, Hachiko dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Profesor Ueno bekerja di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian. Prof. Ueno suka memangggil Hachiko dengan panggilan Hachi yang bermaksud Cahaya. Nama 'Ko' yang ada di belakang nama ( Hachi-ko ) adalah nama tambahan untuk orang Jepun yang bermaksud "Anak".
Dengan demikian Profesor mengakui Hachiko sebagai keluarganya serta teman terbaiknya. Hachiko menggemari makanan Yakitori (sate ayam). Selama satu tahun lebih Hachiko selalu menunggu kepulangan sang profesor di Stesen Keretapi Shibuya. Hachiko sudah terbiasa dengan menunggu kepulangan profesor yang bekerja di kota Tokyo. Dan pada tanggal yang bersejarah inilah segala-galanya bermula...Ini membuktikan bahawa perancangan manusia takkan pernah sama dengan Tuhan...


21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena stroke ( angin ahmar ) di tempat dia bekerja. Profesor meninggal di Universiti Tokyo sebelum sempat pulang menemui Hachiko. Oleh kerana Profesor Ueno telah mati, maka saudara Ueno, telah mengambil alih tugas menjaga Hachiko.... Hachiko hidup dengan saudara Ueno dan rumahnya terletak beberapa batu dari Stesen Shibuya, tempat kebiasaan Hachiko menunggu kepulangan tuan kesayangannya...


Pada suatu hari Hachiko merasa kesepian, dia lari dari rumah barunya menuju ke Stesen Keretapi Shibuya dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya ( yang telah pun mati.... )

Seorang tukang kebun yang mengenali Profesor Ueno yang bernama Kikuzaburo Kobayashi melihat berhari-hari Hachiko yang setia menunggu tuannya yang tak kunjung tiba seperti biasa...Apabila melihat akan kesetiaan seekor anjing kepada tuannya, Kikuzaburo berasa kagum dan beliau selalu memberi makan kepada Hachiko sesuai dengan apa yang diberi profesor, yakitori.

Tahun 1928, Stesen Shibuya telah diubahsuai rekabentuknya secara total. Ketika pengubahsuaian stesen itu sedang rancak berjalan, Hachiko telah menyelusup ke setiap kedai-kedai tetapi ianya telah robohkan untuk pengubahsuaian....Namun, Hachiko tetap setia menunggu tuannya dan Kikuzaburo nampak Hachiko selalu dan menunggu di salah sebuah tempat di stesen berkenaan yang masih elok keadaannya.
Salah satu posisi Hachiko menunggu tuannya di Stesen Shibuya yang sempat dirakam

Ditahun yang sama, ada seorang pengkaji anjing jenis Akita dimana dia adalah murid Profesor Ueno. Dia kebetulan melihat "pemandangan" menarik tentang Hachiko yang pada ketika itu sedang duduk menunggu kepulangan tuannya, yang juga anjing jenis Akita. Dia mengamati bagaimana Hachiko menunggu tuannya di stesen keretapi. Murid Ueno itu mendapat maklumat tentang Hachiko yang setia menunggu tuannya. Dia pun mula menulis artikel tentang Hachiko.


Berita tentang Hachiko pun mulai tersebar di seluruh Jepun. "Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead for Seven Years" adalah berita yang dimuat di harian Asahi pada 4 Oktober 1933. Hachiko pun semakin dikenali dan semakin tersohor hingga seluruh pelosok Jepun.




Tahun 1934 patung Hachiko didirikan di depan Stesen Shibuya. Stesen tersebut yang mengalami kerosakan akibat pada tahun 1948 akibat perang dunia ke II. Hachiko telah mati pada 8 March 1935. Di saat hampir mati, Hachiko masih setia menunggu Profesor Ueno di pintu keluar Stesen Shibuya yang kini dinamakan sebagai PINTU HACHIKO SHIBUYA. Posisi patung Hachiko adalah duduk seperti 70 tahun lalu menunggu Profesor Ueno pulang. Patung Hachiko sendiri kini terdapat 3 buah, satu di Shibuya, Akita serta tempat kelahiran Hachiko Odate.


