Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, October 21, 2010

Raja Farah sudah bertunang dan bakal berkahwin November 2010

Share







Sensasi :hubungan Cinta Raja Farah dan Megat Adika nie sungguh singkat,bercinta pada 14 February tahun ini,selepas 8 bulan terus bertunang dan akan berkahwin bulan depan..

Apapun tahniah diucapkan kepada Raja Farah...

Raja Farah skrg semakin berisi,berbanding dulu-dulu kurus je..happy dengan insan tersayang la kot.




Pelakon Raja Farah, 22, bakal menamatkan zaman bujangnya pada bulan depan (November) bersama kekasihnya, Megat Andika, 25.

Menurut Farah, dia dan Megat telah pun melangsungkan pertunangan mereka pada 9 Oktober lalu.

"Sebenarnya, majlis pertunangan diadakan tanpa dirancang. Asalnya pihak lelaki mahu merisik dahulu. Tapi lain pula jadinya bila tarikh merisik dijadikan sebagai hari pertunangan dan tarikh pertunangan dijadikan kepada hari pernikahan.

"Apapun, saya akan umumkan tarikh pernikahan kami dalam masa terdekat nanti. Pada bulan depan, keluarga saya dan dia (Megat) merancang untuk membuat majlis pernikahan dahulu dan di sebelah malamnya pula, kami akan adakan majlis kesyukuran.

"Resepsi pula mungkin kami adakan pada awal tahun depan kerana saya masih lagi sibuk dengan penggambaran drama Kau dan Aku untuk siaran Astro sehingga hujung tahun ini.

"Saya sendiri tidak sangka dengan perancangan ini. Kami baru bercinta pada 14 Februari lalu dan hubungan kami tidak sampai setahun pun. Tapi, mungkin dah sampai masanya untuk kami dijodohkan," katanya ketika dihubungi mStar Online, disini, Rabu.

Tambah calon pelakon pembantu wanita terbaik bagi Festival Filem Malaysia yang ke-23 (FFM23) itu, dia kini mempersiapkan diri mempelajari tanggungjawab sebagai seorang isteri daripada ibunya.
Raja Farah sedang mempersiapkan diri untuk bergelar isteri nanti.

Sementara itu, ketika menghubungi Megat, dia gembira kerana dirinya dan Farah sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri.

"Saya pun tak sangka yang kami akan disatukan. Semua ini adalah jodoh. Saya harap segala perancangan kami berjalan dengan lancar," katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-