Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, October 20, 2010

Rita Labelkan Ayu Raudhah "busuk dan berperangai macam bangkai"

Share







Sensasi:Fuh....bakal biras berdua yang mencintai 2 lelaki berwajah sama...(same taste la Rita ngan Ayu nie..ehe) kini berbalah..

Ayu Raudhah mencanangkan tentang keluarga Zaquan akan meminangnya lepas raya,tapi sampai skrg takda khabar berita pun...mungkin lepas raya ,tapi tahun bila tue tak tau lagi la.. :P

Hmmm,bagi sensasi Ayu mmg tak patut masuk campur urusan keluarga Rita dan Aidil,sebab dia pun belum ada apa-apa ikatan dgn Zaquan...bukan apa takut nanti termalu diri kan..

Skrg nie Rita dah Hamil anak kedua dah,keluarga mertua pula dah nak berbaik nak dtg melawat keluarga Rita di Perlis utk menjernihkan keadaan,Aidil pula,masih syg Rita sepenuh hati dan tak pernah berniat menceraikan Rita...

So skrg tinggal Ayu jer terkial-kial tunggu si buah hati Zaquan masuk meminang...

Mungkin ayu tak puas hati ngan Rita sebab dulu Zaquan pun nak tekel Rita...

huhu..nasehat sensasi,mintaklah maaf kalau dah buat salah,berbaik baiklah...kalau nama busuk,malu juga..

Cume sensasi rasa kelakar dgn kenyataan rita.."berperangai mcm bangkai?" agaknya mcm mana lah perangai bangkai yer....aha






“Apa yang ditekankan sebenarnya bukan kes pergolakan rumah tangga saya. Antara saya dan Aidil tiada masalah besar, kalau ada sekalipun ia dapat diselesaikan dengan baik. Masalah timbul apabila saya difitnah. Individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah memberitahu menerima maklumat daripada keluarga mentua.

“Sebab itulah saya mengatakan rumah tangga saya jadi huru-hara disebabkan campur tangan individu tertentu dan keluarga mentua. Apabila masing-masing nak mempertahankan diri dan menyalahkan satu antara lain, jadi terkeluar cerita yang selama ini dipendam. Saya terpaksa membuka mulut apabila tidak tahan dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

“Bagaimanapun, kisah rumah tangga saya pula jadi isu utama sedangkan cerita fitnah dan individu yang bertanggungjawab berlalu begitu saja. Kepada keluarga mentua, tak perlulah bercerita hal-hal yang berkaitan dengan keluarga kepada orang lain, inilah jadinya... Perkara keruh semakin bertambah keruh, benda yang dingin jadi bara. Rumah tangga saya dan Aidil jadi mangsa. Saya dan Aidil jarang bergaduh tetapi disebabkan itu tak kena, ini tak kena pasal keluarganya, kami pula bermasam muka,” katanya dalam nada sebak.

Baginya, Tuhan Maha Adil dan percaya Tuhan akan memberi balasan setimpal kepada mereka yang menabur fitnah dan menganiayai dirinya apatah lagi kini sedang berbadan dua. Rita mengharapkan mereka yang menyebarkan fitnah itu supaya cerminlah diri sendiri terlebih dulu sebelum mengata pada orang lain.

“Jaga maruah diri dan kaum wanita. Diri sendiri pun `busuk’, rasanya satu industri sudah tahu perangai pelakon wanita itu mengalahkan bangkai, tak payahlah nak berlakon baik macam dalam drama. Janganlah sibuk tengok kain orang, pandanglah kain sendiri yang sudah lama reput dan busuk.

“Saya bukan minta simpati apatah lagi meraih belas kasihan suami. Saya sedar saya terpaksa menepis segala tohmahan dan fitnah. Saya kena pertahankan maruah sebagai seorang isteri dan ibu. Cuma saya berdoa supaya Tuhan memberi balasan dan petunjuk pada mereka yang menabur fitnah dan menganiaya wanita yang mengandung,” katanya.

Saya tidak tahan mendengar fitnah, disebabkan itu saya keluarkan kenyataan yang terbuku di hati. Dan fitnah yang disebarkan oleh bakal menantu mereka menyebabkan saya hilang sabar. Saya malu dan kecewa apabila wartawan dan orang dalam industri bertanya, seolah-olah perangai saya buruk sangat!

“Saya tahu Aidil tidak akan mengetepikan keluarganya, saya juga tidak mahu Aidil berbuat demikian, tetapi bagi peluang pada saya dan anak. Saya bukannya nak rampas Aidil, tetapi saya hanya menumpang kasih sayang dan mahu berkongsi suka duka.

“Permintaan saya tak banyak, fahami saya. Dia boleh pulang ke rumah ibu bapanya bila-bila masa, saya tidak pernah menghalang tetapi pada masa sama, jangan kecilkan hati saya. Jika masalah tidak berlarutan, saya dengan rela hati akan mengajak Aidil pulang ke rumah keluarganya, suatu ketika nanti.

“Saya nak rasa bahagia macam wanita lain yang berkeluarga. Saya bangga dengan suami dan saya rela mengalah tetapi saya perlukan masa, biarlah apabila bertemu nanti, hati saya benar-benar ikhlas bukan paksaan,” katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-