Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, October 5, 2010

Rita:Org ke-3 yg meretakkan rumah tangga Rita-Aidil adalah keluarga mentua

Share







Sensasi: Nampaknya isu perbalahan antara Rita dan keluarga mentua Aidil masih menjadi isu dan kini meretakkan hubungan Rita dan Aidil..

Ini lah salah satu masalah kahwin di thailand/tanpa restu keluarga...memang boleh jadi berantakan...kerana si anak lelaki tue bagaimanapun,syurganya tetap pada ibunya..tak boleh melebihkan isteri..jadi disini...susun lapis ialah,keluarga aidil plg atas,Aidil,then rita...

Bagi sensasi,Rita haruslah mengalah dan mengakui kesilapannya dgn aidil kerana berkahwin di Thailand semasa Aidil baru berusia 20 tahun..keluarga mana yg tidak terluka bila anak membelakangi ibu bapa kan..

Lagi pulak nama keluarga pasti tercemar...Bila keluarga Aidil melatah pada awalnya itu adalah hak mereka laa,jadi Rita sepatutnya dah bersedia dgn keadaan ini sebelum menjadi isteri Aidil lagi..

Memburukkan lagi keadaan kedua belah pihak menggunakan media sebagai medium untuk meluahkan rasa tidak puas hati...

Dan aidil pasti rasa berbelah bagi...Ditelan mati mak,diluah mati bapak..kalau lebihkan isteri,nanti lukakan hati mak,kalau lebihkan mak,lukakan hati isteri..

Jadi camne tue...Rita cubalah mengalah,ambil hati keluarga mentua,bwk anak pergi ke rumah mentua...anda pelakon,kalau rasa kekok sgt,berlakon je la seolah2 tak kekok kan..aha.. :P lama2 ok la..

Aidil sebagai ketua keluarga haruslah menjadi org tengah dalam mendamaikan isterinya dan keluarganya...sebab Aidil juga bersalah dlm hal nie...

ape pun nie semua cuma pendapat sensasi saja..hanya mereka yg lebih tahu masalah mereka...Sensasi harap jgnla sampai bercerai berai plak nanti...







Selepas lebih dua tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, rumah tangga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, yang dibina atas dasar cinta mula goyah.

Bukan soal orang ketiga atau kecurangan menjadi punca, tetapi sebaliknya pelakon yang popular melalui filem Anak Mami dan Anak Mami Junior itu mendakwa ia banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu terutama keluarga mentua.

" Tidak cukup mengaibkan dan memalukan saya selama ini, apa lagi mereka inginkan? Selama ini, saya tidak pernah membalas kenyataan dikeluarkan.

“Saya mendiamkan diri kerana ingin menjaga maruah dan air muka suami, tetapi saya tidak mampu bersabar lagi,” katanya menjawab gosip yang mendakwa dia menghalau ibu bapa Aidil ketika mereka berkunjung ke rumahnya, baru-baru ini.

Berita Harian difahamkan Aidil sudah lama tidak pulang menjenguk Rita dan anaknya, Airit Rayyan Rizkin. Malah ketika Aidilfitri baru-baru ini pun, mereka meraikannya bersama keluarga masing-masing tidak seperti tahun sebelumnya.

Sumber yang rapat dengan Rita berkata, akibatnya pelakon itu semakin tertekan dan bingung kerana tidak tahu punca kesalahannya. Bagaimanapun, Rita enggan mengulas perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Cerita saya kurang ajar, halang suami pulang ke rumah keluarga dan suka mengongkong suami memang keterlaluan. Dulu, suami pernah dihalau keluarga, tetapi diterima semula selepas dua minggu dipulaukan. Sejak itu, suami tidak pernah berenggang dengan keluarga, malah Aidilfitri tahun ini turut disambut bersama keluarganya.

“Saya tidak pernah kecil hati dan menghalang suami pulang ke rumah keluarganya, malah setiap hari pasti suami menjenguk ibu bapanya" katanya lagi.

Anak kelahiran Kangar, Perlis itu berkata umum tahu, hubungannya dengan keluarga mentua keruh sejak berkahwin, tetapi hatinya gembira dan terharu apabila ibu bapa mentua menjenguknya ketika bersalin.

"Jujurnya, kami tidak pernah berbaik. Namun, saya tidak menyimpan dendam dan berharap masih ada jalan perdamaian, nampaknya keadaan semakin berkecamuk. Walaupun keluarga saya pernah dimaki, mereka masih berharap saya berbaik dengan keluarga mentua.

“Mereka tidak mahu perbalahan kami berpanjangan walaupun keluarga mentua sering mengeluarkan kenyataan keterlaluan di akhbar. Bagaimanapun, tidak sampai dua hari, anak saya, Airit Rayyan dilarikan suami untuk bertemu keluarganya ketika saya bekerja,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Syurga di bawah tapak kaki ibu. keluarga suami harus didahulukan dari isteri. Itu teks yg wajib dipatuhi. tapi jgn ingat suami dan keluarga mertua blh pakai hukum itu demi untuk kepentingan diri sendiri. isteri yg bersabar akan dapat balasan syurga. tapi suami dan keluarga mertua yg berbuat salah tetap berdosa kepada anak menantu dan isteri. mereka juga takkan terlepas dari balasan sekiranya mereka melakukan yg tak sepatutnya. Inilah lelaki akhir zaman yg semakin hanyut dan bangga dengan title SUAMI, tau nk kawin, tapi tk tahu menunaikan tanggungjawab dengan bijak..tkde pendirian. berani buat, berani la tanggung...

Anonymous said...

saya cuma ingin beri nasihat agar rita lebih banyak bersabar.. anggaplah ini ujian dari ALLAH. ada hikmah disebalik setiap kejadian. semoga rita tabah mengharungi ujian tersebut..

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-