Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, October 8, 2010

Dr Rozmey merajuk ,tanak jawab panggilan telefon Wartawan

Share








Sensasi:alalala merajuk pulak dah,katanya dia malas nak bagi cerita2 sensasi kat wartawan lagi sebab wartawan slalunya tak menyebelahinya... Ala biasala tue...dalam dunia nie mana de sume org suka..kene lah tabah ye..

atau ini satu lagi gimik Dr Rozmey utk dapatkan publisiti untuk Filem 2 Alam yang bakal ditayangkan pada 18 November ini di pawagam..maklumlah,daripada target 12 juta...Dr Rozmey dengan yakinnya kata dia target 40 juta kutipan untuk Filem pertamanya ini...
Itu yang musykil tue..Takpelah,itu adalah impian dan angan2 nya..mana tahu jadi kenyataan kan... :) kalau berjaya la..memang salute la ngan Dr Rozmey...ehe..



Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Rozmey Che Din dilihat mahu membalas dendam kepada pihak media apabila enggan menjawab panggilan telefon yang dibuat kepadanya.

Perkara itu disebabkan rasa tidak puas hati beliau dengan pihak media selama ini yang disifatkan tidak menyebelahinya ketika melaporkan sesebuah berita.

Malah beliau juga dilihat kecewa apabila sering dikritik mengenai filem 2 Alam.

Dr. Rozmey dalam satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata, biarlah pihak media berasa pedih apabila tidak memperoleh berita sensasi daripadanya.

Katanya ini kerana berita yang ditulis wartawan belum tentu berpihak kepadanya.

"Biar depa (mereka) rasa pedihnya tak dapat berita sensasi daripada doktor. Belum pasti berita yang mereka tulis memihak (kepada) kita. Cukup sebuah akhbar sahaja yang bermaharajalela," katanya dalam SMS tersebut.

Petang Rabu telah menghubungi beliau beberapa kali untuk bertanyakan mengenai filem 2 Alam yang akan ditayangkan pada 18 November akan datang.

Beliau bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon, sebaliknya mengirimkan SMS tersebut.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-