Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, October 20, 2010

Nasha Aziz nak masuk 40 tahun ,Tak Jadi Kahwin dan pergi Umrah

Share









Sensasi:Seriously Nasha dah nak masuk 40???dah boleh panggil mak cik dah nie..Ok fine,dalam drama dia nampak masih muda remaja,tatapi matang...wajah nasha masih nampak muda,tapi tangan Nasha agak berkedut seribu...adui..tak jaga tangan ker cik kak..

Perancangan pelakon dan model, Nasha Aziz, (gambar) untuk melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Nur Iman Tang pada Jun lalu terpaksa ditangguhkan.

Kedua mereka yang turut merancang untuk mengerjakan umrah sebelum pernikahan mereka juga tidak menjadi.

Ketika menemui Nasha pada majlis sidang media sempena tajaan Rafflesia untuk Festival Filem Malaysia ke-23, di Hotel Park Royal, Selasa, dia agak sukar untuk membicarakan berkenaan dengan hal peribadinya kepada pihak media.

Bagaimanapun, selepas dipujuk untuk meminta dirinya berkongsi cerita mengenai status hubungan mereka, kata Nasha, mereka masih lagi pasangan kekasih.

"Alhamdulillah, hubungan kami masih lagi berjalan dengan lancar. Saya memerlukan seseorang untuk menyokong saya dalm segala hal. Dia (Iman) membuatkan saya seorang manusia tahu memilih yang baik dan buruknya.

"Saya rasa Allah S.W.T sentiasa bersama saya dan saya sabar menunggu deminya (Iman).

"Tahun depan, umur saya dah nak masuk 40 tahun. Siapa yang tak nak kahwin. Mungkin anugerah itu (kahwin) saya belum terima lagi daripada Allah S.W.T.

"Andaikan satu hari nanti saya perlu berhenti daripada karier demi seseorang, saya akan buat. Saya sanggup berkorban demi suami," katanya.

Mengenai perancangan menunaikan Umrah, kata Nasha, kekasihnya itu mungkin belum lagi bersedia dan dia sedia menanti untuk Iman benar-benar bersedia untuk mengerjakan umrah.

"Awal-awal, memang dia teruja untuk melakukannya (umrah). tapi bila masanya hampir tiba, dia senyap. Bagi saya, sebagai seorang manusia biasa, terpulang pada seseorang itu untuk membuat keputusan.

"Saya memang ingin membantu kepada orang yang ingin tahu tentang Islam. tapi kalau belum bersedia, saya tak boleh nak paksa. Ia akan hadir sendiri jika sudah bersedia.

"Pada awal tahun depan saya akan menunaikan umrah dan jika dia mahu ikut, terpulang. Sesiapa sahaja yang nak ikut pun boleh.

"Hal-hal agama, terpulang pada orang. Saya boleh memberi sokongan, tetapi bukan memaksa.

"Saya pun tak mahu terlalu merancang, takut tak menjadi pula. Untuk perancangan umrah nantii, saya memilih Visa Ziarah," katanya yang kini banyak aktiviti peragaan di Shah Hai, China.

ha

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-