Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, October 26, 2010

Gelaran Datuk AC Mizal ditarik balik?

Share













Desas desus bahawa gelaran Datuk yang dikurniakan kepada AC Mizal dikatakan ditarik balik berikutan pada ahad lepas AC Mizal tidak tersenarai dalam majlis pengurniaan pingat sempena ulang tahun ke-80 Sultan Pahang,Sultan Ahmad Shah yang berlangsung di Istana Abu Bakar ,Pekan,Pahang.


Seramai 1,211 individu menerima darjah kebesaran dan pingat negeri sempena majlis tersebut termasuklah pelakon Datuk Mustafa Maarof yang menerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP), Datin Rosnani Jamil dan pengulas sukan, Hasbullah Awang yang menerima DIMP di mana kedua-dua anugerah itu membawa gelaran Datuk.

Bagaimanapun pengurus AC Mizal iaitu isterinya sendiri Emylia menafikan dakwaan btersebut kerana katanya telah menerima surat untuk Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada bulan Ramadan lalu.


“Dakwaan mengatakan darjah berkenaan ditarik balik itu tidak benar kerana pihak kami sudah menerima surat pengurniaan pingat oleh Istana Pahang pada bulan Ramadan lalu. Setahu saya dia (A.C Mizal) akan menerima surat lain dua minggu sebelum istiadat pengurniaan pingat di lakukan pada Disember nanti,” katanya
Pelakon Emylia Rosnaida menafikan gelaran Datuk daripada Istana Pahang yang diberikan kepada suaminya, pengacara A.C Mizal ditarik balik sebaliknya memaklumkan darjah itu akan dikurniakan secara rasmi dalam satu istiadat yang akan diadakan pada bulan Disember nanti.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-