Kisah Hachiko juga telah diabadikan di dalam novel, buku cerita, dokumentari haiwan dan filem....Di antaranya filem yang berjudul Hachiko lakonan Richard Gere.....

Video Kelakar: Histeria dan tekanan perasaan masa main game

Share









hahahaha..melampau lampau budak nie histeria dari awal start sampai ke akhirnya..kekekke...ade je benda yang berlaku..kesian..

Video Comel:Gelagat Kucing mintak makanan

Share









Alalalala..comelnyer anak kucing nie angkat tangan merayu ,sensasi rasa dia bukan nak mintak makanan,maybe dia nak main kot..

mcm kucing sensasi kalau nak ajak main mesti dia berdiri...ehe

Thursday, November 25, 2010

Hubungan Almy Nadia-Fizz Fairuz bagai retak menanti belah,Almy takut dengan kisah cinta Irma dan Nabil

Share








Mengakui sudah lelah dan penat untuk menangis akibat kehadiran orang ketiga dalam hubungan percintaannya dengan aktor Fizz Fairuz, anak kelahiran Pulau Pinang ini menjelaskan hanya tangisan yang sering menjadi teman pujuknya kala itu.

Enggan melayan perasaan marah dan cemburu yang bisa memusnahkan cinta mereka, berdiam diri merupakan langkah terbaik yang diamalkannya bagi menyelamatkan percintaan yang sudah pun dibina hampir tiga tahun itu. Namun Almy menafikan sekeras-kerasnya dakwaan hubungan mereka telah pun berakhir.

"Kehadiran orang ketiga atau keempat ini semua saya dah biasa. Nak menangis kerana semua itu pun, dah biasa, jadi langkah terbaik jangan terlalu memikirkan tentang cinta kerana ia akan membuatkan saya lebih makan hati.

"Tapi buat masa sekarang kami ini, masih lagi bersama cuma kurang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kerja," jelasnya tenang mengenai status perhubungannya yang kononnya dikatakan sedang berada dalam fasa retak menanti belah.

Mengamal sikap mempercayai pasangan sebagai teras untuk meneruskan perhubungan ini, kata gadis berusia 24 tahun ini, sebolehnya dia tidak mahu mengalami nasib yang serupa dengan rakan selebriti yang lain.

"Saya mengaku takut apabila mendengar cerita Irma dan Nabil putus. Sedih apabila membaca cerita mereka hinggakan saya menangis. Saya mengaku takut dan tak mahu mengalami situasi yang sama dan berharap sangat perkara tersebut jauh daripada kami. Tapi saya juga manusia dan tak mampu untuk menghalang ketentuan Ilahi," katanya lagi.

Ditanya mengenai kenyataan ibu Fizz yang pernah dikeluarkan di murai.com.my bahawa aktor tersebut berkemungkinan akan mengakhiri zaman bujangnya pada Disember ini, sambil tersenyum manis Almy berkata: "Saya tak keluarkan apa-apa kenyataan akan menikah pada bulan tersebut. Tunggulah kenyataan dari saya sendiri mengenai perkahwinan dan saya pun tak boleh nak mengulas mengenai kenyataan ibu Fizz.

"Ada jodoh tak kemana kerana saya sendiri mengharapkan pengakhiran yang gembira untuk kisah cinta kami,"katanya lagi.

Gambar Noh Hujan dengan Lambang Illimunati dan gaya Lady Gaga

Share








Posing cam lady Gaga nie byk je dalam facebook..ikutan muda mudi untuk nampak kawai (cute)...sensasi malas bergambar nak posing kawai..

Gambar Noh Hujan Pakai Baju Lambang Freemason & illuminati ini…

Tali gitar = Checkered floor

Baju = All seing eyes



cey..obvious doe baju noh nie...mungkin dia tak tahu apa tue illuminati (bersangka baik)

Siti Nurhaliza tarik diri dari Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Share








Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) yang telah diadakan pada awal Julai yang lalu, penyanyi No.1 negara, Dato' Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan untuk mengundurkan diri daripada menyertai pertandingan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang dianjurkan saban tahun oleh akhbar Berita Harian.

Namun, Jabatan Pengarang Berita Harian dan Jawatankuasa Induk ahli ABPBH seolah-olah seperti agak keberatan untuk menerima permohonan tarik diri daripada penyanyi yang popular dengan lagu Cindai itu.

