Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, October 9, 2010

Aidil Zafuan memilih keluarga dan mengabaikan Rita dan anak?

Share







Sensasi: Kesian ngan pasangan nie...perkahwinan yang dibina atas dasar cinta,kini bergolak kerana masalah dengan keluarga masing-masing...Dan memburukkan lagi keadaan apabila Rita dan keluarga Aidil mengambil jalan menggunakan media sebagai tempat untuk mencari jalan penyelesaian????boleh kah selesai masalah ini dengan menggunakan media..???

Malah menggunakan media pasti memberi lebih banyak tekanan dan malu buat suami Rita sendiri iaitu Aidil..

Kata Rita Aidil sudah sebulan tidak pulang menjenguknya dan Airit Rayyan permata hati mereka..mungkin Aidil mengambil jalan utk mencari ruang sementara bagi mendapatkan ketenangan,siapa tahu?

Sensasi rasa derang nie semua perlu mendapatkan khidmat kaunselling,Rita,Aidil dan keluarga bagi mendapat kan nasihat kot....sebab masing-masing degil dan tidak mahu mengalah kan...susah je....

Nasihat sensasi buat Rita,semoga Rita tabah dan mohonlah pertolongan dari yang Esa untuk melembutkan hati suami dan mentua..sebab dalam dunia nie,kuasa yang paling tinggi dan keajaiban hanya boleh berlaku dengan izinnya..

KEBAHAGIAAN yang terpancar pada wajah Rita dan Aidil Zafuan ini diharap terus berkekalan.


RITA Rudaini meminta Mohd Aidil Zafuan Razak supaya menziarahi anak mereka Airit Rayyan Rizqin walaupun sekejap kerana tidak menjenguknya hampir sebulan iaitu sebelum Aidilfitri lagi.

"Tak apalah saya beraya dengan anak, walaupun kesedihan di hati ini, hanya Tuhan yang tahu. Cuma saya rayu kepada suami, luangkan sedikit masa menjenguk anak. 10 minit pun jadilah!

“Anak pun ada perasaan. Airit nampak macam sedih dan termenung, mungkin teringat bapanya. Tetapi apakan daya. Saya tidak boleh memaksa. Saya pasrah, mungkin inilah ketentuan Tuhan untuk diri saya," katanya kepada Hip.

Pelakon itu juga menegaskan, dia bukanlah kejam kerana memang tidak pernah terlintas langsung untuk memutuskan hubungan Aidil dengan keluarganya.

“Saya tak pernah halang suami menjenguk atau bermalam di rumah keluarganya. Saya rela berkorban apabila Aidil mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarga tahun ini. Tetapi kalau mereka tidak dapat menerima hingga saya melahirkan zuriat yang juga darah daging mereka, bagaimana pula keadaannya?” tanyanya.

Sebagai suami, Aidil sepatutnya bersikap lebih berani, gentleman dan bertanggungjawab mempertahankan serta melindungi maruah isterinya. Tindakan Aidil mengambil sikap tunggu dan lihat atau mendiamkan diri meletakkan Rita kini dalam kebingungan.

"Saya agak terkilan dengan sikap suami. Kecewa apabila dia hanya mendiamkan diri apabila saya diaibkan. Kenyataannya mahu berbincang dengan keluarga menunjukkan dirinya masih bergantung kepada keluarga. Dia suami. Sepatutnya dia melindungi saya, bukannya membiarkan saya sendirian macam ini.

“Sebelum membuat kenyataan, saya terlebih dulu mengadu kepada suami. Tetapi jawapannya cukup mengguris hati. Dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi "buatlah, lantak kau orang". Saya manusia biasa. Setakat mana kesabaran boleh bertahan? Saya berasakan maruah saya diperkotak-katikkan apabila keluar gosip yang tidak dapat diterima akal,” katanya.

Rita juga menjelaskan dia terpaksa bercakap dengan media untuk mempertahankan diri kerana maruah dirinya sebagai seorang isteri dan ibu seolah-olah diabaikan oleh mereka yang sepatutnya melindunginya.

“Saya pun ada maruah sebagai isteri dan ibu. Saya sedih apabila suami buat kenyataan tidak tahu-menahu mengenai cerita ini, sedangkan saya sudah mengadu kepadanya apabila timbul macam-macam gosip mengenai rumah tangga kami sejak kebelakangan ini,” katanya.

