Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, October 27, 2010

Kisah Benar:Kerana memiliki Cemara Babi,suami berubah sikap menyerupai Babi

Share







Kepercayaan khurafat seorang lelaki tangkal diperbuat daripada anggota babi dimilikinya mampu memberi kekayaan dalam tempoh singkat, akhirnya memakan diri.

Kenyataan itu mungkin pelik, tapi ia benar-benar berlaku dan didedahkan berdasarkan pengalaman isteri kepada lelaki terbabit yang menanggung derita gara-gara ketaksuban suaminya terhadap barang mistik.

Ibu kepada empat anak itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fatin, 30-an, berkata dia mengesan pelbagai perubahan yang berlaku kepada suaminya sejak memiliki barang berkenaan pertengahan tahun lalu.

Katanya, tangkal daripada anggota babi yang dikenali dengan nama cemara babi itu membuatkan rumah tangganya kini umpama retak menanti belah.

“Suami saya bukan lagi suami yang saya kenal kira-kira 12 tahun lalu. Kerana taksub dengan perkara khurafat, dia (suami) sudah tidak tahu halal dan haram. Paling mengejutkan, perwatakannya menjadi seperti babi selepas memiliki cemara babi itu.

“Dia (suami) gemar makan pucuk ubi mentah. Dia memberi alasan tidak pulang ke rumah kerana berasa panas jika berada di dalam rumah. Dia turut mengakui berasa lebih panas apabila saya bersolat atau mengaji al-Quran.

“Saya juga pelik apabila dia jadi gelabah jika terjumpa lopak air. Yang mengejutkan, beberapa rakannya yang saya temui memberitahu, suami saya gemar mengambil air di lopak air yang kotor dan menyapunya di muka serta seluruh anggota badan dan tidak kisah bau badannya busuk,” katanya.

Fatin berkata, sejak memiliki cemara babi itu, suaminya juga semakin ‘galak’ menjalin hubungan sulit dengan saudara rapatnya.

“Sudah beberapa kali saya menangkap suami dan saudara rapat saya itu berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan. Malah, suami memanggilnya dengan panggilan ‘Yang’ (sayang).
“Seperti juga haiwan itu yang suka ‘menyondol’, begitulah sikap suami saya yang sanggup ‘membelasah’ ahli keluarga kami,” katanya.

Fatin mengakui kesilapannya kerana tidak bersungguh-sungguh mengambil tahu barang mistik yang dimiliki suaminya.

“Suami sanggup berhutang untuk memiliki cemara babi itu dan berjanji akan membayarnya semula. Dia ada beritahu nak beli barang yang boleh mendatangkan keuntungan.
“Saya ambil sikap endah tak endah dan mengikut saja kehendaknya. Saya diberitahu, harga barang itu mencecah puluhan ribu ringgit, tetapi saya tidak tahu berapa suami keluarkan wang kerana saya pinjam wang tidak sampai RM1,000,” katanya sambil memberitahu, sampai sekarang hutangnya denganrakannya belum dibayar.

Menurutnya, sebelum suami taksub dengan barangan khurafat termasuk cemara babi, kehidupan mereka suami isteri baik. Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan berjalan lancar untuk membolehkan mereka hidup serba sederhana.

“Namun sejak dia percayakan barangan khurafat itu, saya terkontang kanting menguruskan perniagaan sendiri yang semakin merosot. Kereta, daripada tiga tinggal dua dan kedua-duanya sudah tertangguh bayaran bulanannya,” katanya.

Menurut Fatin, kerana tidak tahan menanggung beban dan penderitaan, dia merujuk masalahnya ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Selepas saya berbuat demikian, ada perubahan pada sikap suami saya. Dia kata masih sayangkan saya dan mahu rumah tangga kami kembali seperti dulu. Saya bersyukur dan berdoa supaya perubahan berterusan.

“Walaupun tidak tahan menanggung derita, perasaan sayang terhadapnya masih ada. Sudah 12 tahun hidup bersama, saya tidak mahu rumah tangga kami berakhir begitu saja.
“Namun kalau dia kembali kepada perangai lama, saya rela berpisah kerana tidak sanggup melihat dia terus menanggung dosa,” katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-