Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, October 14, 2010

Anne dijangka Bersalin Lagi 2 minggu sebagai ibu tunggal

Share










Kesian sungguh Sensasi dengan Anne yang bakal melahirkan anak ketiganya tanpa adanya Suami untuk berkongsi kegembiraan...

Setelah bercerai Tiga kali dengan bekas suaminya Wafi,tak mungkin lagi mereka akan bersama selepas ini..namun Anne seorang yang tabah dan positif...

Baca kisah punca perceraian Wafi dan Anne



Pemilik nama Nasriah Ngasri ini kini sedang menunggu masa untuk melahirkan anak pada bila-bila masa. Bagaimanapun, anak kepada pasangan Ngasri Sain dan Habibah Jaafar ini dijangka melahirkan anak ketiganya kira-kira dua minggu lagi.

“Anne teruja menanti kelahiran anak ketiga apatah lagi doktor kata Anne bakal melahirkan anak perempuan. Sebelum ini kedua-dua anak Anne lelaki, jadi sekarang ini Anne kenalah buat persiapan beli barangan baru,”ujarnya dengan nada gembira.


Dilihat pada raut wajahnya, Anne kelihatan begitu tabah dan masih tersenyum walaupun akan melahirkan anak tanpa suami di sisi.

“Bohonglah tak sedih, tapi Anne rasa benda tu dah lepas, jadi Anne redha sajalah. Alhamdulillah, semuanya tenang dan berjalan dengan lancar. Dari segi mental pun alhamdulillah. Tak ada masalah apa-apa setakat ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar masa bersalin nanti.”

Apabila ditanya adakah bekas suami akan berada di sisinya ketika proses bersalin, Anne menjawab, “Mungkin Anne seorang saja sambil ditemani ibu.”

Walaupun telah bercerai, Anne mengakui hubungannya dengan bekas suami masih baik seperti dulu.

“Kami masih baik, tak ada gaduh-gaduh. Masih saling berhubung dan bawa anak-anak keluar. Sekarang ini pun kami masih berkongsi dan berbincang bersama-sama nak beli barang apa untuk anak ketiga ini.”

“Alhamdulillah, dia seorang yang bertanggungjawab. Nafkah anak-anak pun dia tak abaikan. Mudah-mudahan perkara ini akan berlanjutan. Kami memang tak nak gaduh-gaduh sebab bagi Anne, masing-masing kena tahu tanggungjawab masing-masing.”

Namun, menurut Anne, jauh di sudut hati, dia mengakui naluri hatinya sebagai seorang wanita masih tetap sedih dengan perceraian yang menimpa rumahtangganya.

“Benda tu masih terasa, tapi tak adalah sampai memudaratkan diri Anne. Apa yang terjadi pasti ada hikmah. Bagi Anne, nak berdendam pun tak guna, nanti lagi sakit hati.”

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-