Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, October 12, 2010

Keluarga Aidil Restu dan anggap Rita sebagai keluarga dan ingin ke Perlis untuk berbaik

Share








Sensasi: Khabaran kali ini positif nampaknya daripada bapa kepada Suami Rita,senang cita pak mentua Rita la....

Bapa Aidil,cakap derang sekeluarga akan ke Perlis untuk berbaik dengan keluarga Rita Alhamdulillah...Sensasi harap Rita pun akan berbaik la dengan keluarga Mentua lepas nie..

tak baek gaduh2..buang yang keruh ambil yang jernih..

Mungkin dalam sebulan Aidil di rumah keluarganya untuk memujuk dan menyejukkan hati keluarganya...Sensas harap mereka lepas nie bahagia lah hendaknyer...

Love sure can win...but with the blessing of course..
Restu ibu bapa dan ilahi tue penting....

Keluarga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 25, memberitahu, mereka tidak pernah mengganggu kehidupan Aidil Zafuan dan isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar.

Ayah Aidil Zafuan, Abd. Radzak Salleh, (gambar) 61, menegaskan, mereka sekeluarga menyayangi anak, menantu dan cucunya, Airit Rayyan Rizqin yang berusia setahun.

Ujarnya, beliau sekeluarga sedia untuk bertemu dengan Rita Rudaini, 35, mahupun keluarga menantunya di Perlis pada bila-bila masa bagi menjelaskan perkara sebenar.

“Kami akan menyatakan pendirian keluarga kami yang telah menerima baik kehadiran Rita sebagai isteri kepada Aidil.

“Sebenarnya tidak timbul soal keluarga kami menolak Rita kerana itu tidak akan berlaku, lagi pun Rita sudah pun menjadi sebahagian daripada keluarga dan melahirkan zuriat Aidil,” katanya pada sidang akhbar di rumahnya di sini semalam.

Katanya, sidang akhbar itu dibuat bagi menyatakan pendirian keluarga dan menjelaskan penerimaan mereka dan merestui rumah tangga Aidil Zafuan dan Rita Rudaini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-