Rita berkata demikian mengulas kenyataan Aidil dalam Berita Harian bahawa dia (Aidil) mahu berbincang dengan keluarganya terlebih dulu untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

"Saya terpaksa bercakap dengan media untuk mempertahankan diri. Saya pun ada maruah sebagai isteri dan ibu. Saya sedih apabila suami buat kenyataan tidak tahumengenai cerita ini, sedangkan saya sudah mengadu kepadanya apabila timbul macam-macam gosip mengenai rumah tangga kami sejak kebelakangan ini.

"Saya tidak halang suami mahu bertemu dengan keluarganya, tetapi dia juga perlu berbincang dengan saya. Kenyataan Aidil mahu berbincang dengan keluarga terlebih dulu menjelaskan selama hari ini, suami masih dikongkong keluarganya. Saya sedih Aidil seperti tiada pendirian dan membiarkan orang lain mengatur kehidupan rumah tangga.

"Saya ialah isterinya, ibu kepada anaknya, Airit Rayyan Rizqin. Sepatutnya dia mempertahankan hak dan maruah saya yang difitnah, bukan membiarkan orang lain menentukan kehidupannya. Saya semakin tertekan, perasaan saya kini tidak menentu, sudahlah difitnah, suami pula bersikap seolah-olah lepas tangan," luahnya dalam nada sebak.

Bukan mengungkit, namun hakikatnya Rita masih teringat lagi kata-kata Aidil Zafuan bahawa dia sendiri bersungguh-sungguh mahu mengahwininya walaupun menyedari ia tidak mendapat restu daripada keluarganya sendiri.

“Dulu, ketika mengajak saya berkahwin, tahu pula mencari, memujuk dan berbincang keluarga saya. Walaupun keluarga saya minta Aidil mendapatkan persetujuan keluarganya terlebih dulu, keputusannya kata Adil tetap sama, hubungan kami tidak mendapat restu. Saya masih ingat kata-katanya, keluarganya sudah tidak boleh bawa berbincang lagi.

"Awalnya sukar untuk saya dan keluarga menerima. Kami tahu akibatnya jika berkahwin tidak mendapat restu. Tapi Aidil berjanji tidak akan mempersia-siakan hidup saya dan akan bertanggungjawab dengan segala apa yang berlaku. Sekarang apa sudah jadi? Anak kami masih kecil, tidak terfikirkah Aidil soal masa depan Airit?” katanya lagi.

Rita berkata, dia juga keliru dengan kenyataan bapa mentua, Abd Radzak Salleh yang mendakwa tidak pernah campur tangan berhubung rumah tangganya.
“Kalau mereka (keluarga Aidil) tidak campur tangan, rumah tangga kami tidak menjadi tegang macam ini. Kenapa tak nasihatkan Aidil supaya menemui saya dan menjenguk anaknya yang tidak ditemui sejak raya lagi,” jelas Rita.

12 comments:

Hasanah Husin said...

sbg anak lelaki, tempat yg pertama baginya adalah ibu,kedua ibu, ketiga ibu,keempat bapa dan kelima barulah isteri..jadi rita sepatutnya faham dan mengalah, perlu pandai ambil hati keluarga mentua,beberapa kwn saya merupakan menantu bukan pilihan tetapi akhirnya menjadi kesayangan sbb mereka pandai mengambil hati,bukan mengaibkan..mgkn rita perlu lebih memahami kehidupan rumahtangga..

Anonymous said...

Sy bkn myokong Rita, tp sy tgk kbykn yg komen topik Rita & Aidil, semuanya suruh Rita b'sabar.. Sy rasa sdh cukup lama Rita b'sabar..So, bglah dia support yg lebih mbngun dr ckp kt dia sabar cuz Aidil perlu jlnkn Tgungjwh pd Parent..habis Airit cm ne? itukn tgungjwd Aidil..fikirkanlah...

Anonymous said...

Cik Hasanah, tak kena pada cik jadi senang nak menggunakan hukum. Cuba kalau Cik berada di tempat Rita, masihkah boleh bersabar? Mungkin anda perlu lebih memahami akan kehidupan.

Anonymous said...