Begitupun, dalam sidang media ABPBH2010 yang telah berlangsung di Hotel Villa, Subang petang tadi, Siti Nurhaliza telah mengesahkan bahawa dia sememangnya akan tetap berpegang kepada keputusannya untuk mengundurkan diri daripada menyertai pertandingan yang berasaskan populariti hasil undian daripada pembaca setia akhbar Berita Harian tersebut.

"Bukan mudah bagi Siti untuk ambil keputusan ini. Tapi, Siti dah pun fikir masak-masak dan Siti pun sudah dapat restu daripada ramai pihak terutama sekali dari kalangan peminat Siti yang selama ini telah banyak menyokong kerjaya seni Siti.

"Alhamdulillah, mereka nampaknya faham apa yang Siti buat ni. Jadi, keputusan Siti untuk mengundurkan diri daripada menyertai ABPBH adalah muktamad. Kebetulan pada tahun ini pula nama Siti tidak dicalonkan kerana tiada sebarang produk. Jadi, ia memudahkan lagi hasrat Siti untuk berundur.

"Siti juga tidak menyesal dengan keputusan yang Siti buat ini. Sebab, Siti rasa, dah banyak pencapaian yang Siti terima daripada ABPBH. Sudah sampai masanya pula untuk Siti jadi pemerhati serta penyokong,

Video lagu Shila OIAM -Ada saja,adalah Video berunsurkan illuminati?

Share







Yang sebenar benarnya...Sensasi sendiri tak arif dan tak faham sangat dengan illuminati..yang sensasi selalu dengar Lady gaga,la KLCC la,dan lambang segitiga bermata satu,lambang bintang terbalik sume sume tue adalah antara benda benda yang berkait dengan Illuminatti,alau dikatakan sebagai pengikut Dajjal...

Sensasi malas nak taksub dengan benda benda tak berfaedah nie,kadang kadang kalau kita terlalu taksub dengan sesuatu benda tue boleh memesongkan akidah kita...kadang kadang benda yang takda kaitan pun dikait kaitkan juga...segala bentuk segitiga sekarang nie dah jadi banned dah...
Dan kalau terlalu taksub takut nanti,kita terlalu cuba memahami benda tue sampai terleka untuk memahami agama kita sendiri..

Padahal apa yang penting adalah kepercayaan kita kepada tuhan dan agama Islam,dan mempunyai ilmu agama.

Kita semua risau akan kemunculan Dajjal al-masih dan kesannya terhadap hidup kita,,apa yang penting adalah cuba mendalami dari AL-Quran dan hadis,sensasi banyak membaca tentang Dajjal,tp sensasi tak tau sgt pasal illuminati nie..,berdoalah agar kita sentiasa dilindungi Allah s.w.t.

Adakah Video Shila OIAM nie pun mempunyai unsur illuminati???pandai pandai korang buat siasatan sendiri kalau dah takda kerja lain yg berfaedah..



Kalau betul wujud unsur nie,maka org disebalik pembikinan video nie lah yang memang sengaja nak tonjolkan lambang2 tersebut...ish3....memang tak habis habis nak menghuru hara kan keadaan,....

Magik: Kutipan tiket Filem 2 Alam menurun setelah mengutip 2 Juta pada hari Pertama

Share









Selalunya kita akan dengar kutipan Filem akan meningkat dari hari ke sehari..namun ajaib bagi Filem 2 Alam yang dibangga banggakan oleh DDR kutipan menurun,orang refund balik tiket ke ape nie?

DDR mendakwa dan menwar warkan dalam surat khabar mengatakan filem 2 Alam berjaya mengutip RM2 juta pada hari pertama tayangan iaitu pada 18 November 2010.

Hari ini dah seminggu Filem 2 Alam ditayangkan di pawagam,dan jumlah kutipan sebenar adalah RM230 ribu berdasarkan laporan dari Finas.hmmmm...dan daripada laporan finas sebanyak 83 panggung wayang menayangkan Filem tersebut,paling banyak yang menayangkan filem tue tp kutipan tidakla sebanyak yang diharapkan.namun RM230,000 pun sensasi rasa banyak jugakla memandangkan filem ini dikritik hebat oleh media dan org2 yang sudah menontonnya.


