Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, October 8, 2010

Akhirnya Raja Azura dan suaminya bercerai talak satu

Share







Sensasi:sedihnya apabila perkahwinan yang dibina atas dasar cinta akhirnya berkecai ditengah jalan....

Setiap insan pasti mengimpikan perkahwinan yang kekal hingga keakhir hayat bahkan hingga ke syurga ...Tua bersama..tengok pasangan jadi kedut,rongak,ada cucu sama2 .. :) itulah yang sensasi sendiri harapkan dalam hubungan.

Tp apakan daya,jodoh dan ajal itu ditangan tuhan...kita hanya merancang,berusaha dan bertawakkal,tp tuhan yang menentukan..


Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu.

“Raja Azura mahupun Adzmin tidak mahu kecoh-kecoh dengan perceraian mereka. Rumah tangga mereka sudah gagal diselamatkan selepas masing-masing cuba mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan kemelut yang melanda sejak beberapa lama itu. Namun, mereka bercerai secara baik dan menerima hakikat tiada lagi jodoh,” kata sumber itu.

Raja Azura berkahwin dengan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, pada 10 Mac 2001. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.Sumber itu berkata, walaupun Raja Azura amat bersedih dengan perceraian itu, dia masih meneruskan tugas rutinnya seperti biasa iaitu sebagai penyampai radio Sinar FM dan pengacara beberapa program TV serta majlis rasmi.

Raja Azura dalam kenyataan sebelum ini mengaku dia dan Adzmin berkahwin atas dasar cinta sama cinta. Kali terakhir mereka dilihat bersama ialah ketika pulang beraya di Alor Setar, Kedah, pada 10 September lalu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-