Cik hasanah..mmg la sebagai anak lelaki tanggungjwb pada ibu n bapa tapi kena la pandai mengimbangi dengan isteri dan anak..kalo lebihkan kelurga sampai anak isteri terabai..baik tak payah kahwin sebab masih nak duduk dan mengharapkan keluarga lagi...aidil kena jadi lebih dewasa dalam hal rumah tangga..

kOshiE ! said...

saya simpati apa yg berlaku dlm rumah tngga kak rita..mmg dlm islam ad m'gata ibu yg p'tama d'dahulukn..
tp abg aidil spatut nye dlm mse yg sme perlu mjaga maruah kak rita..lbih2 lagi kak rita berbadan dua..tmpat isteri b'gntung adlah pada suami..saya rasa kak rita amat mmerlukn abg aidil ktika ini..bri la kekuatan kpd kak rita dan lindungi,dan jaga la maruah seorng isteri..kpd mertua kak rita,sudah2 la bermasam mke..semua yg terjadi ad sbb yg tersendiri..ingt la ini takdir yg Allah telah tetapkn..perbezaan umor tiada slahnye,krn nabi muhammad sndiri berkahwin dgn wanita yg jauh lbih tua..jgn la d'sbbkn hal ini kak rita dan abg aidil b'cerai pula..Allah bnci kpd org yg runtuhkn msjid org lain..
ingt azab m'nnti..kpd kakrita bawa b'sbr..dugaan sering dtg kpd kte..

riDiCulOuS said...

lebih baik....media tayah campur tangan....

riDiCulOuS said...

lebih baik...media tayah ada kene mengena langsung dlm hal ni

Anonymous said...

cik hasanah bckp x mgunakan otak..
kita di kira derhaka sekira kita melawan ckp ibu yg baik.. tp klu ibu sendiri pown xbtol mbawa ke jalan yg meronakkn kite xperlu ikot...

Anonymous said...

Dear rita, saya berada ditempat rita dan mengalami perkara yang sama, Bahkan keluarga mertua pernah meluahkan untuk membunuh saya dan anak2. Bila mengingatkan pengorbanan yg saya buat untuk suami, rasa kesal bersarang kerana keluarga suami adalah yg tinggi pengetahuan ugamanya. Sabarlah kerana Allah Maha Adil, demi anak..saya tahu bagaimana susahnya...Buat Aidil, isikan hati dengan pengetahuan Agama kerana tanggungjawab ke atas isteri dan anak-anak adalah diatas bahu anda, hayatiAl-Quran kerana di dalamnya ditekankan tabggungjawab suami kepada isteri lebih2 lagi ketika sedang membawa benih anda dalam rahimnya, dan kpd anak yang merupakan benih anda. Isteri anda tidak "menyundal' tepi jalan dan yg menanam benih itu anda sendiri jadi bertanggungjawablah. Balasan Allah tak tunggu mati....jangan jadi pengecut...jangan kahwin kalau hanya menyusahkan zuriat dan isteri anda...

Anonymous said...

Dear rita, saya berada ditempat rita dan mengalami perkara yang sama, Bahkan keluarga mertua pernah meluahkan untuk membunuh saya dan anak2. Bila mengingatkan pengorbanan yg saya buat untuk suami, rasa kesal bersarang kerana keluarga suami adalah yg tinggi pengetahuan ugamanya. Sabarlah kerana Allah Maha Adil, demi anak..saya tahu bagaimana susahnya...Buat Aidil, isikan hati dengan pengetahuan Agama kerana tanggungjawab ke atas isteri dan anak-anak adalah diatas bahu anda, hayatiAl-Quran kerana di dalamnya ditekankan tabggungjawab suami kepada isteri lebih2 lagi ketika sedang membawa benih anda dalam rahimnya, dan kpd anak yang merupakan benih anda. Isteri anda tidak "menyundal' tepi jalan dan yg menanam benih itu anda sendiri jadi bertanggungjawablah. Balasan Allah tak tunggu mati....jangan jadi pengecut...jangan kahwin kalau hanya menyusahkan zuriat dan isteri anda...

teratai said...

setuju dgn semua yg menyokong Rita..Kita perempuan selalunya lebih tabah & ada kekuatan untuk menempuh rintangan. Hanya mereka yg dah melalui lebih memahami. Kebanyakan org lebih pandai bercakap sahaja kononnya ikut hukum. Tak kena batang hidung bole cakapla mcm cik hasanah..

teratai said...

setuju dgn semua yg menyokong Rita..Kita perempuan selalunya lebih tabah & ada kekuatan untuk menempuh rintangan. Hanya mereka yg dah melalui lebih memahami. Kebanyakan org lebih pandai bercakap sahaja kononnya ikut hukum. Tak kena batang hidung bole cakapla mcm cik hasanah..

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-