Musykil,adakah ini bermaksud lagi RM1.77juta adalah hasil kutipan dari alam fantasi DDR Rozmey? kalau ikut purata 230k/7 hari= RM32,857 sehari..

Jadi kalau RM32,857 kutipan hari pertama dengan 2 juta yang dikatakan DDR,jauh bangat bezanya tue!

DDR meletakkan target kutipan RM40 juta utk filem pertamanya ini...

Video Just for laugh: Toilet Prank

Share







Wednesday, November 24, 2010

Sinopsis Drama Putera Katak,Lakonan Hot mama Nora Danish

Share









tue katak betul ke? geli nyerrrr..yaikss




"Putera Katak" mengisahkan Putera Amar (Zizan Nin) yang telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma sebagai manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai seekor katak. Dia telah dibela oleh seorang pencinta haiwan iaitu Trisha (Nora Danish). Amar yakin bahawa dia akan berubah menjadi manusia semula apabila sudah menemui cinta sejatinya.

Bakal membawa penonton ke alam fantasi dan magis, drama terbitan Talisman Pictures ini telah diarahkan oleh Adam Hamid. Selain Nora dan Zizan, drama bersiri 20 episod ini turut dilakonkan oleh Fazren Rafi, Norseha, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah dan Hamidah Wahab.

Oleh itu, jangan lupa temu janji anda bersama "Putera Katak" bermula 29 November, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV3. Buat mereka yang sempat menonton, anda bolehlah menyaksikannya melalui siaran ulangan pada jam 8.30 malam di TV9.

Lagu Beggin by Madcon

Share









Lagu nie sensasi dengar time dalam rancangan Got to Dance UK,and immediately like it..its so catchy ..i loike..

Beggin you baby~ put your loving hands out baby

Gambar Sekitar 2010 Victoria's Secret Fashion Show ,Eksotik

Share









Wow,body model model Victoria Secret nie sangat lah mantap...
Bila kita tengok mereka semua dah mcm anak patung barbie...Jenama pakaian dalam Victoria Secret adalah pilihan selebriti selebriti terkenal seluruh dunia.Siapa yang tak pernah dengar nama Victoria Secret?ish ish..

Fashion show 2010 ini dimeriahkan lagi oleh Katy Perry dan Akon serta model-model ternama seperti Adriana Lima, Alessandra Ambrosio, Rosie Huntington- Whiteley, Chanel Iman dan Karolina Kurkova.













Gambar Rabecca Nur Al Islam yang sungguh menyeksakan

Share







menjadi seorang artis yang terlalu seksi bukannya elok sangat,mengundang kata kata yang kurang manis...

Sensasi pun tak faham apa yang ada dalam fikiran mereka untuk berpakaian seksi begini..nak tunjuk atau nak buktikan apa?nak tayang aset ke?hadoi...

yang paling pelik,Rabecca menggunakan nama nya sebagai Rabecca Nur al-Islam seperti yang dinamakan oleh ayahandanya..

Isu Rabecca menggunakan nama nya Al-Islam tetapi menunjukkan imej yang sungguh bertentangan membuatkan dirinya sering dilanda kontroversi..namun Rabecca tak kisah pun...
hhmmmmm...










Video Gadis yang histeria tak dapat menyanyi Lagu Whitney Houston

Share









terkejut sensasi tengok video nie..boleh plak jadi histeria bila tak dapat menyanyi dengan baik...haha

Rumahtangga Jimmy Shanley berantakan,Jimmy pergi ke Mahkamah Syariah

Share







Pasangan ini sejak sebelum kahwin memang banyak gossip dan cerita yang timbul.Namun akhirnya mereka ke jinjang pelamin.

Setelah berkahwin,perkahwinan yang baru dibina dikatakan bergelora sehingga dikatakan Isteri Jimmy melarikan diri dari rumah mereka.Namun Jimmy memang mengaku rumahtangganya dilanda badai namun taklah sampai Isterinya lari..

Kemudian kita dikhabarkan yang isteri Jimmy telahpun mengandung...

