Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, October 27, 2010

Kisah Benar: Pengakuan seorang suami- Isteri Curang

Share







Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.
Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.
“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.

Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:

“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.
Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.
Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.

Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.
Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.
Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.
Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.

Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.
Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.
Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.

Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.

Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.
Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.
Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.

Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.
Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.
Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.

Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan tidak berbaju, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.
Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?

Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.
Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.
Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.

Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.
Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak.

Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.
Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.
Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.
Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”

13 comments:

pes said...

pukima la. .sial sui btul tu isteri org. .!!

richard said...
This comment has been removed by the author.
richard said...

bwa byk bsabar...anggaplah semua nie dugaan dlm kehidupan.........saya turut geram dgn pbuatan melampau bkas isteri anda...kalau isteri saya yg curang dgn saya...sampai ke mati tiada maaf bgnya....

ctmanis said...

kalaulah sy dpt suami sebaik die...insyallah...alangkah gembiranye hidup sy..

NEEd nO NaMe.. said...

benda yg sma sedang di alami oleh kakak sy.. jd takut nk harungi alam rumah tgga skrg ini klu x laki yg cri hal ppuan pulak yg nk timbul kan punca.. aduhai.....

Anonymous said...

mmg bro sial.. org lelaki mcm ni..
da tau bini org pon masih nak try.. mybe dia rase hebat sgt.. sabar la bro.. harap2, semua Ok nnt.. mybe ada hikmah di sebalik ni semua.. berdoa pada allah aje ea

Anonymous said...

baiknya en azman, betulla tu..tak reti bersyukur langsung..

kami para isteri yang bersuamikan sibaran, kena syukur apa yang ada, makan tak cukup tak pe,tak romantik pon takpe asal tangan tak naik ke muka.

liliput said...

Bro, bukan you seorang menghadap problem cam ni,ramai perempuan dah kahwin ada hubungan dgn jantan lain..
Bro, you ada dua pilihan kerana anak you boleh memaafkan dia dan hidup bersama dan bagi ajaran ugama supaya dia kembali seorang isteri yang baik,
pilihan yg kedua cara yg you buat ceraikan dia, tapi anak2 masih perlukan original mother.kalau Isteri you menyesal perbuatan curang itu, demi anak-anak maafkan dia....

Anonymous said...

tiada ucapan lain selain syukur alhamdulillah saya dapat suami yg sgt2 baik dunia akhirat (itu oun org kenalkan tak sempat bercinta pun..kenal 2 mggu n terus bertunang n sebulan pas tu nikah)...wpun saya berkhawin di usia yg agak lewat..kerana takut nak khwin awal2 dulu bila tgok mcm2 perangai n kerenah org berkhawin...harap en azman bnyyakkan bersabar dan bersolat taubat dan hajat ye...InsyaAllah...

Anonymous said...

harap bnykan bersabar, bsolat taubat dan hajat mohon pd Allah segala kebaikan dunia dan akhirat...

mummy said...

bersabarlah saudara.. kini saudara perlu meneruskan hidup dan membesarkan anak saudara dengan baik. Allah itu Maha Adil dan Saksama. Insyaallah saudara akan diberi petunjuk dan ketenangan.

Anonymous said...

setiap yg brlaku itu de hikmah nye yg pnting kta memahami bhhwa stiap yg berlaku tu ade lah yg trbaik utk kta kerna die maha mngetahuii ape yg trbaik utk hmbe2 nye...insyaallah

Anonymous said...

Sekiranya terjadi pada saya, saya akan lepaskan perempuan tersebut kerana dia tidak berguna satu sen pun. Anak - anak biarlah kita menjaganya . satu masa nanti mreka akan tahu juga. Tentang mak bapa tu mmng mereka akan sebelahi anakmereka kecuali ada bukti video dsb. Untuk atasi masalah itu, suruh perempuan tu bersumpah dgn sumpah islam wallahi, wabillahi, watallahi saya mengaku tak berzina dengan lelaki itu, kalau benar maka biar Allah turunkan bala pada saya.. Kalau tak silaplah kena check balik dengan para ustaz. Berani ke mak bapak ngan anaknya

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-