Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, September 19, 2010

Siti Nurhaliza hamil atau sedang cuba kehamilan In-Vitro menyebabkan Konsert Hari Merdeka di Penang dibatalkan

Share







Sensasi:Terdapat banyak spekulasi mengatakan yang Datuk Siti mengandung menyebabkan beliau terpaksa membatalkan Konsert Hari Merdeka di Pulau Pinang.

Terdahulu, pelbagai laporan media menyatakan Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sedang berusaha untuk mendapatkan anak. Penyanyi itu juga dilaporkan pernah mempertimbangkan untuk menjalani rawatan in-vitro fertilisation.

In -vitro atau lebih dikenali sebagai IVF,dilakukan dengan cara persenyawaan tabung uji...iaitu ovum dan sperma yang dicantumkan dalam tabung uji kemudiannya dimasukkan secara pembedahan kecil ke dalam rahim ibu.

Kemungkinan Datuk Siti sedang mengandung pun iya jugak,di awal trimester kehamilan,memang kandungan mudah keguguran ,jadi penjagaan tue penting,takleh lasak-lasak atau berjalan jauh..

Kalau Datuk Siti melakukan IVF,mmg tabahla Datuk Siti sbb IVF nie mmg agak tough,sebelum pembedahan pun perlu makan pelbagai jenis ubat,pantang mcm-mcm dan perlu disuntik 4 kali sehari dgn bermacam2 jenis ubat-ubat..selain harus kuat secara mental.Yang penting berjaya mendapat zuriat sendiri..

Semua peminat Datuk Siti sentiasa mendoakan Datuk Siti cepat2 dapat baby...

sedikit petikan dari akhbar mengenai pembataklan konsert tersebut



Pihak kerajaan negeri menerima surat penarikan diri daripada syarikat pengurusan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd pada hari Rabu yang turut kepilkan bersama surat akuan daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

"Surat akuan itu menyatakan Siti tidak dibenarkan untuk berjalan jauh atau terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal sepanjang proses rawatan berlangsung," katanya.

Salinan daripada surat akuan itu menjelaskan "Siti Nurhaliza dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal yang berat termasuklah mengadakan konsert pada waktu ini."

Bagaimanapun, Lim enggan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai butiran surat akuan tersebut dan menyerahkan sebarang pertanyaan lanjut mengenai penyanyi itu kepada pengurus Siti sendiri.


Menurut Lim, pihak Siti Nurhaliza Productions telah memulangkan semula bayaran pendahuluan sebanyak RM60,000 kepada kerajaan negeri dan turut bertanggungjawab di atas sebarang kos kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak penganjur ekoran pembatalan itu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-