Belum pun surut terbaru,kedengaran gossip dari rakan media mengatakan yang Jimmy telah pergi ke mahkamah syariah baru baru ini bersama peguamnya...

Ada yang mengatakan bahawa untuk mmfailkan cerai...namun tue semua hanya andaian sahaja..

Mungkin Jimmy ke Mahkamah syariah untuk mendapatkan khismad nasihat dan kaunselling berkaitan rumahtangganya kini...

Apa pun,Sensasi harap mereka menyelesaikan dengan baik,maklumlah,anak sulung dalam kandungan.Jangan terlalu ikutkan darah muda dan tak mahu mengalah...

Tuesday, November 23, 2010

Justin Bieber Upah orang ajar cara untuk "Flirting" (mengorat)

Share







Terbaru, Justin Bieber mengupah pelatih peribadi untuk mengajarnya cara untuk menarik perhatian ,atau menggoda(flirting) dengan perempuan.

Penasihat Justin Bieber, Ryan mengajar Justin bagaimana untuk mempamerkan dirinya dan kelakuannya supaya lebih disukai ramai,terutamanya wanita.Menurut sumber Ryan mengajar justin cara untuk berjalan,berkcakap,menggoda,bahkan cara utk memakai topi utk menarik sebanyak mungkin peminat perempuan.

Walaupun Justin memerlukan bantuan dalam hal tersebut,gadis gadis terus menggilai Justin Bieber ,dan menjadi histeria dan sampai terjatuh dan mcm macam lagi hal berlaku ketika mereka melihat Justin Bieber di khalayak ramai.

Namun menurut Justin Bieber,yang sebenarnya dia adalah seorang yang bodoh2 tak pandai nak mengorat perempuan,nerd,dan kekok dengan perempuan..


“I’m not even that cool, like seriously,”Kata Justin ketika sesi autograf untuk buku barunya First Step 2 Forever

“What (about me) is so cool (that the fans) freak out? These girls crying, it’s like I can’t believe that, I’m so honored that you’re crying but, I don’t know, it’s crazy to me!”

Suri Cruise, anak selebriti 4 tahun yang bersikap DIVA

Share









Suri Cruise memang dimanjakan oleh kedua ibu bapa selebriti iaitu Tom Cruise dengan Katie Holmes.

Sebagai anak selebriti yang hidup dalam kemewahan bak sang puteri raja,kita pun menyangkakan Suri akan bersikap seperti anak diraja yang sentiasa mementingkan kesopanan ,"classy" dan lemah lembut...namun lain pula jadinya,,

Suri dilaporkan media sebagai "out of control" sukar untuk dikawal apabila berada di set penggambaran dengan ibunya Katie Holmes dalam filem terbarunya Jack and Jill.

Apa saja yang Suri inginkan,pasti dia akan dapat...Perkara ini telah meracuni akal si kecil yang tidak mampu membezakan perkara baik dan buruk dan dibiarkan tanpa kawalan oleh ibu bapa nya yang sensasi rasa amat kurang bijak buat mcm nie,,

menurut "National enquirer", kanak kanak 4 tahun itu sering mengarah arah orang dengan suara yang keras,marah marah,dan tidak padan dengan umurnya yang baru 4 tahun,Jika tak dapat apa yang dihajatinya dia akan membaling baling barang bahkan menyepak dan memukul orang sekelilingnya....Ibu bapanya sendiri dan krew penggambaran tak mampu menolak kehendaknya,

Pada mulanya semua org rasa Suri sangat kiut dan comel bila dia memberi isyarat diam dengan membuat bunyi "syhhh" kepada krew semasa camera rolled,namun setelah Suri merasa selesa dengan persekitarannya ,dia mula mengarah arah org dan mengajar org sekelilingnya,sambil marah marah dan membaling barang,,,

Sensasi cukup pelik dengan Tom cruise dan Katie Holmes..kenapa nak spoil anak mcm nie...dia masih kecil lagi,tentulah akalnya belum matang dan tidak faham,patutnya ibu bapanya mendidik dan memberi batas dan panduan bagaimana nak bersopan,menjaga kelakuan dan sebagainya,tapi kini mak bapak semua di bawah telunjuk Suri yang berusia 4 tahun tue..ish ish,,
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-